Pembaca Setia

Selasa, 23 November 2010

MINGGU INI TARIKH TERBAIK BERBEKAM


Mafhum hadis Nabi SAW iaitu berbekamlah pada 17,19 atau 21 maka ia dapat menyembuhkan semua penyakit.Maka masa terbaik untuk berbekam adalah pada hari SELASA,KHAMIS dan SABTU bersamaan 23,25 dan 27 Nov 2010

Sabtu, 13 November 2010

SUNNAH N SPORTS PART1



Untuk meningkatkan kembali tahap kesihatan rakyat Malaysia maka kita perlu mengubah persepsi masyarakat supaya kembali aktif bersukan seumur hidup.Bukan seperti amalan masa kini apabila umur telah meningkat tiga puluh tahun lebih maka secara perlahan-lahan rakyat Malaysia meninggalkan aktiviti permainan atau senaman yang agak aktif dilakukan ketika bujang dan masih muda dan bertukar menjadi pasif.Persoalannya benarkah apabila kita semakin meningkat umur maka tidak perlu lagi bersukan dan hanya perlu berulang-alik ke masjid sahaja?Adakah ini yang dituntut oleh Islam?

Ada fakta yang penting untuk diperhatikan:

1)Rasulullah saw menewaskan penggusti terhebat di Mekah ketika umurnya lebih 40 tahun
2)Rasulullah saw aktif berperang di dalam peperangan Badar dan Uhud ketika umurnya lebih lima puluh tahun
3)Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya Aisyah di usia lanjut
4)Rasulullah saw pernah bersama Aisyah menyaksikan permainan tombak/lembing di dalam masjid dll hadis yang banyak menganjurkan tentang memanah,berenang,bermain pedang,menunggang kuda

Sedangkan dalam masyarakat kita sekarang apabila berumur 40 tahun sahaja telah ditimpa dengan pelbagai penyakit .Antaranya sebabnya ialah mengambil persepsi yang salah tentang sukan seolah-olah Islam tidak menggalakkan bersukan .Oleh itu marilah kita bersukan terutamanya sukan yang dianjurkan oleh sunnah sebagai menyahut anjuran Rasulullah saw dan untuk menjaga kesihatan diri dan kecergasan mental. Selain itu,ia juga memantapkan keyakinan
kita sebagai orang Islam yang lebih kuat dan cergas dalam bertindak dan beribadah tidak terganggu oleh berbagai penyakit ketika solat ataupun menunaikan ibadah lain seperti haji dsbgnya.

Oleh itu marilah lebih fokuskan kembali kepada sukan-sukan yang dianjurkan oleh sunnah seperti bergusti,berenang ,memanah dan sebagainya.Sukan-sukan ini selain membina kekuatan fizikal juga melatih otak kita untuk lebih fokus dan lebih tajam.Berbanding sukan lain yang hanya mementingkan wang,nama,pingat sukan yang dianjurkan oleh sunnah Nabi SAW bersifat membina kekuatan ummah.Perhatian juga perlu diberi kepada kaum wanita yang selain menghidap penyakit gangguan oleh jin,juga menghadapi berbagai penyakit fizikal dan yang paling teruknya adalah terlebih gemuk(obesiti) akibat terlampau kurang bersukan.

Penubuhan lebih banyak kompeks sukan Islamik insyaAllah dapat membantu menyelesaikan sebahagian masalah kesihatan umat Islam pada hari ini selain dapat membentuk generasi baru yang lebih sihat dan cemerlang.Ya Allah permudahkanlah urusan-urusan kami.Amin.

Khamis, 11 November 2010

BEBERAPA KES JIN YANG MERASUK MENJADI GANAS

Kebanyakan jin yang merasuk badan manusia sebenarnya boleh dikawal oleh perawat dengan bacaan ruqyah, tetapi adakalanya pesakit sendiri yang memberi ruang untuk jin menguasai mereka dan seterusnya terhalang dari mendapat bantuan Allah untuk memudahkan kesembuhan atas dosa besar yang mereka lakukan dan sikap yang silap terhadap perawat atau manusia lain

Kes 1
Pesakit wanita ini masih bersuami dan mempunyai hubungan intim dengan orang yang membantu membawanya ke pusat rawatan(suami orang juga).Suami pesakit berada di luar negara.Rasukan sepenuhnya dan jin agak agresif.Sukar untuk menyuruh pesakit mengucap atau ingat Allah ketika kerasukan

Kes2
Seorang wanita bujang yang sudah bertunang mempunyai skandal dengan suami orang diketahui oleh isterinya dan tunang wanita tadi.Rasukan sepenuhnya dan jin agak agresif.Sama seperti kes 1

Kes3
Seorang wanita yang terpengaruh dengan kaedah-kaedah hebat dan perawat hebat.Ditambah sikap tidak istiqomah dan memandang rendah kepada perawat lain yang tiada 'title' maka kesembuhannya sukar.Rasukan sepenuhnya dan agresif.

Kes4
Seorang pelajar wanita yang tidak menutup aurat dan suka keluar malam.Rasukan sepenuh,jin tidak agresif tetapi rasukan selalu berulang bila beliau keluar malam

Kes5
Seorang wanita keluar diwaktu maghrib dengan tunangnya.Rasukan sepenuhnya.

Kes 6
Seorang wanita yang masih meneruskan perhubungan dengan kekasih yang kini suami orang.Rasukan sepenuhnya dan agresif

Mudah2an umat Islam mempelajari kembali ilmu pengetahuan untuk memperhalusi antara dosa dan pahala dan meminimumkan kezaliman terhadap diri sendiri.Amin.

Ahad, 7 November 2010

UJIAN KETULINAN MADU MENGGUNAKAN AIR



Saya telah melakukan ujian pengesahan ketulinan madu dengan menggunakan air untuk menguji empat jenis madu : 1)Madu tualang asli keluaran IT House 2) Madu tualang herba Ust Haji Abd Malek bin Haji Salleh Madrasah Darul Quran Kelantan 3) madu pemberian seorang kawan 4) madu dari Siam yang dibawa oleh seorang pesakit dari Jerantut.Madu ini dari segi rupanya kelihatan ada buih-buih kecil dan agak cerah sedikit .Meyakinkan.

Hipotesisnya : 1)madu adalah satu ubat yang diturunkan melalui wahyu. Oleh itu teksturnya mestilah unik seperti tidak mudah larut di dalam air tanpa dikacau.2) hanya gula yang dimasak sehingga pekat dan ditambah pewarna atau gula dari sumber lain yang dimasak sehingga pekat dan kelihatan seperti madu akan mudah larut dalam air tanpa dikacau dengan sudu.

Kaedahnya; letakkan sedikit madu di dalam gelas yang cerah.Curahkan sedikit air lihat ia bercampur atau tidak.Tambahkan sedikit madu sehingga bila mendap ia akan setinggi 2 mm.Curahkan air dengan kuat sehingga penuh gelas dan lihat adakah ia bercampur atau tidak.

Hasil pemerhatian mendapati madu tualang IT House dan Madu keluaran Us.Malek tetap tidak bercampur dengan air. Manakala madu dari Siam itu dan pemberian kawan apabila dicurah air dengan laju ia melarut .Dari pemerhatian ini saya membuat kesimpulan bahawa madu tualang IT House dan Us. Malek adalah tulin.

Kecuali ada pembuat madu tiruan yang pakar dalam bidang kimia mencipta bahan kimia baru bersifat seperti madu ,maka kaedah ini adalah praktikal kerana pembuat madu tiruan tidak berjumpa lagi bahan manis selain dari gula atau bahan bersumber gula yang sesuai untuk diproses menjadi madu tiruan. Gas atau buih yang kelihatan boleh jadi dari soda bikarbonat atau telur.Jika ada bahan lain ditambah untuk menjadikan madu itu banyak seperti polisterin yang dimasak dan sebagainya maka ia akan merubah warna air.Berhati-hatilah dengan berbagai jenama madu yang terdapat di farmasi sehingga ada madu tualang yang gelap rupanya dijual RM 20.00 sahaja sekilo!

Sabtu, 6 November 2010

KEPERLUAN SEGERA UNTUK MEMPERKENALKAN MASYARAKAT KEPADA PUSAT REKREASI ISLAMIK


Apabila kita melihat sekeliling kita maka kita dapati tidak ada sebuah pusat rekreasi Islam yang dapat diketengahkan kepada masyarakat sebagai alternatif kepada pusat reakreasi yang berlaku pergaulan bebas dan tidak menjaga batas-batas aurat.Jadi adalah amat penting bagi masyarakat Islam supaya mewujudkan sebuah pusat rekreasi yang lengkap dengan berbagai kemudahan di dalam satu tempat yang berbentuk islamik di mana semua golongan Islam dapat manfaat daripadanya.

Antara bentuk rekreasi yang boleh diketengahkan adalah berenang, memanah, bergusti, lumbalari, menunggang kuda,menunggang unta dan lain-lain sukan yang dianjurkan oleh sunnah Nabi SAW.Di sini kaum wanita dapat berenang dengan bebas dengan menggunakan pakaian renang muslimah tanpa perlu bercampur dengan lelaki seperti di kolam yang lain. Begitu juga ruang rekreasi yang khas untuk kaum wanita memudahkan mereka untuk belajar memanah,berlari,menunggang kuda dan sebagainya.

Perkara ini adalah penting diwujudkan segera dengan kerjasama semua umat Islam supaya umat Islam disamping dapat berekreasi ketika musim cuti sekolah dan cuti perayaan mereka dapat memahirkan diri dengan sukan yang dianjurkan oleh sunnah Nabi SAW,badan sihat dan cergas dan mereka akan dapat merasakan betapa besarnya kepentingan dan maslahat sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Ia juga boleh menjadi satu industri perniagaan bagi pakaian renang muslimah ,pakaian gusti Islamik dan lain-lain.Mudah-mudahan satu usahasama ke arah ini dapat dilakukan segera.

Khamis, 4 November 2010

LAMBAIAN KAABAH











Selamat menunaikan ibadah. haji kepada semua umat Islam yang diberi peluang oleh Allah untuk berziarah ke Baitullah pada tahun ini.Semoga mendapat haji yang mabrur.Bagi yang belum berpeluang menjadi tetamu Allah mudah-mudahan mendapat kesempatan di lain tahun.
Amin.