Pembaca Setia

Sabtu, 6 November 2010

KEPERLUAN SEGERA UNTUK MEMPERKENALKAN MASYARAKAT KEPADA PUSAT REKREASI ISLAMIK


Apabila kita melihat sekeliling kita maka kita dapati tidak ada sebuah pusat rekreasi Islam yang dapat diketengahkan kepada masyarakat sebagai alternatif kepada pusat reakreasi yang berlaku pergaulan bebas dan tidak menjaga batas-batas aurat.Jadi adalah amat penting bagi masyarakat Islam supaya mewujudkan sebuah pusat rekreasi yang lengkap dengan berbagai kemudahan di dalam satu tempat yang berbentuk islamik di mana semua golongan Islam dapat manfaat daripadanya.

Antara bentuk rekreasi yang boleh diketengahkan adalah berenang, memanah, bergusti, lumbalari, menunggang kuda,menunggang unta dan lain-lain sukan yang dianjurkan oleh sunnah Nabi SAW.Di sini kaum wanita dapat berenang dengan bebas dengan menggunakan pakaian renang muslimah tanpa perlu bercampur dengan lelaki seperti di kolam yang lain. Begitu juga ruang rekreasi yang khas untuk kaum wanita memudahkan mereka untuk belajar memanah,berlari,menunggang kuda dan sebagainya.

Perkara ini adalah penting diwujudkan segera dengan kerjasama semua umat Islam supaya umat Islam disamping dapat berekreasi ketika musim cuti sekolah dan cuti perayaan mereka dapat memahirkan diri dengan sukan yang dianjurkan oleh sunnah Nabi SAW,badan sihat dan cergas dan mereka akan dapat merasakan betapa besarnya kepentingan dan maslahat sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Ia juga boleh menjadi satu industri perniagaan bagi pakaian renang muslimah ,pakaian gusti Islamik dan lain-lain.Mudah-mudahan satu usahasama ke arah ini dapat dilakukan segera.