Pembaca Setia

Selasa, 8 November 2011

BAGI KES GANGGUAN BERAT,PESAKIT DISYORKAN BERPINDAH KETEMPAT LAIN SELAMA SEBULAN



Bagi kes gangguan jin tahap berat sehingga pesakit terlantar diatas katil dan sukar untuk mandi/minum air doa,saya syorkan pesakit perlu dipindahkan kelokasi rumah saudara mara yang berdekatan selama sebulan,ini kerana pengaruh objek sihir dirumah berkenaan terlalu kuat sehingga perawat islam yang datang kerumah pun agak sukar merawat dek kerana pesakit menghadapi kesukaran untuk minum/mandi air doa yang diberikan oleh perawat islam.Setelah pesakit pindah kelokasi lain,rumah lama perlu dipasangkan waktu maghrib 1x CD AL BAQARAH selama 2jam selama sebulan untuk menawarkan segala objek sihir,setelah sebulan pesakit boleh berpindah semula kelokasi asal rumah berkenaan.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82