Pembaca Setia

Jumaat, 17 Disember 2010

KAEDAH MUDAH MOTIVASI ANAK DI RUMAH


1) Ajar dan galakkan anak dari kecil supaya sentiasa ingat untuk berzikir subhanallah,alhamdulillah walailahailallah wallahuakbar ,pagi,petang,siang, malam,ketika menonton televisyen,bermain,makan dan lain-lain samaada di mulut atau di dalam hati

2)Kejut anak sebelum subuh dan suruh menunaikan solat witir satu rakaat sahaja seawal umur 10 tahun

3)Ajar anak menunaikan solat dhuha dua rakaat sahaja setiap hari atau sekadar termampu

4)Ajak anak bersama-sama untuk puasa sunat sehari sahaja dalam sebulan atau ketika tarikh penting seperti puasa arafah dan puasa hari asyura.

5)suruh anak membaca paling kurang semuka alquran setiap hari secara istiqomah samada ketika cuti atau hari persekolahan.

6)Suruh anak membaca satu hadis dan huraiannya dengan suara kuat ketika tazkirah keluarga sekali seminggu atau paling kurang sebulan sekali.