Pembaca Setia

Selasa, 3 Januari 2012

MEMBELASAH JIN SILAT BATIN

Tiga hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pemuda awal 20an yang ingin membuang segala ilmu silat batin yang beliau pelajari sebulan yang lepas.Selepas beliau pelajari ilmu tersebut,sikap beliau bertukar menjadi seorang yang pemalas dan panas baran serta tidak fokus pada kerjaya lagi kerana asyik MC.Dipendekkan cerita saya terus membacakan ayat ruqyah syar'iyah kepada beliau,pemuda tersebut terasa kepanasan yang amat sangat,saya teruskan lagi membaca dengan kuat dan lantang.Dalam masa beberapa minit tangan pemuda tersebut mula bersilat tapi posisi dalam keadaan duduk,pemuda itu mula kerasukan sambil mendengus garang seperti harimau.Saya mula melakukan tepukan kuat di belikat pesakit tersebut sambil membaca ayat pemecah afahasibtum,selang beberapa minit pemuda tersebut muntah dengan banyaknya.Setelah 15min ruqyah dibacakan,pesakit mulai sedar dari kerasukan,saya syorkan pesakit mandi ais + air doa dirumah selama 7 hari berturut dan minum air doa 5x sehari selama seminggu,rawatan tamat....

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82