Pembaca Setia

Rabu, 9 November 2011

MERAWAT KES SIHIR FACEBOOK DI PJ

Semalam petang kami berkesempatan merawat seorang surirumah di PJ dimana sisuami mengadu bahawa isterinya sudah terkena sihir angkara ketagih dengan FACEBOOK.Pesakit sudah berjinak-jinak dengan facebook sudah hampir setahun dan dalam setahun tersebut perangai isterinya banyak sangat berubah seperti tidak bernafsu untuk melakukan seks,sering keluar dan tiada dirumah dan bertukar-tukar teman lelaki.Kebetulan pula sisuami menjumpai objek sihir dihadapan pintu pagar rumah beliau dalam 6 bulan lepas,sebab itulah siisteri terasa panas bila dirumah lebih-lebih lagi berdekatan suami dan kerap mencari ketenangan diluar rumah seperti bersosial dengan kenalan FACEBOOK yang baru dikenali.Sampai sahaja kami dirumah pesakit semalam,kami terus membacakan al quran ayat pembatal sihir berhampiran bilik pesakit kerana pesakit tidak mahu memberi kerjasama untuk dirawat dan dalam masa yang sama pesakit cuba mengamuk ingin keluar dari rumah,tetapi semua pintu rumah dan pagar telah sisuami kunci siap-siap.Setelah selesai bacaan al quran,saya menyuruh ibu pesakit memandikan pesakit dengan air doa dan memberikan pesakit minum air ruqyah + madu untuk menawarkan segala barang makan (sihir) yang ada didalam badan pesakit,kemudian pesakit baring dan tidur akibat keletihan.Jikalah ditakdirkan pesakit ini sembuh kelak,saya harap pesakit perlu banyak lakukan solat taubat dan mendalami ilmu fardhu ain serta memohon maaf pada sisuami akibat nusyuz kerana kerap keluar rumah tanpa izin suami.Selain itu pesakit juga jangan mendekati FACEBOOK semula kerana disebabkan FACEBOOK inilah rumahtangga yang dibina selama 7 tahun akan runtuh sekelip mata,jadi siisteri perlu sedar diri setiap masa yang dirinya itu adalah status isteri orang dan perlu faham tanggungjawab isteri pada suami,anak-anak dan keluarga.Para suami diluarsana juga perlu sentiasa pantau isteri masing-masing dalam berFACEBOOK dan jangan mengizinkan siisteri keluar rumah tanpa sebab kerana langkah-langkah pencegahan itu amat-amatlah penting..

Untuk rawatan gangguan jin ketempat anda (KL/SEL) sila SMS ke Utz Haikal 013-347 5449

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82