Pembaca Setia

Khamis, 2 Disember 2010

PENYELESAIAN MASALAH JODOH-Anak dara lanjut usia,ibu tunggal,duda,pasangan sedang proses bercerai


Bagi kawan-kawan yang sukar mendapatkan jodoh atau sukar memelihara kerukunan rumahtangga disarankan agar rajin bersolat tahajjud memohon agar Allah menemukan jodoh yang sesuai atau membantu menghuraikan kekusutan dalam rumahtangga.Jika anda tambah dengan puasa sunat maka itu adalah yang terbaik kerana Allah mudah mengabulkan doa orang yang berpuasa.

Kaum wanita juga perlu lebih terbuka dalam masalah poligami dan dididik supaya memahami poligami dengan perspektif yang betul.Berdasarkan kepada perangkaan terbaru yang menunjukkan bilangan wanita sangat melebihi dari bilangan lelaki terutama di bandar besar maka adakah cara yang praktikal selain dari poligami yang dapat menyelesaikan masalah masyarakat?Jika ada buktikan ia boleh berjaya!Tinggal satu masalah iaitu mendidik masyarakat cara berpoligami yang betul.Jika ini dapat dilakukan maka kita dapat mengurangkan banyak masalah yang berkaitan anak dara lanjut usia dan ibu tunggal.

Begitu juga kenduri perkahwinan harus dipermudahkan dan diringkaskan.Bukankah kenduri kahwin Rasulullah SAW yang paling hebat pun hanya menyembelih seekor kambing sahaja?Kenapa kita tidak mahu mencontohi kekasih kita Rasul junjungan ini?