Pembaca Setia

Isnin, 4 Julai 2011

BELUM RUQYAH SUDAH MENGGANAS

Kes ini dirawat oleh Utz Hanafiah,mengisahkan seorang pesakit wanita yang ditemani suaminya datang kepusat rawatan kami untuk merawat masalah gangguan jin isterinya.Bila sampai kep pusat rawatan,biasalah Utz Hanafiah akan menanyakan beberapa simptom terhadap pesakit tersebut,selesai jer sesi soalan,pesakit terus kerasukan dengan ganasnya sehingga 4 orang yang memegang badan beliau pun tidak terkawal lagi.Sebenarnya pesakit ini memang ada sejarah gangguan yang suka merasuk ganas pun sebelum-sebelum ini bila dibawa untuk mendapatkan rawatan ruqyah dimana-mana pusat rawatan islam.Saya syorkan mana-mana pesakit yang ada sejarah kerasukan yang agak ganas,silalah bawa 4 orang lelaki untuk standby memegang badan pesakit nanti,supaya Utz Hanafiah pun mudah/lancar untuk melakukan sesi ruqyah.

"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"