Pembaca Setia

Isnin, 4 April 2011

PONTIANAK MENGILAI SELEPAS SESI RUQYAH

Malam tadi saya ke Titiwangsa KL untuk merawat rakan saya yang dilanda sihir mahkamah.Saya namakan sihir mahkamah kerana setiap kali beliau pergi mahkamah dalam proses menuntut cerai dari suaminya,badan beliau akan sakit-sakit,hilang fokus dan mulut agak terkunci semasa dalam proses perbicaraan.

Saya seperti biasa membacakan ayat ruqyah syar'iyah kepada beliau dan semasa ruqyah dibacakan mata pesakit mengalir seperti menahan kesakitan yang amat sangat.Setelah tamat sesi ruqyah,saya mendengar ada suara mengilai seperti suara wanita dan pesakit juga turut mendengar sama.Pesakit mengatakan kepada saya,semasa proses ruqyah dibacakan leher beliau terasa seperti ada orang mencekik dengan kuat...

Saya seperti biasa membekalkan 2 botol air mineral ruqyah dan daun bidara untuk pesakit buat minum dan mandian,rawatan tamat...

Bagi mereka diluar sana yang mendapatkan sebarang rawatan sihir,sila sms sejam awal sebelum datang ke 019-994 0839 Utz Hanafiah.