Pembaca Setia

Isnin, 11 April 2011

MERAWAT PESAKIT YANG OBSES DENGAN GANGGUAN

Tiga hari lepas saya berkesempatan merawat seorang pesakit wanita dari johor yang mendakwa dirinya ada gangguan jin yang menyebabkan beliau tidak berkeyakinan diri untuk keluar dari rumah selama 6 bulan.Beliau mengatakan kawan-kawannya serta perawat tradisional sebelum-sebelum ini sering melihat wajah dia kelihatan seperti binatang,berwajah orang tua dan sebagainya sehingga pada tahap pesakit mempercayai dirinya ada gangguan jin yang serius.

Saya merawat pesakit seperti biasa,dan setelah tamat rawatan saya menanyakan pesakit tentang respon fizikal badan semasa ruqyah sedang dibacakan,pesakit hanya merasa sedikit pergerakan di bawah kulit sahaja.Kesimpulanannya pesakit hanya mengalami sedikit gangguan kecil sahaja dan tetapi dek kerana pesakit mempunyai masalah sikap yang obses/berlebihan kepada gangguan jin,secara tak langsung syaitan mudah menghasut minda pesakit supaya sering rasa rendah diri dan sebagainya.Sebelum menamatkan rawatan saya memberi pesakit sedikit motivasi untuk pesakit rasa yakin kepada diri sendiri dan pesakit disyorkan supaya membaca surah An-Nas banyak-banyak setiap hari dan juga pesakit elakkan duduk bersendirian/berangan.

Untuk sebarang rawatan sihir sila sms sejam awal sebelum datang di 019-994 0839