Pembaca Setia

Rabu, 18 Mei 2011

SIHIR YANG BERKAITAN SEKSUAL









Sihir yang berkaitan seksual selalunya ialah sihir pemisah rumahtangga dan sihir jerut.Sihir pemisah rumahtangga kerap berlaku bagi pasangan yang sudah lama berkahwin,dan sihir jerut pula selalu dihadapi oleh pasangan yang baru berkahwin.Tujuan utama kedua jenis sihir ini ialah untuk menyebabkan pasangan suami isteri bercerai,dan cara sihir ini bertindak adalah seperti :-

-Tiada nafsu pada pasangan.

-Zakar tiba-tiba lemah bila hendak berjimak,walhal masa foreplay dalam keadaan normal.

-Suami kerap mengalami pancut awal (bawah 1min) setiap kali berjimak.

-Si isteri mengepitkan peha bila suami ingin berjimak.

-Ada halangan/ketulan daging pada si isteri yang menyukarkan suami untuk berjimak.

-Mengalami istihadah/period setiap kali suami ingin berjimak.

Kedua sihir diatas adalah jenis sihir yang paling banyak melanda umat islam di Msia ini,dan jika tak kena cara rawatannya agak sukar untuk sembuh.

Bagi memastikan kesembuhan ditahap maksimum,pasangan suami isteri perlu datang secara berhadapan kepada perawat dan pastikan setiap orang membawa 49 helai daun bidara untuk dibuat minum dan mandian selama 7 hari berturut-turut,insyaAllah sembuh.

Daun bidara boleh didapati percuma di Masjid Al Falah Usj9 Sbg Jaya dan juga Seksyen 18 S Alam dialamat 11A 18/25 Jln Rotan Manau.

-

Selasa, 17 Mei 2011

DIAGNOSIS BEKAM-Analisa Tapak Tangan Cengkung

Bagi pesakit yang kita diagnosis tapak tangannya dan ada mengalami sedikit cengkung,ini menandakan pesakit mengalami penururunan sistem imunisasi pada sistem badan.Pesakit disyorkan berbekam pada point dada,tengkuk dan bahu 2 minggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah sistem imunisasi badan pesakit akan kembali normal.

Isnin, 16 Mei 2011

DIAGNOSIS BEKAM-Analisa Bintik Putih Tapak Tangan

Bila kita analisis tapak tangan pesakit,jika banyak terdapat bintik putih pada tapak tangan bermakna badan pesakit banyak angin.Angin disini bermaksud gas yang terhasil dari pencernaan yang tidak sempurna.Angin mengikut istilah perubatan herba terdapat pada tiga tempat iaitu angin duduk,angin darah dan juga angin sendi.Bagi jurubekam,point bekam untuk menyingkirkan segala angin pada tubuh pesakit ialah bekam darah 10 point pada bahagian otot belikat,tengkuk dan juga bahu,insyaAllah sejurus lepas berbekam pesakit akan sendawa,badan pesakit akan terasa ringan dan juga tidak lesu lagi.

DIAGNOSIS BEKAM-Analisa Ruas Jari




















Jika jari pesakit yang kita diagnosis itu ruas jarinya ada garis kehitaman,bermakna pesakit sedang mengalami masalah sembelit.Jadi jurubekam rujuk manual bekam dan bekam pesakit ikut point merawat sakit sembelit,insyaAllah dalam sekali bekam,masalah sembelit pesakit akan berkurangan.

Rabu, 11 Mei 2011

SIHIR FACEBOOK SEMAKIN MENJADI-JADI





















Baru-baru nie rakan perawat saya Utz Haikal mendapat jemputan untuk merawat satu kes sihir pemisah rumahtangga di Gombak,kes sihir nie angkara FACEBOOK...

Pesakit merupakan seorang wanita yang berkerjaya dan berpendapatan tinggi dan mula mengenali suspect (penyihir) melalui facebook secara suka-suka..Lama kelamaan pesakit mulai angau dan dingin terhadap suami sendiri...Demi menguatkan lagi pengaruh sihir,suspect mengirim ikan terubuk pula melalui pos laju kepada pesakit,biasalah guna teknik sihir makan.Selepas pesakit makan ikan terubuk tersebut,pesakit sudah mulai panas baran dan kerap bergaduh dan ingin meminta cerai dari suami tercinta dan dalam masa yang sama tergila-gilakan lelaki yang baru dikenali melalui facebook tersebut...

Dipendekkan cerita,ramai kes sihir facebook nie adalah terdiri dari mangsa wanita yang berpendapatan tinggi,modus operandi sihir facebook tak lain tak bukan hanyalah untuk memperdayakan kewangan mangsa...

Sihir facebook terjadi akibat kita meletakkkan gambar dan si penyihir lantas memuja gambar kita untuk mendapatkan segala hajat mereka...

Berhati-hatilah yer wahai wanita jika terlalu aktif dalam facebook...

Ahad, 8 Mei 2011

APAKAH HERBA TERBAIK DALAM MERAWAT PENYAKIT GANGGUAN JIN ?


































Herba terbaik dan mengikut sunnah dalam merawat gangguan jin ialah DAUN BIDARA.Caranya anda cari 21 helai daun bidara (banyak ditanam di Darul Syifa Bangi),tumbuk 7 helai daun bidara dengan lesung batu hingga lumat,ambil setengah sudu daun bidara yang lumat tadi masukkan ke secawan air mineral.Bacakan kursi 11x dan tiup air tersebut 10saat lalu minum selepas waktu asar.Lebihan daun bidara yang dalam lesung batu tadi tu masukkan pula kedalam sebesen besar air paip,bacakan kursi 11x juga lalu tiup 10saat pada air tu,lakukan mandian bilasan terakhir selepas waktu asar keatas.Cara mandinya jirus air rawatan tu di kepala secara perlahan-lahan dan biarkan kering dibadan tanpa lap.Semua kaedah minum dan mandian air daun bidara tadi perlu dilakukan selama 3 hari berturut-turut,insyaAllah sembuh segala penyakit gangguan jin anda baik histeria,santau,sihir mahupun saka.Selamat mencuba...

Jumaat, 6 Mei 2011

AMALAN MEMBACA YASIN MENYEMBUHKAN MASALAH GANGGUAN JIN

Bagi mereka diluar sana yang sedang menghadapi masalah gangguan jin seperti santau,sihir dan saka baik kes berat mahupun ringan,anda disyorkan membaca surah yasin 1x tiap-tiap lepas solat isyak secara istiqomah selama 14 hari,insyaAllah jin-jin pengganggu akan cabut lari,selamat mencuba.

Selasa, 3 Mei 2011

AL KISAH MERAWAT KES BUSUNG

Dua hari lepas saya didatangi seorang pesakit lelaki yang mengadu masalah busung yang dialaminya sejak 3 minggu dimana perutnya membesar sedikit dari biasa dan sakit memulas-mulas seperti terasa angin bisa yang tersekat didalam perutnya.
Saya tanpa melengahkan masa meletakkan tapak tangan kanan saya diatas perut pesakit dan membacan set ayat ruqyah..Selama dibacakan ayat ruqyah,pesakit kelihatan makin gelisah dan berkerut-kerut dibahagian muka seolah-olah sedang menahan sakit.Setelah tamat bacaan ruqyah,saya meniup 10saat pada 4 botol air mineral dan juga sebotol madu.Saya menyuruh pesakit minum secawan air ruqyah bersama campuran madu 3x sehari selama seminggu supaya angin-angin jahat yang tersekat dari dalam perut mudah keluar,insyaAllah..Rawatan tamat.

Isnin, 2 Mei 2011

SAYA KEMBALI BERTUGAS SEPERTI BIASA

Setelah bercuti seminggu,saya kembali bertugas seperti biasa,sesiapa yang inginkan rawatan,sila sms saya sejam sebelum datang di talian 019-994 0839