Pembaca Setia

Jumaat, 29 April 2011

ADUHHH!! GATAL DAN PANAS TEKAK KU BILA MENJELANG MAGHRIB !!!

Semalam saya berkesempatan merawat seorang surirumah yang sering mengadu masalah batuk dan tekak terasa panas bila menjelang senja,bila berjumpa doktor tiada penyakit apa pun dapat dikenal pasti.Sebelum rawatan saya lakukan scanning dengan memicit sendi-sendi badan pesakit,pesakit mengatakan semua sendi terasa sangat sakit apabila dipicit oleh saya,ini petanda sah ler pesakit ini mengalami gangguan jin kategori santau.Saya membacakan set ruqyah syar'iyah kepada pesakit,semasa proses ruqyah dibacakan,pesakit batuk semakin kerap dan kuat,selesai ruqyah saya memberi pesakit minum air ruqyah beserta madu.Sebelum pesakit pulang,saya membekalkan sebotol madu dan 3 botol besar air ruqyah untuk dibuat minum 3x sehari selama seminggu.Pesakit juga perlu berpantang selama sebulan untuk tidak menjamah segala minuman berlimau,makanan pedas,rebung dan juga jeruk buah-buahan