Pembaca Setia

Isnin, 21 November 2011

JIN PUN TEWAS,INDONESIA PUN TEWAS


Malam tadi lebih kurang 9 malam kami leka menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Indonesia,tiba-tiba ada pelanggan menelefon dan minta kami datang merawat adik lelakinya yang kerasukan ganas di Tmn Medan PJ.Sampai saja kami dirumah pesakit,pesakit mula merangkak dan mengaum bagaikan harimau,lalu kami suruh adik beradik pesakit untuk meniarapkan pesakit,dan memegang erat pesakit.Dalam 30min pertama pesakit masih lagi kerasukan dan mengaum ganas apabila sesi ruqyah dibacakan,selepas 30min,jin pengganggu semakin lemah dan pesakit mulai muntah,lalu kami mandikan pesakit dengan air doa + ais,alhamdulillah pesakit pulih sedia kala.Selepas sesi rawatan kami mendengar riuh sahut menyahut diluar rumah pesakit,petanda Malaysia memenangi pingat emas sukan SEA mengalahkan Indonesia dengan sepakan penalti.Alhamdulillah rawatan malam ini dipermudahkan Allah SWT,jin pun tewas,pasukan bolasepak Indonesia pun tewas juga....

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82