Pembaca Setia

Rabu, 16 November 2011

JIN HINDU MENGAMUK SAKAN


Semalam petang kami dikunjungi oleh seorang ibu tunggal berbangsa india bersama teman lelakinya yang mengadu seluruh badan sakit-sakit akibat disihir oleh bekas suami,dah puas berubat kesana kemari tapi gangguan jin masih degil juga.Saya terus memulakan sesi ruqyah dan apabila baru surah al fatehah dibacakan,pesakit sudah meronta dengan kuat dan ingin berlari keluar dari pusat rawatan,lalu saya menyuruh teman lelakinya memegang pesakit.Kemudian saya teruskan lagi dengan membaca ayat pembatal sihir,pesakit kerasukan makin ganas dan mula mencekik diri sendiri,lalu saya sapukan minyak kasturi hitam pada hidung pesakit.Jin dalam badan pesakit semakin menyumpah-nyumpah dan berteriak kuat,lalu kamu gunakan teknik ruqyah sentuhan dengan memegang pada ubun-ubun pesakit,dalam masa 10min sesi ruqyah sentuhan,jin pengganggu akhirnya mulai lemah dan pesakit pun terbaring longlai.Kami masih meneruskan bacaan ruqyah sehingga tamat dan akhirnya pesakit sedar dan muntah,kami syak pesakit sudah banyak termakan barang sihir kerana pesakit asyik mengadu sakit perut semasa sesi ruqyah sedang berjalan.Lalu saya memberikan madu tualang ruqyah sebanyak 4 sudu,akhirnya perut pesakit sudah kurang sakit,saya bekalkan pesakit 2 botol air bidara ruqyah untuk pesakit minum dan mandi 7 hari,rawatan tamat...


Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82