Pembaca Setia

Isnin, 30 April 2012

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN


Bagi mereka yang sukar mendapat anak,anda disyorkan berbekam suami isteri sebulan sekali sebanyak 3 kali sesi dan mengamalkan minum madu asli setiap hari juga selama 3 bulan,insyaAllah tahap kesuburan anda meningkat dan peluang kebarangkalian untuk mendapat zuriat juga adalah tinggi.



Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Jumaat, 27 April 2012

ALHAMDULILLAH,WAJAH SAYA SEMAKIN KEMERAHAN...

Seminggu yang lepas ada seorang pesakit dari Rawang telah menjalani rawatan aura seri sesi kedua dengan kami,beliau mengalami masalah wajah kusam,masalah jodoh dan juga gangguan saka.Dipendekkan cerita saya meruqyah beliau dengan ayat Al Quran aura seri,semasa diruqyah air mata beliau menitis tak henti-henti dan terasa kepala beliau amat-amat berat sekali.Semasa sesi ruqyah tamat dibacakan,saya memberikan panduan amalan,cara mandi dan minum air aura seri bagi merawat segala masalah yang beliau hadapi selama ini.Beliau juga ada memberitahu saya semenjak beliau mendapatkan rawatan aura seri sesi pertama dengan pihak kami dahulu,wajah beliau agak kurang kusam sikit dan kulit muka semakin kemerahan,alhamdulillah rawatan aura seri sudah memberi kesan,saya syor beliau untuk datang lagi rawatan susulan sesi ketiga dua minggu lagi..

Khamis, 26 April 2012

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI DAPAT MENGURANGKAN BEBANAN ORGAN PANKREAS

Amalan berbekam mengikut kajian moden mampu menurunkan gula berlebihan dalam saluran darah.Di Malaysia ini purata pengidap penyakit diabetes adalah dikalangan umur 40an dek kerana pankreas mereka mengalami kehausan dalam penghasilan insulin akibat dikerah bekerja keras dalam jangkamasa yang panjang setiap hari.Kenapa pankreas boleh haus ? Apabila kita kerap mengambil makanan bergula dan nasi secara rutin harian,secara tak langsung gula dalam saluran darah agak tinggi dan pankreas dalam masa 24jam tidak berhenti dalam proses pengeluaran insulin.Bila kita konsisten menjalani rawatan bekam sebulan sekali,gula dalam saluran darah secara tak langsung berkurangan dan pankreas hanya bekerja 12jam sehari dan bukannya 24jam seperti yang lepas-lepas dan ini secara tak langsung dapat mencegah kita dari terkena penyakit kencing manis/diabetes atau kata lainnya simptom kehausan pankreas menghasilkan insulin...

Rabu, 25 April 2012

SETIAP PESAKIT YANG BERBEKAM KEMUNGKINAN ADA GANGGUAN TANPA MEREKA SEDARI..

Mengikut pengalaman kami yang lepas-lepas ada kemungkinan 70% pesakit yang datang berbekam ada unsur gangguan jin tanpa mereka sedari.Bagi mereka yang ada unsur gangguan,secara tak langsung badan mereka ada unsur wap jin dimana wap jin tersebut jika terkena pembekam ia akan mengakibatkan badan gatal-gatal,bisul,kelesuan dan susah tidur malam.Dengan kata lain wap jin ini boleh dikatakan tempias daripada pesakit kepada perawat/jurubekam.Kesimpulannya setiap kali membekam pesakit,jurubekam perlu lakukan mandian dengan air doa yang dibacakan kursi dan 3 qul dan kemudian bilik bekam juga perlu dispray dengan air doa tadi bagi melenyapkan unsur wap jin.

Isnin, 23 April 2012

MENGAPA PESAKIT MERASUK ???












Sebab-sebab pesakit merasuk ketika dirawat ialah :

1) Jin pengganggu kesakitan lalu meminjam lidah pesakit dan mula berkata-kata atau mengeluarkan suara.

 2) Amalan kerohanian pesakit agak kurang sehingga jin pengganggu mampu menguasai roh pesakit.

3) Pesakit wanita adalah golongan yang kerap merasuk berbanding pesakit lelaki kerana roh wanita sifatnya agak lemah sedikit berbanding roh lelaki.

4) Satu taktikal jin pengganggu supaya perawat menghentikan sesi ruqyah lalu melayan karenah jin pengganggu.

5) Satu taktikal syaitan supaya menimbulkan rasa bangga diri di hati perawat bahawa dia seorang perawat yang power.

Ahad, 22 April 2012

BIZ SAYA SEMAKIN MEROSOT...


Dua hari lepas ada seorang surirumah datang ingin membuat rawatan aura seri dengan saya kerana menghadapi masalah perniagaan yang semakin merosot dan juga masalah sakit kepala pada waktu lepas asar sejak 3 bulan kebelakangan ini.Sebelum ini beliau pernah ke Darussyifa Bangi untuk sesi scanning,setelah menjalani scanning kaedah picit perawat disana mengatakan beliau tidak ada sebarang gangguan jin.Dipendekkan cerita,saya memegang ubun-ubun beliau lalu saya membacakan set ayat ruqyah,semasa sesi ruqyah dibacakan kepala beliau terasa pening,panas dan badan terasa menggigil,sahlah beliau ada gangguan jin selama ini.Semasa beliau datang ke pusat rawatan saya,terlalu banyak halangan yang beliau hadapi,tetapi beliau bulatkan tekad juga demi untuk merawat diri dan bisnes.Selepas sesi ruqyah dibacakan,saya memberikan panduan amalan pendinding,amalan minum dan mandi air doa berserta barang-barang rawatan aura seri.Saya syor beliau datang sesi rawatan susulan dalam seminggu lagi.Akhir kata,kita haruslah sama-sama berikhtiar dalam mencari kesembuhan dengan kaedah sunnah,kesembuhan mutlak hanya ditangan Allah SWT jua..

Jumaat, 20 April 2012

RAMAI RAKAN SEKERJA MENEGUR SAYA...

Ini kisah benar berlaku pada seorang wanita berumur 30an dari Ampang yang pernah menjalani rawatan aura seri dengan kami.Sebelum menerima rawatan dari kami,wajah beliau agak suram dan kepala rasa berserabut dan tidak suka bersolek.Selepas menjalani rawatan aura seri dari pihak kami,ramai rakan sekerja menegur beliau dek kerana wajah semakin berseri,hidup semakin ceria dan semakin fokus pada kerja.Apa-apa pun rawatan aura seri ini adalah satu cabang ikhtiar dari kami sebagai pendoa sahaja,hanya Allah SWT jualah penyembuh mutlak dalam segala hal..

Khamis, 19 April 2012

SEBAHAGIAN KES MASALAH PANCUT AWAL BERPUNCA DARI GANGGUAN JIN








Bagi mana-mana lelaki yang sudah puas berubat secara moden dan tradisional tetapi masalah pancut awal masih juga tidak diatasi lagi,saya syor anda cuba kaedah yang saya berikan dibawah ini.Ini kerana sebahagian masalah pancut awal berpunca dari gangguan jin..

1) Sediakan sebotol air mineral 5 liter sebotol.

2) Buka penutupnya dan rapatkan mulut anda pada muncung botol tersebut.

3) Baca fatehah 1x,kursi 7x,al ikhlas 7x,al falaq 7x dan an nas 7x.

4) Kemudian tiup 10 saat pada air tersebut.

5) Air doa tersebut anda buat minum 2x sehari selama seminggu.

InsyaAllah sembuh masalah pancut awal anda,selama mencuba...

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Rabu, 18 April 2012

RAWATAN AURA SERI RM50

Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada pelanggan dan bahan-bahan aura seri.Khasiat rawatan aura seri ini ialah dapat menyingkirkan segala aura negatif pada badan,tenang fikiran,menambah keyakinan diri,fokus pada kerjaya,bisnes,menyerikan wajah,meringankan jodoh,menyembuhkan santau,sihir & saka.Pelanggan yang inginkan rawatan ini sila bawa sebotol air mineral,9 biji limau nipis & 9 kuntum bunga,bunga boleh berlainan warna atau sama warna.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

SEDANG MELATIH 3 PELAJAR WANITA UITM UNTUK MENJADI JURUBEKAM/PERAWAT WANITA



Buat masa ini pihak kami sedang melatih 3 pelajar wanita Uitm untuk menjadi jurubekam dan perawat wanita sambilan,insyaAllah lagi 2 minggu mereka bertiga akan bertugas secara sambilan di Pusat Terapi Syifa Shah Alam.Bagi pesakit wanita yang ingin berbekam dan menjalani terapi ruqyah,isyaAllah mereka bertiga boleh memberikan perkhidmatan terbaik mereka.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Ahad, 15 April 2012

BERTARUNG DENGAN JIN BERUK

Seminggu yang lepas kami mendapat jemputan untuk merawat seorang pesakit lelaki di Sri Kembangan,beliau ingin mendapatkan rawatan ruqyah bagi membuang segala ilmu kebatinan yang telah beliau pelajari di Indonesia suatu ketika dahulu.Dipendekkan cerita,semasa sesi ruqyah dibacakan pada pesakit,pesakit kerasukan seperti seekor beruk,kami teruskan bacaan sehingga ruqyah tamat dan diakhiri dengan azan 3x,pesakit terasa badan ringan.Moralnya ialah janganlah kita sesekali belajar pelbagai ilmu kebatinan,kerana sifat ilmu tersebut panas dan akan membuatkan kita seorang yang panas baran selain akidah juga turut terpesong.Sebelum pulang,kami membekalkan air doa untuk pesakit minum dan mandi 7 hari berturut-turut bagi menawarkan segala ilmu salah tersebut,rawatan tamat..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Ahad, 8 April 2012

MASALAH SIHIR RUMAHTANGGA JIKA TIDAK DIRAWAT AKAN MENGAKIBATKAN PERCERAIAN


Tujuan sihir rumahtangga dikenakan pada pasangan yang sudah berkahwin adalah bertujuaan untuk menceraikan sesama mereka dari berpunca ketidaksefahaman dalam komunikasi.

Bagi mereka yang sudah lama berkahwin tidak semestinya berlaku sihir jika berlaku ketidaksefahaman,tapi bagi mereka yang berkahwin belum sampai setahun dan sibuk nak bercerai,itu kemungkinan ada masalah sihir rumahtangga.

Simptom sihir rumahtangga ialah :-

1) Sering sakit pinggang pada lepas waktu asar keatas tanpa sebab klinikal.

2) Sering sakit kepala pada waktu lepas keatas tanpa sebab klinikal.

3) Sering bermimpi seram,mimpi jatuh tempat tinggi dan mimpi ular.

4) Rumah terasa panas.

5) Bila dekat hubungan terasa panas dan bila berjauhan terasa rindu.

6) Rumah pada syiling terasa ada bunyi guli jatuh atas lantai.

7) Rumah pada syiling terasa ada bunyi orang mengemas perabot.

8) Sering terasa diperhatikan dari belakang.

9) Kerap melihat kelibat dirumah.

10) Kerap gagal melakukan hubungan kelamin.

11) Dingin.

Sila jumpa perawat islam berdekatan untuk terapi al quran bagi menawarkan sihir tersebut..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Selasa, 3 April 2012

BAGAIMANA UNTUK MENGHINDARI DIRI DARI SEBARANG GANGGUAN JIN


Caranya mudah sahaja...

1) Jaga solat 5 waktu

2) Sering memakai wangian seperti minyak kasturi hitam/putih sebelum solat kerana ia adalah sunnah nabi dan jin pengganggu tidak suka sebarang wangian.

3) Amalkan surah kursi dan 3qul 1x tiap-tiap lepas solat.

InsyaAllah diri anda akan dipagar oleh Allah SWT dari sebarang kejahatan manusia,jin dan syaitan.

Isnin, 2 April 2012

AMALAN BERBEKAM SUNNAH SEBULAN SEKALI MENSTABILKAN TEKANAN DARAH TINGGI






Bagi mereka diluarsana yang mengalami masalah tekanan darah tinggi,anda disyorkan berbekam sebulan sekali.Khasiat berbekam ialah boleh menurunkan tekanan darah tinggi kerana berbekam ini mengeluarkan toksid dari badan sekaligus melancarkan aliran darah pada sistem badan amnya.Penyakit darah tinggi agak berbahaya kerana jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit strok,buah pinggang dan serangan jantung.Amalkan berbekam secara konsisten,insyaAllah kita akan beroleh rahmat kerana mengamalkan ajaran sunnah Rasulullah SAW.

Caj bekam kami termurah dipasaran iaitu RM5/cup..

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari