Pembaca Setia

Isnin, 31 Disember 2012

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Rabu, 26 Disember 2012

JANGAN BIARKAN DARAH KOTOR BERKUMPUL DALAM BADAN

Jin boleh bergerak dalam saluran darah badan manusia,saluran darah yang jin suka lalui ialah saluran darah yang kotor.Jadi untuk membuang darah kotor dari badan,segeralah anda semua diluarsana menjalani rawatan bekam lagipun ia amalan sunnah.Bila badan bersih dari darah kotor,semua organ dalaman berfungsi dengan efisiyen dan pengaruh gangguan jin pada manusia akan menjadi minimum,insyaAllah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

MERAWAT WANITA TERKENA PELALAU

Pelalau ialah sejenis sihir yang menghalang pernikahan dan ianya selalu terjadi pada pesakit wanita.Petang tadi saya baru merawat seorang pesakit wanita yang terkena pelalau,apabila dibacakan ruqyah pesakit terus rebah pengsan.Sebelum rawatan bermula pesakit ada menceritakan beliau sudah hampir 10 kali putus tunang dan waktu malamnya juga pesakit kerap bermimpi ular dan bermimpi dirinya bertukar menjadi beruk.

Saya syorkan pesakit minum dan mandi air doa selama seminggu,pesakit disyorkan datang untuk rawatan susulan setiap 10 hari,rawatan tamat.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Isnin, 24 Disember 2012

93 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH BEKAM

1 Kegemukan (Obesiti) 2 Elephantiasis (Penyakit Kaki Gajah / Untut) 3 Sciatica (Sakit Pinggang) 4 Sakit Perut 5 Sembelit 6 Gangguan Jantung & Lambung 7 Menunrunnya Fungsi Rusuk, Peradangan dan Nyeri Peru 8 Alergi Makanan 9 Sengal Tulang 10 Sesak Nafas 11 Asma 12 Insomnia (Susah Tidur) 13 Cirit Birit 14 Kejang Otot 15 Kencing Manis 16 Gangguan Pundi Empedu dan Hati 17 Menggigil Tanpa Demam 18 Kencing Malam 19 Tonsil 20 Gatal-Gatal (Harsh) 21 Radang Usus Besar 22 Tekanan Jiwa yang Berat (Stress) 23 Gangguan Pundi Empedu 24 Pusingan Haid Tidak Teratur 25 Ginjal 26 Tekanan Darah Tinggi 27 Sakit-sakit Lutut 28 Sakit-sakit Di Kaki 29 Sakit Di Sekitar Tulang Belakang 30 Gangguan Jiwa 31 Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh Darah Otak (Strok) 32 Encok (Gout) 33 Rematoid 34 Luka, Bisul Di Betis dan Punggung serta Gatal-gatal 35 Menurunnya Daya Tahan Tubuh 36 Sinus 37 Sakit Di Daerah Perut 38 Gangguan Rusuk dan Penyakit Kulit Rusuk 39 Buasir 40 Penyakit Jantung 41 Mandul 42 Terlalu Banyak Tidur 43 Sakit Kepala Sebelah (Migrain) 44 Memperbaiki Peredaran Darah 45 Pembuluh Darah Sempit dan Sumbat 46 Sakit Punggung 47 Sakit Bahu dan Tengkuk 48 Sakit Bahu 49 Badan Kurus 50 Untuk Membantu Meninggalkan Merokok 51 Kurang Dengar, Radang dan Bengkak Telinga 52 Jangkitan Kuman 53 Melancarkan Perjalanan Darah 54 Menurunnya Aliran Darah 55 Tingkatkan Daya Ingatan 56 Tingkatkan Konsentrasi 57 Fistula Ani 58 Sakit Pinggang 59 Sakit Punggung 60 Gangguan Pundi Kemih 61 Kaki Kesemutan 62 Tangan Kesemutan 63 Salah Urat 64 Lumpuh Menyeluruh 65 Pening Kerana Gangguan Perut @ Sembelit 66 Gangguan Pada Prostat dan Lemah Syahwat 67 Pening Kerana Gangguan Tulang Belakang atau Gangguan Pada Empedu dan Hati 68 Pening Pada Waktu Haid Bagi Wanita 69 Rasa Sakit Di Bahagian Paha dan Telapak Kaki 70 Dingin Di Telapak Kaki 71 Nervous (Tegang / Gelisah) 72 Tumor Otak 73 Penebalan dan Pengerasan Telapak Kaki 74 Lutut yang Kaku 75 Gangguan Pankreas 76 Kejang-kejang 77 Tidak Boleh Bercakap 78 Penyakit Mata 79 Lemahnya Fungsi Sel-sel Otak 80 Berhenti Haid 81 Pembekakan Testis 82 Tekanan Darah Rendah 83 Berbagai Penyakit Rahim 84 Keluarnya Cairan Vagina Tanpa Bau, Warna dan Tanpa Rasa Gatal 85 Keluarnya Cairan Vagina 86 Peradangan Saraf Trigeminus (44) dan Facialis (45) 87 Untuk Meningkatkan Prodcuktiviti Indung Telur (Kesuburan) 88 Pusing Kerana Mata Lelah 89 Batuk Kronik dan Penyakit-penyakit Paru-Paru 90 Sakit Kepala Pening Kerana Tekanan Darah Tinggi 91 Sakit Kepala Kerana Radang Di Sekitar Rongga Hidung 92 Pening Kerana Anemia 93 Pening Kerana Influenza

HARI KRISMAS KAMI BUKA MACAM BIASA


Sabtu, 22 Disember 2012

ULAR HITAM DALAM MIMPI ITU JIN

Bagi mereka yang kerap bermimpi dibelit/dipatuk ular hitam,berhati-hatilah anda sebenarnya sedang diserang gangguan jin.Bukanlah bila kita bermimpi dipatuk ular itu petanda kita ingin dipinang oleh mana-mana lelaki.

Jumaat, 21 Disember 2012

SEGERALAH BERBEKAM BAGI MEREKA YANG KERAP MENGAMBIL UBATAN KLINIKAL

Bagi mereka yang menghidapi penyakit moden dan mengambil ubatan klinikal setiap hari seperti pil darah tinggi,pil kencing manis,panadol,ponstan,pain killer dan sebagainya,anda disyorkan berbekam sebulan sekali.Pil klinikal ini jika tidak dibuang dari saluran darah kotor dibawah eperdemis kulit,dikhuatiri akan merosakkan sistem ginjal dalam jangkamasa panjang.Jom berbekam...  

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 19 Disember 2012

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

-Gigi berlaga ketika tidur -Mengerang/mengeluh semasa tidur -Kerap terjaga-jaga semasa tidur -Sukar melelapkan mata bila tidur -Mimpi jatuh dari tempat tinggi -Mimpi dipatuk/digigit/belit binatang berbisa warna hitam -Mimpi berada ditempat kotor/sunyi -Mimpi dukung/menyusu bayi -Mimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali -Kerap ditindih ketika tidur -Sayang melampau pada orang yang baru dikenali -Kerap bergaduh suami isteri perkara remeh temeh -Gagal melakukan hubungan kelamin -Batuk yang berpanjangan -Kerap muntah darah -Kerap melihat kelibat dirumah -Mendengar seperti bunyi guli jatuh atas syiling -Sakit kepala selepas waktu asar -Sakit dada dan pinggang selepas waktu asar -Sakit tulang belakang dan juga rusuk selepas waktu asar -Gatal-gatal kulit waktu maghrib -Badan panas waktu maghrib -Benci melihat muka suami/isteri -Banyak halangan dalam jodoh

Semua simptom-simptom diatas adalah gejala sihir dan ia perlu dirawat segera dengan 2 kaedah samaada kaedah terapi al quran ataupun berbekam ataupun kedua-duanya sekali bagi meraih kesembuhan yang maksimum,insyaAllah..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

RAWATAN SIHIR DI UIA GOMBAK

Dalam 3 minggu lepas saya ada dijemput oleh pihak UIA untuk merawat seorang pegawai kanan beliau yang disyaki terkena sihir.Apabila sampai disana dan saya terus masuk kebilik pejabat pesakit tersebut,tiba-tiba tubuh saya rasa agak meremang sedikit.Saya terus melaungkan azan dan membaca set ruqyah pembatal sihir pada air yang disediakan serta pesakit tersebut.Setelah selesai bacaan ruqyah,saya berbual serba ringkas dengan pesakit tersebut,beliau mengatakan ada bekas staff beliau tidak puas hati kerana diberhentikan kerja oleh beliau.Sejak peristiwa tersebut beliau sering ketakutan dan kuat berdebar-debar untuk masuk kepejabat dan adakalanya kaki beliau terasa betul-betul berat apabila ingin melangkah masuk kepejabat.Sebelum pulang saya memberi panduan minum,mandi dan spray air ruqyah yang saya bacakan tadi diseluruh pejabat beliau selama seminggu bagi mematikan sebarang objek sihir yang terlibat,rawatan tamat..

Bagi pesakit yang inginkan perawat datang kerumah bagi merawat sihir dan sebagainya,sila SMS ke 013-347 5449 Utz Haikal,terhad untuk kawasan KL/SEL sahaja.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

HINDARI UBATAN INSULIN UNTUK ELAK LEMAH SYAHWAT

Bagi kaum lelaki yang mengidap kencing manis,anda selalunya mengambil ubatan moden untuk mengawal gula dalam darah seperti pil/suntikan insulin.Jika ubatan sebegini diambil berterusan dikhuatiri akan menyebabkan masalah lemah syahwat pula.

Bagi menggantikan ubatan insulin untuk mengawal gula dalam darah,anda disyorkan makan kapsul tunjuk langit 2biji pagi dan 2biji petang setiap hari.Selain itu juga anda perlu menjalani rawatan bekam darah 2 minggu sekali bagi mengurangkan kandungan gula dan sekaligus merawat organ pankreas.

Selasa, 18 Disember 2012

JAGA JANTUNG ANDA DENGAN AMALAN BEKAM

Jika anda ingin menjaga kesihatan jantung anda,anda disyorkan menjalani rawatan bekam sebulan sekali.Amalan bekam dapat menyedut semua darah kotor yang pekat,mencairkan darah,melancarkan sistem peredaran darah seluruh badan,meningkatkan antibodi dikawasan jantung dan juga menguatkan tisu/otot jantung.

Pembunuh no 1 di Malaysia ialah serangan jantung,jadi marilah kita sama-sama mencegah penyakit serangan jantung dengan istiqomah berbekam sunnah setiap bulan,insyaAllah kita sama-sama mendapat rahmat kesihatan dariNya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 17 Disember 2012

RAWATAN AURA SERI MERINGANKAN JODOH

Bagi mereka yang mempunyai halangan tak kesudahan bab jodoh,anda boleh berikhtiar dengan rawatan aura seri kami.Soal jodoh ketentuan itu rasminya urusan Allah SWT tapi kita sebagai manusia tidak salah berusaha selagi tidak menyalahi syarak.

Pelanggan yang inginkan rawatan sila walk-in pusat rawatan kami bawa sebotol besar air mineral,9 kuntum bunga rose dan juga 9 biji limau nipis.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Ahad, 16 Disember 2012

APA ITU URUT PULIH BATIN ?

Urut pulih batin adalah satu kaedah urut fokus pada saraf alat kelamin lelaki bagi memulihkan masalah pancut awal dan kurang ereksi.

Punca utama masalah lelaki di Malaysia ini ialah berpunca dari pemakanan yang mengandungi unsur angin dan juga masalah onani.

Kaedah urut pulih batin lebih menumpukan proses pembuangan angin pada saraf alat kelamin supaya darah kembali berjalan lancar seperti biasa.

Ahad, 9 Disember 2012

HANTU MENGILAI DI BATU 3 SHAH ALAM

Tiga hari lepas saya dijemput oleh 3 pelajar wanita MSU untuk merawat masalah gangguan jin yang mereka alami dalam seminggu kebelakangan ini di PRIMA Apartment Batu 3 Shah Alam.Gangguan yang mereka alami ialah kerap lebam-lebam badan bila bangun waktu pagi,mimpi kerap melakukan hubungan seks,kerap berdebar-debar dan badan sering rasa meremang dan takut bila didalam rumah.
Rawatan kali ini saya membawa 2 jurubekam wanita saya iaitu Hazwani dan Ana untuk jadi tukang spray air doa dirumah pesakit nanti.Dipendekkan cerita,saya meruqyah ketiga-tiga pelajar wanita tersebut,semasa ruqyah dibacakan mereka terasa kuat berdebar dan terasa semakin panas dibahagian tengkuk.

Yang menjadi pelik kali ini ialah,semassa proses ruqyah mula dibacakan,saya dan semua yang didalam rumah tersebut merasa angin kuat berpusing-pusing dalam ruang tamu,kemudian PRANGGGGGG!!!! tiba-tiba botol pasu bunga mereka pecah berderai betul-betul depan saya.Saya buat tak tahu jer,saya anggap angin yang tiup..Saya teruskan lagi bacaan ruqyah seperti biasa.Kemudian saya dan seluruh penghuni rumah mendengar seperti suara mengilai-ngilai kuat selama 10min diseluruh rumah,iaitu dari awal ruqyah dibacakan hinggalah tamat.Semua pelajar tadi pucat lesu,kepala jurubekam wanita saya pun dah mula pening-pening lalat seolah-olah macam ada serangan terhadap mereka.

Diakhir rawatan Hazwani dan Ana menyembur seluruh rumah dengan air ruqyah tadi bagi menghapuskan sebarang energi gangguan/tapak jin sekitar rumah tersebut.Saya menasihatkan mereka kerap membuat bacaan yaseen sebelum tidur dan pasangkan juga cd ruqyah 12 jam setiap hari selama seminggu,rawatan tamat...
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Jumaat, 7 Disember 2012

MINUMAN/MAKANAN YANG MELEMAHKAN SYAHWAT

-Air sejuk/ais
-Air bergas
-Tapai pulut
 -Nasi pulut
 -Teh

Sumber makanan diatas banyak menyumbang angin pada badan,apabila badan dan zakar kita banyak unsur angin,secara tak langsung akan menyebabkan ereksi semakin lemah dan kerap pancut awal kerana suhu zakar sejuk.

Kesimpulannya elakkan mengambil makanan/minuman diatas dengan kerap,sesekali tidak mengapa.

Rabu, 5 Disember 2012

BEKAM KECANTIKAN

Bekam kecantikan ialah berbekam untuk menghilangkan sebarang jerawat pada muka dan juga pembersihan darah kotor disekitar pembuluh darah kawasan muka.Kawasan titik bekam yang terlibat ialah bawah mata,atas mata dan juga tengkuk.InsyaAllah perjalanan darah akan menjadi lancar dan jerawat sedia ada akan jadi kecut.Lelaki dan wanita boleh cuba rawatan bekam kecantikan ini yer..  

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

IMPLIKASI JIKA PENYAKIT SIHIR TIDAK DIRAWAT

-Perceraian rumah tangga -Hilang keyakinan diri -Kerap termenung -Hilang fokus pada kerjaya -Hilang fokus pada pelajaran -Badan susut -Lemah syahwat -Panas baran -Sukar mencari jodoh -Wajah kusam dan hilang seri -Banyak ketumbuhan ganjil pada badan -Kanser -Pendiam
Jika anda mengalami masalah sihir saya syorkan anda carilah perawat islam yang berdekatan untuk sesi terapi al quran.
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82
 

Selasa, 4 Disember 2012

APA ITU BEKAM SIHIR ?

Bekam sihir adalah satu kaedah bekam darah bagi pesakit gangguan jin,titik bekam sihir disusun oleh perawat islam yang berpengalaman dalam bidang rawatan sihir,maksudnya titik bekam sihir adalah lokasi kegemaran jin dalam badan manusia.Apabila selesai proses berbekam,pesakit akan terasa ringan dan kesakitan akibat unsur gangguan akan berkurangan sehingga 60%,insyaAllah.

Jurubekam amatur/jurubekam baru yang tiada pengalaman dalam bidang merawat sihir adalah tidak dianjurkan membekam pesakit sihir,ini kerana serang balas sihir agak bahaya jika roh dalaman tidak kuat.Sebelum membekam pesakit jurubekam perlu membaca ayat perlindungan seperti Kursi dan 3 Qul dan semasa proses bekam pula zikir "Allah" perlu dibaca jangan putus dalam hati,insyaAllah jurubekam dilindungi oleh Allah SWT.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 3 Disember 2012

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

-Gigi berlaga ketika tidur -Mengerang/mengeluh semasa tidur -Kerap terjaga-jaga semasa tidur -Sukar melelapkan mata bila tidur -Mimpi jatuh dari tempat tinggi -Mimpi dipatuk/digigit/belit binatang berbisa warna hitam -Mimpi berada ditempat kotor/sunyi -Mimpi dukung/menyusu bayi -Mimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali -Kerap ditindih ketika tidur
-Sayang melampau pada orang yang baru dikenali -Kerap bergaduh suami isteri perkara remeh temeh -Gagal melakukan hubungan kelamin -Batuk yang berpanjangan -Kerap muntah darah -Kerap melihat kelibat dirumah -Mendengar seperti bunyi guli jatuh atas syiling -Sakit kepala selepas waktu asar -Sakit dada dan pinggang selepas waktu asar -Sakit tulang belakang dan juga rusuk selepas waktu asar -Gatal-gatal kulit waktu maghrib -Badan panas waktu maghrib -Benci melihat muka suami/isteri -Banyak halangan dalam jodoh Semua simptom-simptom diatas adalah gejala sihir dan ia perlu dirawat segera dengan 2 kaedah samaada kaedah terapi al quran ataupun berbekam ataupun kedua-duanya sekali bagi meraih kesembuhan yang maksimum,insyaAllah..
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Ahad, 2 Disember 2012

SENGGUGUT DAN HAID TIDAK TERATUR SEGERA BERBEKAM

Bagi kaum wanita yang mengalami masalah senggugut dan haid tidak teratur anda disyorkan berbekam 2 minggu sekali,bagi membuang segakla darah kotor serta melancarkan semula sistem peredaran darah dikawasan organ peranakan.Masalah senggugut selalu terjadi pada kaum wanita yang belum berkahwin dan ini akan menyebabkan sakit perut yang ekstrem sehingga menyebabkan mereka moody dan mudah marah.Bagi kaum wanita yang sudah berkahwin tetapi sistem haid tidak teratur,untuk jangka masa panjang akan menyebabkan mereka sukar hamil.Titik bekam utuk mengatasi masalah ini ialah berbekam dikawasan pinggang,pinggul serta bawah pusat,insyaAllah sembuh..



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Jumaat, 30 November 2012

KAUM WANITA JOM BERBEKAM !!!

Bagi kaum wanita yang berbekam di Shah Alam,anda akan mendapat 2 barang percuma iaitu sebotol toner aura seri dan sebotol minyak kasturi ruqyah.Khasiat toner aura seri ialah ia semburan air mawar yang dibacakan ruqyah khas untuk menghilangkan wajah kusam dimuka dan menaikkan seri wajah.Manakala khasiat kasturi ruqyah pula ialah untuk menghindari gangguan makhluk halus,ia dipakai sebelum tidur malam dan juga sebelum solat.



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 28 November 2012

RAWATAN SANTAU MUNTAH DARAH

Semalam saya dikunjungi seorang pesakit wanita ditemani 3 rakannya,beliau mengalami batuk serius yang berpanjangan dan sudah kerap mengunjungi klinik tapi batuk masih berlarutan juga.Apabila masuk di pusat rawatan,batuk beliau semakin teruk dan banyak keluar darah,petanda sihir santau sudah mula bertindak balas kepada pesakit sebelum rawatan dimulakan.Punca beliau batuk dan mengeluarkan darah ialah baru-baru ini beliau kerap minum minuman berunsurkan limau,dalam kes santau minuman sebegini perlu dielakkan kerana ia boleh membawa maut jika diminum terlalu kerap dan banyak.Saya terus melaungkan azan 1x kerana pesakit sudah mulai kesakitan,lalu saya beri minum madu ruqyah kemudian saya bacakan yunus 81-82 ulang-ulang selama 10min.Pesakit santau mulai kejang dan muntah,saya hentikan ruqyah dan beri lagi madu ruqyah lalu sambung lagi bacaan ruqyah pembatal sihir dan pesakit mulai berguling-guling sambil muntah.Saya kemudian azan dan menyambung semula bacaan ruqyah selama 10min kali ini alhamdulillah pesakit mulai sedar dan tenang serta perut sudah tidak sakit lagi.Sebelum pesakit pulang,saya syorkan pesakit minum madu dan air ruqyah dengan kerap setiap hari demi menawarkan racun dan sihir yang ada dalam badan serta khasiat madu juga dapat memulihkan luka-luka dalaman akibat bahana santau,rawatan tamat...
  
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Ahad, 25 November 2012

TONER AURA SERI PERCUMA SELEPAS AURA SERI

Bagi mereka yang sudah menjalankan rawatan aura seri,anda akan diberi sebotol percuma toner aura seri yang sudah dibacakan ruqyah(air mawar).Khasiat toner aura seri ialah..

-Menghilangkan wajah kusam -Menaikkan seri wajah -Menyegarkan kulit dan otot wajah -Menghilangkan kelesuan muka -Menawarkan sebarang sihir susuk di muka

Bagi mereka yang ada unsur gangguan jin,muka anda akan rasa gatal-gatal dan panas pijar di bahagian muka apabila menggunakan toner aura seri ini.Ia dipanggil tindak balas gangguan,teruskan penggunaan,dalam masa 3 hari insyaAllah tiada tindak balas gangguan lagi.

MASALAH JODOH ?

Alhamdulillah ada sebahagian pelangggan yang mendapatkan rawatan aura seri suatu masa dahulu kini sudah bertemu jodoh.Rawatan aura seri adalah satu rawatan terapi al quran yang digabungkan dengan kaedah mandian bunga,kaedah mandian ini pelanggan lakukan sendiri dirumah masing-masing.

Khasiat rawatan aura seri ialah :-

-Meringankan jodoh -Menghilangkan wajah kusam -Menyegarkan badan -Menawarkan segala bentuk sihir -Meningkatkan keyakinan diri -Menyingkirkan aura negatif badan

Jumaat, 23 November 2012

PELBAGAI KHASIAT MINYAK ZAITUN DARA


Minyak zaitun dara boleh didapati dengan mudah disemua hypermarket berhampiran rumah anda.Caranya beli sebotol buka penutupnya dan bacakan ayat lazim seperti fatehah,kursi dan 3qul tiup 10 saat pada minyak tersebut.

-Bagi merawat lelaki pancut awal,lumur dan urut minyak zaitun pada seluruh zakar sejam sebelum bersama,insyaAllah dapat berjimak tahan lama.

-Bagi merawat bayi menangis malam kerana disakat syaitan,sapu sedikit minyak zaitun pada dahi dan 2 cuping telinga bayi tersebut,insyaAllah tidak menangis lagi.

-Bagi merawat gatal-gatal atau sebarang penyakit kulit,sapu pada tempat yang bermasalah 3x sehari insyaAllah sembuh.

-Bagi merawat anggota badan yang sakit akibat gangguan jin,sapu juga 3x sehari pada tempat yang sakit.

-Bagi merawat penyakit yang berkaitan organ dalaman seperti gastrik,masalah hati,penkreas,ginjal mahupun buasir,minum sesudu 2x sehari,insyaAllah sembuh.

Rasulullah SAW pernah bersabda..

"Makan minyak zaitun dan urut dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari

”Ada minyak zaitun,makanlah,urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir

Jumaat, 16 November 2012

AYOYO.. USTAZ BANYAK DARAH KELUAR..

Ini kisah benar berlaku pada seorang wanita berbangsa India yang datang mendapatkan rawatan terapi ruqyah minggu lepas.Beliau mengalami masalah istihadah dimana sudah 3 bulan darah period beliau keluar tidak henti-henti.Dipendekkan cerita saya meruqyah beliau bersama air yang dibawa selama 10min,selepas rawatan beliau agak panik sedikit kerana darah period semakin deras keluar dan dada semakin sakit.Saya menyuruh beliau pulang segera kerumah untuk minum dan mandi air rawatan selama seminggu.Hari pertama hingga hari ketiga mandi darah period masih keluar dengan banyak,hari keempat hingga hari ketujuh minum dan mandi menggunakan air rawatan,alhamdulillah darah period beliau sudah berhenti sehingga sekarang.Dalam minggu ini beliau kembali lagi untuk mendapatkan rawatan susulan bagi mengatasi masalah kelesuan badan pula.Rawatan tamat..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Rabu, 14 November 2012

KAEDAH MERAWAT HISTERIA

-Asingkan individu yang histeria ke bilik kosong dan rehatkan 10min sambil dipantau oleh 2 individu lain.
-Jangan mengerumuni pesakit histeria kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. -Azan 3x pada telinga kiri pesakit bagi melemahkan terlebih dahulu kekuatan jin pengganggu.

-Cari sebotol air mineral kecil dan buka penutupnya,pegang ubun-ubun pesakit histeria dan bacakan kursi 7x lalu tiup ubun-ubun pesakit dan air mineral tu 10 saat.

-Separuh air tu beri pesakit minum dan separuh lagi campurkan dengan sebesen air paip serta sekilo ais,lalu jirus kepala pesakit perlahan-lahan.

-Dilarang menyeksa jin pengganggu dengan menekan-nekan jari/tubuh pesakit kerana ia akan membuatkan pesakit kerasukan lebih lama.

InsyaAllah pesakit akan sedar selepas semua kaedah diatas dilakukan..

Sabtu, 10 November 2012

APA ITU SUSUK

 

Definisi
Amalan memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan

Jenis-Jenis Susuk
  • Susuk Nyata
  • Susuk Ghaib
Susuk Nyata
  1. Susuk emas (popular-untuk pengasihan)
  2. Susuk berlian (kos tinggi)
  3. Susuk Mutiara (suara merdu)
  4. Susuk geliga buaya (nafsu)
  5. Susuk besi /beruang (kebal)
  6. Susuk bunga (pengasihan-konnnya akan keluar 40 hari sebelum mati)
  7. Susuk Raksa (kebal besi)
  8. Susuk bulu rusa (semangat waja diri)
  9. Susuk buluh Perindu (suara merdu & pengasihan)
  10. Susuk tulang manusia (kononnya boleh nampak alam jin)
Susuk Ghaib
Amalan tertentu untuk tujuan tertentu

Tujuan Pemakaian Susuk
  1. Pemanis dan seri wajah
  2. Pelaris diri
  3. Pelaris perniagaan
  4. Kebal
  5. Mencantikkan payudara @ kemaluan lelaki
  6. Hebat dalam perhubungan seksual
  7. Memulihkan dara
  8. Menundukkan musuh @ binatang
  9. Pendinding diri
  10. Menjadikan suara merdu
  11. Mengikat kasih sayang
  12. Menjadi muda
Pantang Pemakai Susuk
  1. Pisang emas
  2. Memakan buah kundur
  3. Makan makanan bercucuk seperti sate dan sebagainya
  4. Lalu dibawah jemuran kain basah
  5. Memakan labu
  6. Makan buah @ daun kelor
  7. Melihat bulan penuh dengan niat
  8. Melihat cermin dalam tempoh yang tertentu
  9. Menghadiri Majlis Pengebumian
  10. Diketuk dengan senduk
  11. Mengoyak @ memotong daun palas
Hukum memakai susuk adalah haram disisi agama islam. Bertaubatlah anda sebelum pintu taubat ditutup.

Al-Quran mengatakan:
"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

Dalam salah satu hadis dikatakan:
"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)
 
Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh. 
 
Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.
Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.
 
Untuk rawatan buang susuk,sila SMS 019-307 9883 sejam sebelum datang.

Jumaat, 9 November 2012

KAEDAH YASIN 9 MENANGANI BAYI MENANGIS MALAM

Apabila bayi kerap menangis malam sambil matanya memandang tajam pada sesuatu sudut/syiling,maka kemungkinan besar ada syaitan yang menyakat bayi anda.Jangan panik,ambilkan setengah cawan air paip,bacakan yasin ayat 9 11x lalu tiup 10 saat dan sapukan muka bayi anda,insyaAllah berhenti menangis.

  Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Rabu, 7 November 2012

SENGGUGUT DIATASI DENGAN BERBEKAM

Penyakit senggugut adalah simptom sakit perut kerana masalah ketidaklancaran pengeluaran darah haid ketika period dan ia kerap berlaku pada wanita bujang.Bagi menlancarkkan semula pengeluaran darah haid setiap bulan,anda disyorkan berbekam sebulan sekali secara konsisten.Titik bekam bagi masalah senggugut ialah di kawasan tengkuk,pingang dan pinggul serta dikawasan bawah pusat,insyaAllah kitaran haid anda lancar dan tidak lagi sakit ketika waktu period.



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

PETANDA SINONIM BAGI SIHIR

Photobucket

-Kerap sakit kepala bila selepas waktu asar keatas -Kerap sakit dada selepas waktu asar keatas -Kerap sakit tulang belakang selepas waktu asar keatas -Kerap sakit pinggang selepas waktu asar keatas -Badan panas/gatal-gatal menjelang maghrib -Kerap terjaga semasa tidur -Mimpi diserang binatang berwarna hitam -Mimpi terjatuh dari tempat tinggi -Mimpi berada ditandas/tempat kotor -Kerap bergaduh suami isteri perkara remeh temeh -Kerap gagal melakukan hubungan kelamin

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Selasa, 6 November 2012

RAWATAN SANTAU DI PUNCAK ALAM

Malam tadi kami merawat satu kes santau berat,seorang anak dara 20an muntah darah dan berak darah akibat angkara sihir santau,jika lambat dirawat boleh membawa maut.Tanpa melengahkan masa kami seperti biasa membacakan ayat ruqyah pembatal sihir pada madu,air dan tubuh pesakit selama 15min.Selama diperdengarkan ayat-ayat ruqyah pesakit ketakutan dan menggigil yang amat sangat,selepas sesi ruqyah tamat pesakit merasakan ada sesuatu keluar dari ubun-ubunnya.Pesakit dibekalkan madu dan air doa untuk dibuat minum dan mandi selama 7 hari,pesakit juga perlu berpantang 3 bulan memakan makanan yang ada unsur limau dan cuka.Rawatan tamat..

Bagi rawatan sihir,pagar rumah atau buang saka kerumah untuk kawasan KL/SEL sila SMS ke Utz Haikal 013-347 5449.

Bagi khidmat rawatan bekam kerumah kawasan KL/SEL untuk pesakit wanita,suami isteri atau family sila SMS ke Cik Aini 016-626 4971.

Isnin, 5 November 2012

RAWATAN SIHIR PUKAU DI BANTING

Bulan lepas saya dijemput untuk merawat kes sihir pukau di kawasan Banting,mangsa adalah ibu tunggal berusia 40an.Alkisahnya mangsa ada berkenalan dengan seorang lelaki yang juga seorang pengamal perubatan tradisional di kawasan tersebut.Semenjak berkawan dengan lelaki tersebut mangsa gemar memberi pinjaman duit sehingga habis puluhan ribu ringgit tanpa disedari.Mangsa juga semakin hari semakin kuat termenung dan kelihatan agak bodoh dari dahulu.Dipendekkan cerita,anak kepada mangsa menelefon saya untuk merawat ibunya.Saya terus meruqyah pesakit yang sedang kebingungan itu dalam masa 15min kemudian pesakit diberi minum dan mandi bagi menawarkan sihir pukau tersebut.Semasa di ruqyah pesakit merasa panas pada seluruh badan,alhamdulillah setelah tamat sesi ruqyah,minum dan mandi pesakit sudah mulai sedar dan normal,rawatan tamat..

Bagi rawatan sihir,pagar rumah atau buang saka kerumah untuk kawasan KL/SEL sila SMS ke Utz Haikal 013-347 5449.

Bagi khidmat rawatan bekam kerumah kawasan KL/SEL untuk pesakit wanita,suami isteri atau family sila SMS ke Cik Aini 016-626 4971.

Ahad, 4 November 2012

DIAGNOSIS BEKAM KAEDAH TEKAN KUKU


Ini adalah satu kaedah dianosis penyakit yang agak mudah,tekan kuku ibu jari anda 10saat dan lepaskan semula,jika kuku jari anda agak lambat bertukar menjadi merah,maka organ  reproduksi anda sedang bermasalah contohnya seperti masalah senggugut,haid tidak teratur dan sukar mengandung.

Anda disyorkan menjalani rawatan bekam 10cup disekitar belakang badan,insyaAllah organ reproduksi anda kembali normal dan lancar semula.

  Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

MUKA BERSERI SETELAH RAWATAN AURA SERI

Malam tadi ada seorang wanita dari klang yang menjalani rawatan susulan aura seri untuk sesi kedua,beliau memberikan testimonial bahawa wajahnya yang agak kusam semasa sebelum sesi rawatan pertama dahulu,Alhamdulillah wajah beliau cerah dan tidak kusam lagi.Rawatan aura seri adalah rawatan mandi bunga yang dilakukan oleh pelanggan dirumah mereka masing-masing,tetapi air dan bunga itu perlu dibacakan oleh perawat dengan ayat suci al quran terlebih dahulu. Bagi mereka yang inginkan rawatan aura seri,sila SMS ke 019-307 9883 sejam sebelum datang.

Khamis, 1 November 2012

MENGAPA TIBA-TIBA JANTUNG BERDEGUP KENCANG

Fungsi umum jantung ialah mengepam darah keseluruh organ dan saluran darah sistem badan manusia,tetapi ramai yang tidak tahu fungsi jantung selain mengepam darah ialah dapat mengenalpasti aura jin yang berhampiran pada badan kita.Jika ada jin yang jaraknya lebih kurang 1m dari badan kita,maka secara automatik jantung kita akan tiba-tiba berdebar/berdegup kencang.Subhanallah dahsyatnya ciptaan jantung dari Allah SWT...

Rabu, 31 Oktober 2012

MENANGANI MASALAH DITINDIH KETIKA TIDUR

-Ambil wudhu sebelum tidur. -Baca kursi dan 3 qul ditiup pada tapak tangan dan sapu seluruh badan hingga kekaki. -Memakai wangian kasturi yang sudah dibacakan ruqyah. -Pasangkan cd/mp3 ruqyah dari malam hingga pagi auto repeat dalam bilik tidur. -Spray air ruqyah yang sudah dibacakan kursi dan 3 qul pada seluruh bilik tidur.
InsyaAllah anda akan tidur nyenyak dan tidak ditindih lagi.
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Selasa, 30 Oktober 2012

KAEDAH AMPUH MEMUSNAHKAN SIHIR & SAKA

-Berbekam dibahagian kepala seminggu sekali. -Minum dan mandi dengan air campuran bidara selama seminggu. -Sediakan sebesen air paip,masukkan 7 helai daun bidara yang sudah lumat ditumbuk dengan lesung batu. -Bacakan fatehah,kursi dan 3qul lalu tiup 10saat pada air dalam besen tersebut. -Ambil air tadi dan minum seteguk dan selebihnya buat mandian lepas asar. -Kaedah minum dan mandian ini perlu diulang selama 7 hari berturut.

InsyaAllah sembuh..

Daun bidara boleh didapati di Surau Al Munawarah Sect 13 Shah Alam.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Ahad, 28 Oktober 2012

KHASIAT RAWATAN AURA SERI

Rawatan aura seri ialah gabungan terapi al quran dan juga herba seperti limau,ais dan juga bunga dimana khasiatnya membuang aura negatif pada badan dan menaikkan seri wajah.Antara khasiat aura seri ialah..

-Menawarkan santau -Membatalkan sihir -Memulihkan masalah saka -Menaikkan seri wajah -Menyegarkan badan -Menghilangkan kelesuan -Meringankan jodoh -Meningkatkan keyakinan diri -Membuang aura negatif pada badan

Pelanggan yang inginkan rawatan ini sila SMS ke 019-307 9883 sejam sebelum datang dan juga bawa sebotol besar air mineral,limau nipis 9 biji dan bunga 9 kuntum,bunga mudah didapati di Kompleks PKNS Shah Alam.

Sabtu, 27 Oktober 2012

MIMPI-MIMPI YANG SINONIM DENGAN GANGGUAN SAKA

-Mimpi menyusukan bayi -Mimpi mendukung bayi -Mimpi dikelilingi kanak-kanak -Gigi berlaga ketika tidur -Mimpi rumah lama -Mimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia -Mimpi seseorang memberikan sesuatu

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Jumaat, 26 Oktober 2012

PETANDA TERKENA SIHIR


-Sering sakit kepala bila waktu lepas asar keatas. -Sering sakit dada bila waktu lepas asar keatas. -Sering sakit pinggang bila waktu lepas asar keatas. -Sering sakit tulang belakang. -Sayang melampau pada orang yang baru dikenali. -Sikap berubah mendadak. -Kerap termenung/keliru. -Kerap bergadaduh suami isteri perkara remeh temeh. -Gagal melakukan hubungan kelamin. -Sering melihat kelibat dirumah. -Suhu rumah terasa panas dari biasa. -Kerap mendengar bunyi guli bertaburan diatas syiling. -Kerap mendengar bunyi orang mengalih perabot diatas syiling. -Bayi kerap menangis. -Badan sering gatal-gatal menjelang maghrib. -Sakit pada anggota tertentu tubuh badan tetapi pihak pakar hospital tidak dapat mengesannya. -Batuk yang berpanjangan. -Sakit seluruh sendi utama badan. -Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi. -Kerap bermimpi dipatuk ular hitam. -Kerap bermimpi berada ditempat kotor. 
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Rabu, 3 Oktober 2012

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Photobucket
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Rabu, 26 September 2012

RAWATAN AURA SERI PADA PESAKIT SANTAU

Semalam ada seorang ibu tunggal berusia lewat 30an dari KL datang mendapatkan rawatan aura seri,beliau seperti biasa membawa bahan-bahan aura seri seperti limau,air mineral dan 9 kuntum bunga.Beliau mengadu sepanjang 2 tahun ini badan beliau kerap sakit dan batuk berpanjangan akibat gejala sihir.Dipendekkan cerita saya terus membacakan ayat aura seri dan pembatal sihir selama 15min pada beliau,sepanjang ruqyah dibacakan beliau muntah tak berhenti,ini bermakna banyak lagi barang-barang kotor menghuni badan beliau selama ini.Dipenghujung rawatan saya memberi panduan minum dan mandi air doa serta bahan-bahan rawatan aura seri ini,saya juga memberikan sebotol air mawar yang dibacakan ruqyah untuk beliau spray pada muka sebelum tidur bagi mencantikkan kulit muka supaya tidak kusam dan kekal berseri,pesakit juga perlu datang rawatan susulan sebulan sekali,rawatan tamat..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Isnin, 24 September 2012

JIN MELOMPAT BILA TERKENA AYAT RUQYAH

Lima hari yang lepas saya ada dijemput oleh sekeluarga dari Bandar Sunway untuk melakukan rawatan sihir dirumah mereka.Mereka sekeluarga mengalami sakit kepala yang agak kuat apabila menjelang maghrib.Apabila saya sampai disana,saya terus membacakan set ayat ruqyah pada mereka sekeluarga dan juga air mineral 2 peti.Semasa proses ruqyah dibacakan,pesakit mula kerasukan dengan melompat-lompat seperti katak.Rawatan dihentikan buat sementara waktu,saya terus memberi pesakit air ruqyah,kemudian sesi ruqyah terus disambung.Alhamdulillah pesakit tidak melompat lagi,pesakit merasakan ada sesuatu keluar di hujung jari selepas sesi ruqyah kedua tersebut.Sebelum pulang saya menyuruh semua ahli keluarga untuk minum,mandi dan renjis seluruh rumah dengan air ruqyah yang saya bacakan tadi,mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepada mereka sekeluarga.

Bagi rawatan gangguan jin kerumah sila SMS Utz Haikal 013-347 5449
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MAMPU MENGURANGKAN BEBAN ORGAN GINJAL

Ginjal adalah organ penting pada tubuh manusia dimana fungsinya menapis darah untuk menyalurkan kandungan darah bersih keseluruh tubuh badan.Apabila toksid/toksin terlalu tinggi pada saluran darah,akan menyebabkan bebanan yang tinggi dalam proses penapisan darah sekaligus melemahkan fungsi organ ginjal.Dengan berbekam,kandungan toksid/toksin pada saluran akan berada pada tahap minima dan juga regenerate hormone akan dirembeskan dengan banyak dibahagian ginjal apabila berbekam dikawasan belakang badan.Fungsi regenerate hormone adalah untuk memperbaiki tisu/organ yang berhampiran dengan titik bekam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 19 September 2012

SEL T AKAN BANYAK DIHASILKAN SELEPAS BERBEKAM

Sel T adalah bahan utama dalam pembentukan sistem antibodi badan,apabila kita konsisten berbekam maka banyaklah SEL T terhasil pada kawasan yang kita bekam sekaligus sistem pertahanan badan meningkat dalam melawan segala penyakit.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 18 September 2012

PENUNGGU HARIMAU PUTIH..

Kira-kira 3 minggu yang lepas Utz Haikal ada dijemput ke Klang untuk merawat sebuah keluarga yang diganggu saka keturunan.Badan pesakit adakalanya sakit-sakit apabila ewaktu maghrib dan bila waktu malam pesakit kerap melihat 2 ekor jelmaan harimau putih dihalaman rumahnya.Apabila Utz Haikal datang merawat,seperti biasa beliau membacakan set ayat ruqyah dirumah pesakit dengan diakhiri khutbah Nabi Sulaiman serta azan,lalu beliau memagar kawasan rumah dan halaman supaya makhluk halus/jin berpindah dan tidak lagi mengganggu rumah pesakit.Alhamdulillah setelah 3 hari pesakit ada menelefon Utz Haikal yang beliau tidak pernah melihat lagi sebarang jelmaan harimau putih setelah Utz Haikal memagar rumah beliau dengan ayat suci Al Quran.

Bagi rawatan kerumah pesakit sila SMS ke Utz Haikal 013-347 5449