Pembaca Setia

Isnin, 26 September 2011

DISIHIR SEHINGGA MAUT

Ini kisah benar berlaku kepada sepasang suami isteri di Bkt Subang Selangor.Sisuami baru sahaja meninggal dunia pada Hari Raya ituhari kerana sudah terlantar sebulan akibat sakit misteri.Semasa sisuami sakit,ahli keluarga beliau hanya kerap membawa arwah ke hospital dan beberapa perawat tradisional sahaja dan langsung tidak dibawa berjumpa dengan perawat islam.Bila penyakit sihir yang teruk dan tidak dirawat dengan kaedah yang betul,maka sudah pastilah keadaan pesakit akan menjadi kritikal dan semakin kritikal,apapun takdir maut itu ditangan Allah SWT dan sihir itu hanya asbabnya sahaja.Selang beberapa minggu kematian sisuami,kini isterinya pula tiba-tiba terlantar sakit dan saya hanya berkesempatan merawat beliau semalam tengahari.Apabila ruqyah dibacakan kepada pesakit,pesakit terasa badannya panas dan terasa ada kedengaran bunyi hutan ditelinganya.Setelah selesai sesi ruqyah,saya menyuruh ahli keluarga pesakit untuk membeli madu dan 7 biji kurma ajwa untuk dijadikan sarapan pesakit setiap pagi dek kerana fizikal pesakit agak lemah dan tidak berdaya berjalan.Air doa seperti biasa saya bekalkan untuk pesakit minum,mandi dan spray seluruh kawasan rumah selama 7 hari berturut-turut.