Pembaca Setia

Selasa, 3 Mei 2011

AL KISAH MERAWAT KES BUSUNG

Dua hari lepas saya didatangi seorang pesakit lelaki yang mengadu masalah busung yang dialaminya sejak 3 minggu dimana perutnya membesar sedikit dari biasa dan sakit memulas-mulas seperti terasa angin bisa yang tersekat didalam perutnya.
Saya tanpa melengahkan masa meletakkan tapak tangan kanan saya diatas perut pesakit dan membacan set ayat ruqyah..Selama dibacakan ayat ruqyah,pesakit kelihatan makin gelisah dan berkerut-kerut dibahagian muka seolah-olah sedang menahan sakit.Setelah tamat bacaan ruqyah,saya meniup 10saat pada 4 botol air mineral dan juga sebotol madu.Saya menyuruh pesakit minum secawan air ruqyah bersama campuran madu 3x sehari selama seminggu supaya angin-angin jahat yang tersekat dari dalam perut mudah keluar,insyaAllah..Rawatan tamat.