Pembaca Setia

Ahad, 12 Disember 2010

REKREASI PERAWAT 1- MEMANAH















Perawat sedang belajar memanah..

Memanah adalah satu kemahiran yang dianjurkan oleh sunnah Nabi saw. Ia memerlukan gabungan anggota tangan,mata dan konsentrasi pemikiran. Dengan selalu berlatih sukan ini kita memaksa otak supaya lebih fokus. Hasilnya selain dari kita dapat melatih fikiran supaya lebih fokus kepada satu target ,mudah-mudahan dapat pahala kerana kita mengikut anjuran Rasulullah saw.

Masalahnya adalah lapangan tempat berlatih memanah adalah kepunyaan bukan Islam yang ada percampuran antara lelaki dan wanita seperti gambar di atas.Kenapa orang Islam tidak mahu membuka lebih banyak pusat rekreasi seperti begini sedangkan sukan ini dianjurkan oleh Nabi kita? Jika peniaga/pelabur ragu-ragu untuk mencuba bidang ini kita boleh berjumpa dan berbincang secara serius bagaimana untuk menjadikan idea ini satu kenyataan.