Pembaca Setia

Ahad, 7 November 2010

UJIAN KETULINAN MADU MENGGUNAKAN AIR



Saya telah melakukan ujian pengesahan ketulinan madu dengan menggunakan air untuk menguji empat jenis madu : 1)Madu tualang asli keluaran IT House 2) Madu tualang herba Ust Haji Abd Malek bin Haji Salleh Madrasah Darul Quran Kelantan 3) madu pemberian seorang kawan 4) madu dari Siam yang dibawa oleh seorang pesakit dari Jerantut.Madu ini dari segi rupanya kelihatan ada buih-buih kecil dan agak cerah sedikit .Meyakinkan.

Hipotesisnya : 1)madu adalah satu ubat yang diturunkan melalui wahyu. Oleh itu teksturnya mestilah unik seperti tidak mudah larut di dalam air tanpa dikacau.2) hanya gula yang dimasak sehingga pekat dan ditambah pewarna atau gula dari sumber lain yang dimasak sehingga pekat dan kelihatan seperti madu akan mudah larut dalam air tanpa dikacau dengan sudu.

Kaedahnya; letakkan sedikit madu di dalam gelas yang cerah.Curahkan sedikit air lihat ia bercampur atau tidak.Tambahkan sedikit madu sehingga bila mendap ia akan setinggi 2 mm.Curahkan air dengan kuat sehingga penuh gelas dan lihat adakah ia bercampur atau tidak.

Hasil pemerhatian mendapati madu tualang IT House dan Madu keluaran Us.Malek tetap tidak bercampur dengan air. Manakala madu dari Siam itu dan pemberian kawan apabila dicurah air dengan laju ia melarut .Dari pemerhatian ini saya membuat kesimpulan bahawa madu tualang IT House dan Us. Malek adalah tulin.

Kecuali ada pembuat madu tiruan yang pakar dalam bidang kimia mencipta bahan kimia baru bersifat seperti madu ,maka kaedah ini adalah praktikal kerana pembuat madu tiruan tidak berjumpa lagi bahan manis selain dari gula atau bahan bersumber gula yang sesuai untuk diproses menjadi madu tiruan. Gas atau buih yang kelihatan boleh jadi dari soda bikarbonat atau telur.Jika ada bahan lain ditambah untuk menjadikan madu itu banyak seperti polisterin yang dimasak dan sebagainya maka ia akan merubah warna air.Berhati-hatilah dengan berbagai jenama madu yang terdapat di farmasi sehingga ada madu tualang yang gelap rupanya dijual RM 20.00 sahaja sekilo!