Pembaca Setia

Ahad, 22 April 2012

BIZ SAYA SEMAKIN MEROSOT...


Dua hari lepas ada seorang surirumah datang ingin membuat rawatan aura seri dengan saya kerana menghadapi masalah perniagaan yang semakin merosot dan juga masalah sakit kepala pada waktu lepas asar sejak 3 bulan kebelakangan ini.Sebelum ini beliau pernah ke Darussyifa Bangi untuk sesi scanning,setelah menjalani scanning kaedah picit perawat disana mengatakan beliau tidak ada sebarang gangguan jin.Dipendekkan cerita,saya memegang ubun-ubun beliau lalu saya membacakan set ayat ruqyah,semasa sesi ruqyah dibacakan kepala beliau terasa pening,panas dan badan terasa menggigil,sahlah beliau ada gangguan jin selama ini.Semasa beliau datang ke pusat rawatan saya,terlalu banyak halangan yang beliau hadapi,tetapi beliau bulatkan tekad juga demi untuk merawat diri dan bisnes.Selepas sesi ruqyah dibacakan,saya memberikan panduan amalan pendinding,amalan minum dan mandi air doa berserta barang-barang rawatan aura seri.Saya syor beliau datang sesi rawatan susulan dalam seminggu lagi.Akhir kata,kita haruslah sama-sama berikhtiar dalam mencari kesembuhan dengan kaedah sunnah,kesembuhan mutlak hanya ditangan Allah SWT jua..