Pembaca Setia

Sabtu, 18 Februari 2012

MERAWAT PELAJAR UITM KERASUKAN

Petang tadi pusat rawatan di Seksyen 7 Shah Alam didatangi sekumpulan pelajar Uitm dimana seorang pelajar wanita mengalami kerasukan semenjak berpindah kerumah sewa yang baru.Pelajar itu amat-amat trauma untuk tinggal dirumah tersebut dan beliau menetap sementara di rumah rakan beliau.Dipendekkan cerita semasa sesi ruqyah dibacakan,pelajar tersebut amat-amat tidak selesa dan meronta-ronta,saya membekalkan pesakit dengan sebotol air doa dan sebotol minyak wangi ruqyah untuk dipakai setiap hari sebelum tidur.Pesakit agak tenang sedikit selepas diruqyah,pesakit disyorkan untuk mandi ais + air doa pada waktu lepas asar keatas serta spray rumah sewa baru beliau dengan air doa supaya sebarang energi negatif/gangguan tidak menghuni rumah tersebut...

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82