Pembaca Setia

Sabtu, 2 Oktober 2010

Wahabbi vs Sufi Dan Mazhab Syafie

















(Inilah musuh sebenar semua golongan Islam yang tersenyum lebar dengan perpecahan kamu dan juga golongan sekular nampak baik tetapi penipu yang membantu mereka)

Nampaknya golongan wahabbi ditentang hebat terutamanya oleh golongan sufi dan mazhab syafie.Bagi golongan sufi yang ekstreme menentang semua golongan sunnah termasuk ahli hadis.
Pertentangan ratusan atau ribuan tahun ini nampaknya tidak akan selesai kecuali kita tukar medan pertempuran

Saya bukanlah ingin masuk campur dalam pertempuran kamu cuma saya sebagai orang awam yang baru belajar mencintai sunnah berharap :

1) Jangan bertempur sesama sendiri sahaja tetapi tidak menentang golongan sekular yang sudah 50 tahun memerintah.PuakA sesatkan puak B,Puak B sesatkan Puak C .Puak C karang kitab sesatkan Puak A dan B. Tak cukup dengan itu bertempur pula di masjid,internet,segala jenis media.Tinggal satu persoalan,oleh kerana perbincangan secara ilmiah tidak mencapai kata sepakat adakah kamu semua mahu berperang sesama sendiri pula jika masing-masing ada kekuatan?

Tidak bolehkah kamu semua mengumpul kekuatan fikiran itu dan bertanding antara golongan siapa yang dapat mencipta antivirus terbaru, islamic microhard, islamic laptop,hijab car dan lain-lain dan menghalang pertikaian pendapat di kalangan orang awam tetapi terhad kepada ulama sahaja dan tidak mengapi-apikan permusuhan di kalangan orang awam pula.

Jika ulama setiap golongan ingin menyalahkan satu sama lain ,maka tidak wajar orang awam dibabitkan bersama dalam pertikaian ini sehingga timbul permusuhan yang tidak perlu.Jika ada yang membuat kenduri tahlil dan ada golongan yang tidak mahu pergi jemputan itu berlapang dadalah.Realitinya umat Islam akhir zaman tidak akan berada dalam satu golongan dan tidak boleh dipaksa untuk mentaati golongan tertentu

Boleh juga diadakan pertandingan dalam bentuk lain seperti golongan mana dahulu dapat membentuk khalifah islamiyyah atau menewaskan Israel dan Amerika jika golongan kamu memang hebat.Buktikan dengan menewaskan salah satu dari kedua musuh utama ini jika memang golongan kamu paling hebat.

2) Atau kalau benar kamu banyak sangat masa lapang selain digunakan untuk menyesatkan yang bukan golongan kamu kenapa kita tidak turun padang bekerjasama untuk berdakwah sebentar kepada golongan jauh dari agama di shopping komplex,kedai,pasar malam ,taman rekreasi dll?

3)Atau bekerjasama turun padang membantu golongan fakir miskin atau bertanding golongan mana paling ramai melakukan puasa Daud?