Pembaca Setia

Ahad, 21 Ogos 2011

RUQYAH + BEKAM = RAWATAN AMPUH GANGGUAN JIN


Hampir 2 tahun saya dan En Ahmad menjalankan kajian kes tentang kaedah ampuh rawatan gangguan jin menggunakan gabungan 2 teknik iaitu teknik ruqyah dan al hijamah/bekam.Dari pemerhatian kami dan respon dari pesakit kami yang lepas,ternyata banyak kes berat dapat kami selesaikan dengan izinNya dan jangkamasa kesembuhan pun semakin pantas.

Bagi pesakit gangguan jin diluar sana yang masih lagi menderita penyakit santau,sihir dan juga saka,saya syor anda istiqomah 2 minggu sekali menjalani rawatan terapi ruqyah syar'iyah dan al hijamah,insyaAllah penyakit gangguan jin anda cepat sembuh,jadi tak perlulah mencari kaedah-kaedah power ataupun perawat-perawat power yang ada nama lagi..Setiap kaedah perubatan yang disebutkan dalam al quran dan hadis mempunyai jaminan kesembuhan dari Allah SWT.Dalam sibuk kita berikhtiar dalam rawatan,nasihat kami ialah utamakanlah kaedah al quran dan sunnah....