Pembaca Setia

Selasa, 7 Februari 2012

RAWATAN PESAKIT NYANYUK DI KL

Malam tadi kami merawat seorang pesakit warga emas berumur 70an di KL yang mengalami masalah nyanyuk,ini adalah rawatan susulan kali kedua selepas rawatan pertama 2 bulan lepas.Masa sebelum rawatan yang pertama dahulu,pesakit agak nyanyuk dengan kritikal sehingga suka bermain najis sendiri,setelah seminggu selepas rawatan yang pertama,pesakit mulai tenang seperti sediakala.Pada rawatan kali ini,seperti biasa kami menyuruh anak pesakit menyediakan 4 kotak air mineral dan 2 botol minyak zaitun dara untuk kami bacakan ruqyah syar'iyah,semasa bacaan sesi ruqyah pesakit agak tenang dan tidak nyanyuk lagi.Setelah tamat bacaan ruqyah,kami menyuruh orang gaji yang menjaga beliau untuk memberi pesakit minum 3x sehari air doa bersama sesudu minyak zaitun dan lapkan juga badan pesakit 2x sehari dengan air doa tersebut.Selain itu cd ruqyah perlu dipasang 24jam didalam bilik pesakit supaya syaitan kurang mendekati dan menghasut pesakit dimasa-masa akan datang,rawatan tamat..

Bagi pesakit gangguan jin seperti santau,histeria,sihir dan saka yang inginkan Perawat Islam datang kerumah masing-masing,anda boleh hubungi Perawat Islam kami Utz Haikal 013-347 5449.Pesakit perlu sediakan sepeti air mineral kecil,perkhidmatan ini terhad untuk kawasan KL/SEL/SBN sahaja.Rawatan boleh untuk seisi keluarga,bersihkan rumah dan pagar rumah,kesemua rawatan tersebut termasuk kos perjalanan hanya RM200 sahaja.


Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82