Pembaca Setia

Jumaat, 1 April 2011

SIHIR SEHINGGA MISKIN

Ia adalah satu cabang sihir yang mengakibatkan mangsa yang terkena menghadapi kesukaran dalam mencari rezeki ataupun dalam istilah lain tiada job langsung dalam dunia perniagaan.Kebelakangan ini kerapkali kes sebegini saya rawat,dan yang terbaru adalah pesakit dari Kota Damansara yang menjalankan perniagaan sendiri membekalkan talent kepada Production House.Sudah 3 bulan beliau tiada job langsung sehingga ansuran kereta dan sewa rumah sudah 3 bulan tertunggak,walhal sebelum ini bisnes beliau agak stabil dan lumayan...

Mangsa juga kerap sakit kepala bila waktu asar keatas dan terlalu banyak halangan bila mula keluar rumah mencari rezeki.Memandangkan pesakit tidak dapat datang berjumpa saya,adik kepada pesakit menemui saya dengan membawa 2 botol air mineral.Lalu saya bacakan ayat set pembatal sihir pada air tersebut,jadi pesakit perlu minum dan mandi selama 7 hari berturut-turut dan kawasan rumah serta kereta perlu direnjis selama 7 hari juga.Setelah 2 minggu berlalu saya mendengar khabar berita gembira yang bisnes mereka sudah kembali pulih,alhamdulillah mukjizat Al Quran dan perkenan Allah SWT membantu mereka kembali...

Bagi mereka yang diluar sana yang menghadapi masalah perniagaan ataupun rezeki,janganlah berdiam diri sahaja,berusahalah dan berubat takut dikhuatiri kita terkena sihir tanpa kita sedari.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan sila sms sejam awal sebelum datang ke 019-994 0839 Utz Hanafiah di Kedai Rawatan Sihir & Saka (depan Masjid Jumhuriyyah Tmn Dato Harun)

Bagi mereka yang ingin memesan CD RUQYAH sila layari web
mp3ruqyah.com