Pembaca Setia

Ahad, 10 Oktober 2010

SAKA-SATU PENILAIAN SEMULA SECARA ILMIAH


Assalamualaikum,di sini saya tidak mengikut kaedah biasa sebuah buku kerana ini hanya satu rencana ringkas.Pandangan di sini adalah pandangan terbaru saya yang memansuhkan pandangan saya di dalam posting-posting sebelum ini.

Apabila disebut saka/jin saka maka kita akan segera terfikir ia adalah jin warisan dari leluhur dahulu atau mengikut perawat tertentu boleh juga datang dari sumber lain seperti bomoh ,jiran bersaka,malah ada yang mengatakan jin saka boleh ditransfer melalui hadiah tanpa disedari oleh penerima hadiah,membeli batu cincin dan lain-lain kaedah .

'Metodologi' ini diterima oleh hampir seluruh masyarakat Melayu Islam nusantara tanpa dipersoalkan lagi akan kebenarannya,ditambah lagi perawat Islam juga mempopularkan istilah ini,sehingga menimbulkan semacam trauma bagi anak cucu yang mengetahui datuk,nenek yang mempunyai ilmu salah atau saka yang akan meninggal dunia.Dan seolah telah menjadi 'igauan di siang hari' di kalangan masyarakat Melayu Islam bahawa gangguan saka adalah sukar dipulihkan dan rawatan memakan masa yang lama.Oleh itu bila ada perawat Islam yang mendakwa mereka boleh mengaut atau membuang jin saka secara instan atau rawatan jarak jauh maka ramai yang menderu-deru datang untuk dirawat walaupun akhirnya yang berjaya dikaut hanyalah duit pesakit.

Seterusnya apabila kita membincangkan secara ilmiah apakah buktinya jin saka ini wujud?Setakat ini tidak ada satu dalil pun samada dari Quran atau hadis yang ada menyebut tentang jin saka seperti yang kita amat yakini pada hari ini.Sebaliknya gangguan jin atau sentuhan syaitan ada disebutkan samada di dalam Quran atau hadis.Begitu juga tentang sihir,tetapi persoalan saka yang boleh dikatakan menyerang sehingga 70% lebih masyarakat Melayu Islam tidak langsung disebut.Begitu juga cerita saka ini tidak disebut oleh Sheikh Wahid Abdul Salam Bali di dalam mana-mana kitab perubatannya,atau mana-mana Sheikh dari Arab samada mereka golongan sufi,sunnah atau mazhab.Sedangkan fenomena mereka sama seperti kita di mana terdapat juga bomoh di kalangan mereka,penuntut ilmu salah,kahin dan sebagainya.Tidakkah berlaku fenomena jin diwarisi di kalangan masyarakat lain?

Mengikut kepercayaan orang Melayu juga,jin-jin saka terdiri dari saka harimau,saka ular, urut,gagah,silat ,merawat penyakit (bomoh),susuk dan lain-lain.Ini bermakna jin-jin ini mempunyai ilmu perubatan atau ilmu sihir,mempunyai kemampuan untuk menuntut ilmu dan mengamalkannya,dan ini bermakna jin saka juga boleh menjadi jin sihir dan juga sebaliknya.Jadi apa gunanya kita membezakan kaedah rawatan jin saka,jin sihir,jin asyik atau jin sampuk atau mengklafisifakasikan sedemikian rupa seolah-olah jin sampuk tidak belajar sihir atau jin asyik tidak boleh menjadi jin saka atau jin sihir?(Jin asyik -ini adalah satu istilah terbaru juga yang diterima bulat-bulat tanpa dipersoalkan lagi kebenarannya atau sekadar bergantung kepada pengakuan jin sama seperti kewujudan Serambi Madinah@Serambi Quds di alam jin yang sekadar bergantung kepada pengakuan jin tanpa bukti dan saksi manusia ,pengakuan dan kesaksian yang tidak boleh diterima di mahkamah manusia apalagi menjadi dalil yang pasti tentang kewujudannya.)

Oleh itu pertimbangkan perkara-perkara ini sebelum menuduh gangguan jin pada seseorang adalah gangguan jin saka :

1)Pesakit akan kalah secara psikologi- apabila seseorang mengetahui gangguannya adalah disebabkan jin saka maka secara psikologinya dia akan menjadi kalah atau lemah dan memikirkan jin saka ini kuat dan rawatan memakan masa yang lama maka akhirnya benar terjadi demikian kerana sikap mentalnya begitu.

2)Perawat ,pesakit atau keluarga pesakit mendapat dosa kering -apabila menuduh seseorang diganggu jin saka tanpa bukti hanya melihat tanda-tanda lahiriah bermakna kita menuduh nenek moyangnya melakukan syirik tanpa bukti dan saksi,ini adalah tuduhan berat ,amat berat. Selain sukar untuk menjawab soalan Allah di padang Mahsyar nanti, kita juga tidak tahu jika nenek moyangnya telah bertaubat nasuha sebelum mati dan jin itu menyerang sendiri tanpa apa-apa perjanjian

3) Jin bukanlah termasuk harta benda yang diwarisi apabila seseorang mati(tidak boleh difaraidkan).Lebih-lebih lagi jin bukanlah milik seorang manusia tetapi milik ayahnya sendiri dari golongan jin seperti dari hadis Rasul saw : " Anta wa maluka liabika"- maksudnya kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu.)Bagaimana mewariskan sesuatu yang bukan milik kita.

4)Jika benar ada perjanjian antara seorang manusia dengan jin ketika menerima jin itu sebagai pembantunya maka mengikut peraturan perjanjian itu adalah diantara orang itu sahaja dengan jin berkenaan dan perjanjian itu akan terbatal ketika orang itu meninggal.Mana boleh perjanjian itu diguna pakai untuk cucunya yang belum lahir lagi dua puluh tahun kemudian dari kematiannya.

5)Seperti yang pernah diucapkan oleh Dr. Harun Din- apabila sakit kita rawat, hanya gangguan jin sahaja.Maksudnya tidak perlu kita panjang lebar menerangkan tentang gangguan(Menurut pemerhatian saya jika pesakit tahu punca gangguan pun penyakitnya tidak akan pulih segera tetapi bertambah teruk menjadi dua penyakit pula iaitu gangguan jin dan gangguan pemikiran kerana memikirkan dari mana punca saka atau siapa yang menyihir)

6)Boleh menimbulkan permusuhan dalam keluarga atau keretakan rumahtangga. Berlaku tuduh-menuduh punca saka mungkin dari keluarga suami atau isteri.

Walaupun ada ketikanya boleh jadi benar tuduhan saka itu, tetapi adalah lebih baik kita sebagai khalifah Allah di muka bumi berakhlak benar dalam membuat tuduhan(perlu bukti dan saksi) dan melihat tanda-tanda serangan jin sebagai pengalaman peribadi sahaja.Sebagaimana manusia adalah manusia samada dia berbangsa melayu,iban,cina, orang puteh dan sebagainya, maka jin adalah jin tidak kira samada dia jin sihir,saka,asyik ,sampuk atau sebagainya-maka kaedah rawatan adalah sama-ruqyah dan kaedah sunnah