Pembaca Setia

Isnin, 22 Ogos 2011

BEKAM TITIK DI KAWASAN TENGKUK ADALAH TITIK WAJIB

Proses bekam/al hijamah adakalanya melibatkan banyak titik bergantung kepada jenis penyakit seseorang.Titik yang paling penting dalam proses al hijamah ialah 4 titik bekam di kawasan tengkuk yang melibatkan titik al kahil,titik qumah duwah dan juga al akhdain.Titik bekam di kawasan tengkuk adalah lokasi yang strategik dimana pembuluh darah utama badan melalui titik tersebut,dan apabila proses al hijamah dilakukan kesemua darah kotor yang ada diseluruh badan pastinya dapat disedut kerana tengkuk dan bahu adalah laluan utama sistem peredaran darah badan.

Ahad, 21 Ogos 2011

RUQYAH + BEKAM = RAWATAN AMPUH GANGGUAN JIN


Hampir 2 tahun saya dan En Ahmad menjalankan kajian kes tentang kaedah ampuh rawatan gangguan jin menggunakan gabungan 2 teknik iaitu teknik ruqyah dan al hijamah/bekam.Dari pemerhatian kami dan respon dari pesakit kami yang lepas,ternyata banyak kes berat dapat kami selesaikan dengan izinNya dan jangkamasa kesembuhan pun semakin pantas.

Bagi pesakit gangguan jin diluar sana yang masih lagi menderita penyakit santau,sihir dan juga saka,saya syor anda istiqomah 2 minggu sekali menjalani rawatan terapi ruqyah syar'iyah dan al hijamah,insyaAllah penyakit gangguan jin anda cepat sembuh,jadi tak perlulah mencari kaedah-kaedah power ataupun perawat-perawat power yang ada nama lagi..Setiap kaedah perubatan yang disebutkan dalam al quran dan hadis mempunyai jaminan kesembuhan dari Allah SWT.Dalam sibuk kita berikhtiar dalam rawatan,nasihat kami ialah utamakanlah kaedah al quran dan sunnah....

Jumaat, 19 Ogos 2011

ILMU SIHIR INDONESIA BOLEH HIDUPKAN MAYAT?



Di Kg Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana
mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.
kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit
bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan
diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki
dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya
tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.

Jumaat, 12 Ogos 2011

BARU BACA BISMILLAH DAH MERASUK.....






Kisah kali ini pula adalah rawatan terhadap seorang surirumah yang tinggal berhampiran pusat rawatan kami di Petaling Jaya.Beliau sering mengalami masalah sukar tidur dan sakit dada,dalam masa yang sama sudah kerap kali menjalani pemeriksaan di hospital tetapi pihak perubatan moden tidak dapat mengesan puncanya.
Akhirnya beliau berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan ruqyah,lalu saya terus membacakan ayat-ayat ruqyah dimulai dengan kalimah Bismillah...Habis saja saya membaca Bismillah, pesakit terus merasuk dengan agresif,saya terus menyedarkan pesakit dan tidak meruqyah lagi.Saya hanya meruqyah pada air mineral yang pesakit bawa.Memang prosedur kami sedari dulu lagi supaya tidak membiarkan pesakit kerasukan terlalu lama, kerana lagi lama pesakit merasuk maka makin luas juga wilayah roh dikuasai syaitan,dan ini secara tak langsung akan melambatkan kadar kesembuhan pesakit.Saya menamatkan rawatan dan menyuruh pesakit minum air dan mandi air doa bersama ais selama 7 hari berturut-turut.

Rabu, 3 Ogos 2011

MERUQYAH PASANGAN SUAMI ISTERI BERAGAMA HINDU

Sebelum ramadhan ituhari saya ada berkesempatan meruqyah pasangan suami isteri berbangsa india.Suami ini mempunyai dua isteri,bila kerumah isteri kedua semuanya berjalan lancar,tetapi bila keluar dari rumah isteri kedua seperti ingin bekerja dan juga kerumah isteri pertama,badan sisuami selalu sakit,jantung berdebar dan kerap sakit pinggang.Dengan sebab itu,isteri pertama membawa sisuami berubat dengan pihak kami dengan cara rawatan islam ruqyah syar'iyah.Semasa pesakit diruqyah,pinggang sisuami terasa sangat sakit,maka sahlah jin pengganggu menghuni pinggang.Saya syorkan pesakit mandi dan minum air ruqyah selama tujuh hari bagi menawarkan segala sihir rumahtangga yang mereka alami tersebut.


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Isnin, 1 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN,PUSAT RAWATAN BEROPERASI SEPERTI BIASA

"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"