Pembaca Setia

Selasa, 26 Oktober 2010

SAKA -PENILAIAN ILMIAH3


Hasil dari pemerhatian saya:

1) Jin saka tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara ilmiah.Istilah jin saka diperkenalkan di zaman tidak ada istilah perawat Islam lagi. Kebanyakan bomoh tertipu dengan jin yang didampinginya yang memberitahu bomoh berkenaan tentang jin saka yang dipelihara oleh keturunan terdahulu pesakit .

Tujuan jin itu ada dua iaitu memfitnah si mati tanpa bukti dan saksi menyebabkan si pesakit dan keluarganya bersangka buruk kepada si mati dan menuduhnya syirik tanpa disedari menyebabkan mungkin penyakit jadi sukar sembuh.Wujud permusuhan dalaman di dalam keluarga di mana ahli keluarga yang lain akan menyalahkan si mati manakala anak atau waris terdekat lain merasa stress/tertekan kerana takut terpaksa menerima saka berkenaan.

Perlu diperhatikan permusuhan ini sebenarnya tidak wujud jika perawat hanya memberitahu punca penyakit adalah dari gangguan jin sahaja.Bukankah lebih mudah merawat pesakit yang mempunyai satu penyakit sahaja daripada merawat pesakit yang mempunyai satu penyakit ditambah satu lagi iaitu gangguan psikologi kerana dituduh memiliki saka?

Keduanya wujud keterbergantungan kepada bomoh/perawat Islam berkenaan.Pesakit biasanya mempercayai 150% cakap bomoh atau perawat.Bagi pesakit orang yang mengetahui perkara ghaib adalah hebat walaupun tanpa bukti atau dalil terlebih lagi jika bomoh berkenaan pandai melakukan silap mata seperti mengeluarkan darah atau paku dari telur,bedah batin,mempasak jin dalam telur rebus,botol yoghurt dan sebagainya.Keterbergantungan kepada bomoh yang mengamalkan kaedah syirik atau perawat Islam dengan kaedah ciptaan lama atau 'latest' memang sangat disukai oleh jin kerana tidak mudharat bagi mereka.Pesakit yang kesakitan dan ketakutan kerana diserang oleh jin ditakutkan lagi dengan istilah saka,asyik,pontianak,hantu raya dan lain-lain istilah,ditambah ramuan ketiga iaitu kaedah ciptaan yang tidak menggunakan ayat Quran(ruqyah) atau kaedah sunnah menyebabkan kesembuhan penyakit mengambil masa yang lama,pembaziran bahan seperti kapur barus,colok? dan lain-lain gangguan fizikal dan mental.

Suka diperingatkan perawat-perawat Islam telah menerima istilah saka dari generasi terdahulu tanpa membuktikannya secara ilmiah melainkan melihat tanda zahir setelah diruqyah dan di'scan' dengan berbagai teknik sahaja.Tetapi kaedah scan ini juga boleh menunjukkan hasil yang sama bagi gangguan jin yang bukan saka.Bagi yang telah membuka mata batin lebih senang tertipu dengan penampilan jin yang berubah-ubah bentuk tetapi disangkanya saka.Penting diperhatikan tangisan jin,kata-katanya dan rupa yang diperlihatkan bukanlah fakta untuk membuktikan sesuatu.

Sekiranya ada gangguan jin pada keturunan si mati,di rumah,kebun atau lain-lain tempat setelah seseorang meninggal dunia maka ia bukanlah dengan istilah saka tetapi perjanjiannya dengan Allah sejak nabi Adam lagi akan menipu dan memudaratkan keturunan Adam sehingga hari kiamat dengan berbagai cara.Serangan-serangan sebegini secara psikologinya menyebabkan manusia hidup dalam ketakutan dan permusuhan dalaman,ditambah dengan corak hidup yang tidak mahu kembali kepada Quran dan sunnah,dan inilah yang disukai oleh jin.

Rawatan dengan kaedah ruqyah dan kaedah sunnah serta kembali kepada Quran dan sunnah secara menyeluruh dalam kehidupan,InsyaAllah dapat menyembuhkan dan mengatasi gangguan jin sebegini dengan lebih baik dan efektif dan dapat menghilangkan igauan 'SAKA' bagi generasi akan datang.Kita tidak mahu generasi akan datang yang sepatutnya bijak tetapi diperbodohkan dengan istilah saka seperti yang telah kita alami.Bukankah kita menerima serangan saka ini sejak kita telah meninggalkan alQuran????!!!!!