Pembaca Setia

Ahad, 15 April 2012

BERTARUNG DENGAN JIN BERUK

Seminggu yang lepas kami mendapat jemputan untuk merawat seorang pesakit lelaki di Sri Kembangan,beliau ingin mendapatkan rawatan ruqyah bagi membuang segala ilmu kebatinan yang telah beliau pelajari di Indonesia suatu ketika dahulu.Dipendekkan cerita,semasa sesi ruqyah dibacakan pada pesakit,pesakit kerasukan seperti seekor beruk,kami teruskan bacaan sehingga ruqyah tamat dan diakhiri dengan azan 3x,pesakit terasa badan ringan.Moralnya ialah janganlah kita sesekali belajar pelbagai ilmu kebatinan,kerana sifat ilmu tersebut panas dan akan membuatkan kita seorang yang panas baran selain akidah juga turut terpesong.Sebelum pulang,kami membekalkan air doa untuk pesakit minum dan mandi 7 hari berturut-turut bagi menawarkan segala ilmu salah tersebut,rawatan tamat..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82