Pembaca Setia

Khamis, 12 Januari 2012

PERMAINAN SIHIR BOMOH INDON

Ini adalah kisah benar berlaku pada seorang wanita yang berubat masalah sihir kira-kira seminggu yang lalu.Beliau sudah menjalani 2x sesi rawatan dengan saya,apabila ruqyah dibacakan perut beliau akan mula memulas-mulas sakit dan muntah dengan banyaknya sehingga setengah baldi serta mata beliau juga sudah mula berwarna kekuningan.Jin pengganggu dalam badan pesakit agak degil dan membisu bila diajak berdialog,jin hanya meraung kesakitan dengan berkata "matilah aku..matilah aku" tetapi dalam masa yang sama masih bertahan untuk tidak membongkarkan maklumat siapa bomoh yang menhantarnya.
Tetapi saya tafsirkan kes ini agak berat kerana jurubekam saya diserang teruk setelah membekam pesakit ini,pembekam saya memang agak berpengalaman dalam membekam pesakit sihir berat,tetapi kali ini jurubekam saya tewas dan diserang agak teruk sehingga memudaratkan kesihatan beliau.Saya merawat jurubekam saya 2 hari berturut-turut dan alhamdulillah dengan izinNya jurubekam saya pulih seperti sediakala,tetapi saya menasihatkan pada beliau supaya tidak membekam pesakit ini dimasa-masa akan datang,biar saya tawarkan sihirnya dahulu barulah beliau boleh membekam pesakit ini kelak.
Dipendekkan cerita pesakit ini cuti sebulan tanpa gaji,apabila beliau mula masuk kepintu pejabat,beliau pasti tersungkur pengsan dipintu pejabat beliau,ini petanda jin-jin sihir banyak menghuni sekitar tempat beliau bekerja.Pesakit amat mengenali suspek utama (tukang upah) dalam kes sihir ini,suspek bekerja satu pejabat dengan beliau dan suspek juga amat-amat meminati pesakit.Mungkin pesakit tidak melayan perasaan suspek,suspek kerap kali keluar negara (Indonesia) untuk menyihir pesakit.Pesakit dapat merasakan setiap kali suspek pergi ke Indonesia,badan beliau akan mula sakit seperti sakit kepala,bisa-bisa badan dan bermimpi buruk.Saya menyarankan agar kawan-kawan pesakit pergi ketempat meja pesakit untuk sembur Toner Aura Seri untuk spray di meja dan tempat duduk pesakit bekerja bagi menawarkan sebarang sihir disitu supaya pesakit boleh bekerja semula kelak...