Pembaca Setia

Jumaat, 12 Ogos 2011

BARU BACA BISMILLAH DAH MERASUK.....






Kisah kali ini pula adalah rawatan terhadap seorang surirumah yang tinggal berhampiran pusat rawatan kami di Petaling Jaya.Beliau sering mengalami masalah sukar tidur dan sakit dada,dalam masa yang sama sudah kerap kali menjalani pemeriksaan di hospital tetapi pihak perubatan moden tidak dapat mengesan puncanya.
Akhirnya beliau berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan ruqyah,lalu saya terus membacakan ayat-ayat ruqyah dimulai dengan kalimah Bismillah...Habis saja saya membaca Bismillah, pesakit terus merasuk dengan agresif,saya terus menyedarkan pesakit dan tidak meruqyah lagi.Saya hanya meruqyah pada air mineral yang pesakit bawa.Memang prosedur kami sedari dulu lagi supaya tidak membiarkan pesakit kerasukan terlalu lama, kerana lagi lama pesakit merasuk maka makin luas juga wilayah roh dikuasai syaitan,dan ini secara tak langsung akan melambatkan kadar kesembuhan pesakit.Saya menamatkan rawatan dan menyuruh pesakit minum air dan mandi air doa bersama ais selama 7 hari berturut-turut.