Pembaca Setia

Jumaat, 15 Oktober 2010

SILAT-SENI MEMPERTAHANKAN DIRI MASAKINI ATAU PERANGKAP SYIRIK?

Perkembangan silat mutakhir ini adalah agak hebat di dalam tanahair mahupun peringkat antarabangsa di mana telah ada kejohanan silat di peringkat Asia Tenggara malah di tahap dunia sekalipun.Ini adalah perkembangan yang baik bagi dunia persilatan Malaysia bagi guru-guru dan ahli-ahlinya.Oleh kerana silat telah diterima di peringkat antarabangsa dengan pelbagai kaum mempelajarinya maka adalah wajar jika silat juga di'upgrade'kan selain mempelajari teknik menggunakan senjata tradisional seperti parang dan keris maka adalah baik juga diajar teknik bagaimana menumpaskan musuh yang menggunakan senjata moden seperti pistol,senapang dan berbagai senjata pertahanan diri bangsa lain.

Selain itu kemahiran menggunakan pedang dan senjata yang disebut di dalam hadis perlu dipertingkatkan sebagai memenuhi saranan Rasulullah saw agar mempelajari kemahiran menggunakan pedang,memanah,berkuda dan berenang.Jika ditelek dari sejarah para sahabat juga memiliki kemahiran bertinju,bergusti dan menggunakan senjata tombak.Kedua teknik ini iaitu kaedah Islamik dan suasana tempur moden boleh diaplikasikan ke dalam silat supaya silat dilihat sebagai lebih Islamik dan praktikal dengan suasana tempur semasa.

Persoalan yang paling penting yang berlegar di fikiran cendekiawan Islam adalah: benarkah seni silat ini telah terlepas dari budaya syiriknya? Budaya membuka gelanggang,sessi penamat gelanggang dan juga ilmu peringkat tinggi yang dipunyai oleh guru-gurunya peringkat atasan masih diragui dan setakat ini tidak dapat diketahui secara pasti berapa banyak perguruan yang mengisytiharkan perguruan mereka bebas syirik.Mungkin JAKIM perlu mencipta status baru bagi perguruan silat atau lain-lain seni mempertahankan diri yang menyerupai status HALAL bagi makanan iaitu status bebas kaedah syirik sepenuhnya.

Apabila kita melihat perawat-perawat Islam dari berbagai pertubuhan merawat kes-kes yang berkaitan dengan silat/silat batin maka kita dapat melihat ia melibatkan berbagai pertubuhan silat sehingga kita tidak menyangka ada pertubuhan silat yang besar juga terlibat.Pada peringkat bawahan mungkin masalah ini tidak ketara tetapi apabila melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi maka di sinilah wujud perangkap.Cuba bayangkan dengan segala kehebatan dan ketangkasan yang mereka miliki ada pertolongan dari makhluk lain?Dan apabila telah lama memiliki ilmu ini maka ia mula makan diri dengan menyerang pengamalnya sendiri .Beberapa kes yang dirawat menunjukkan simptom sakit atau bisa di bahagian belakang badan dan sakit kepala yang teruk.Ada juga yang menunjukkan simptom yang lebih teruk ketika berumur lanjut dan hampir meninggal dunia.

Rencana ini bukanlah berniat ingin menghancurkan atau memalukan mana-mana pertubuhan silat tetapi ingin membantu perkembangan silat dengan lebih baik.Pertubuhan silat wajib bersih dari unsur syirik dan dilihat oleh masyarakat sebagai bersih. Sekiranya perguruan silat dapat membuktikan kaedah mereka benar-benar bebas syirik nescaya akan datang bantuan Allah kepada mereka dan lebih ramai ilmuan Islam seluruh dunia akan tertarik untuk mempelajari dan mengembangkannya sesuai dengan perkembangan kesedaran Islam masakini.Bukankah ini lebih baik di dunia dan akhiratnya?