Pembaca Setia

Jumaat, 23 Mac 2012

SAYA NAK BERCERAI..HARI-HARI SAYA GADUH..

Ini kisah benar apabila sepasang suami isteri yang baru berkahwin 4 bulan datang menemui saya baru-baru ini untuk mendapatkan rawatan terapi al quran akibat permasalahan rumahtangga mereka.Sisuami mengadu si isteri panas baran apabila mereka duduk serumah,dan siisteri juga kerap bermimpi seram dan sakit-sakit pinggang waktu lepas asar.Setelah sesi ruqyah pihak isteri merasa kepala bagai nak pitam dan seluruh badan panas,maka sahlah ada gangguan jin dipihak isteri.Gangguan jin tidak lain tidak bukan hanya menimbulkan api kemarahan dalam situasi rumahtangga untuk tujuan perceraian.Jadi mana-mana pasangan yang baru mendirikan rumahtangga,jangan terburu-buru untuk bercerai jika mengalami masalah rumahtangga,jumpalah mana-mana perawat islam berdekatan untuk sesi scanning jika badan ada dihuni jin atau sebagainya..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82