Pembaca Setia

Khamis, 14 Oktober 2010

TAZLIM(TAZKIRAH LIMA MINIT)-MENAIKKAN HARGA DIRI WANITA


Harga diri wanita akan meningkat apabila dia menyedari bahawa apa yang baik untuk dirinya ialah apabila dia tunduk kepada Allah dengan sebenarnya,menjaga harga dirinya dan hak orang lain terhadap dirinya.Membaiki rupa luaran tidak akan menaikkan harga diri tetapi sebaliknya menambah konflik jiwa dan rasa diri lebih tidak berharga seperti yang terjadi di Barat atau negara bukan Islam.

Pembedahan plastik untuk membaiki rupa walaupun berjaya memperbaiki penampilan dan kewangan tetapi perkataan-perkataan kasar dan tingkahlaku yang tidak sopan sudah cukup untuk membuktikan kerendahan nilai moral mereka, disamping menunjukkan walaupun rupanya telah bertukar cantik tetapi dia sendiri tidak menghargai dirinya,apatah lagi dieksploitasi sedemikian rupa oleh media sehingga penampilan luaran hebat itu tidak dapat menyembunyikan kecetekan akalnya dan kerendahan peribadinya berada pada tahap maksima.

Kaedah mudah untuk memperbaiki harga diri wanita :

1) Mempelajari hakikat akhirat-harus kenal neraka dengan sebenar-benarnya dan diulang-ulang sehingga sebati dan timbul rasa takut dan gerun tahap maksima. mengenal syurga dengan sebenar-benarnya sehingga sanggup bertungkus lumus mengejarnya dan selalu terbayang kenikmatan syurga di kelopak matanya dan hari-harinya dilalui dengan merindui dan 'angau' terhadap syurga dan rajin mendengar lagu cinta terhadap syurga

2)tidak manja dan malas ketika buat kerja rumah-ini boleh diulas oleh pembaca

3)kerap bekam di kepala - menambah konsentrasi,akal dan hafalan

4)menghayati bacaan solat- untuk solat dengan sepenuh perasaan selain daripada memahami makna bacaan,maka perlu buat kajian terhadap tafsir bacaan itu dan memikirkannya dalam-dalam dan menggunakan perkataan yang mudah untuk dihayati.contoh :

a)Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara semesta alam:

perkataan segala walaupun benar dari segi maksud tetapi lambat diproses dan difahami oleh otak,oleh itu tukarkan perkataan segala kepada perkataan semua yang lebih cepat ditangkap oleh otak.

b)Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan:

tidak menunjukkan penafian selain Allah dengan ketara berbanding Engkau sahaja yang kami sembah dan Engkau sahaja kami memohon pertolongan

c)Tunjukkan kami jalan yang lurus :memberi erti memperlihatkan atau menunjukkan tanpa membimbing,lebih sesuai gunakan hidayahkan kami kepada jalan yang lurus yang terus difahami sebagai menunjukkan serentak membimbing di jalan yang lurus

Diharap kaum wanita akan lebih mendapat manfaat dari panduan ini untuk lebih menghayati solat dengan melibatkan perasaan halus mereka dan dapat meningkatkan kualiti diri mereka