Pembaca Setia

Rabu, 13 Oktober 2010

MEMINIMUMKAN KESAN SIHIR RUMAHTANGGA/TAFRIQ

(gambar hiasan- perkahwinan sebegini walaupun sah dari segi hukum tetapi tidak diterima oleh Allah sebagai ibadat, maka biasanya terjadi perceraian samada disihir atau tidak kerana awal-awal lagi mengundang laknat Allah dengan berbagai program maksiat di hari walimah atau ditimpa pelbagai fitnah sepanjang jodoh jika tidak menyedari kesalahan dan bertaubat)


Sihir pemisah atau sihir tafriq biasanya menyebabkan suami dan isteri tidak boleh bertemu muka.Bila terpandang muka pasangan terus naik marah,amat benci atau pening.Selalunya akan terjadi pergaduhan disebabkan hal yang kecil atau hal yang diada-adakan .Untuk meminimumkan kesan sihir tafriq maka beberapa aplikasi dari kaedah sunnah dan sedikit pengalaman boleh diamalkan untuk memelihara rumahtangga dari terjadi perceraian :

1) Amalkan sentiasa mengucap salam ketika masuk ke rumah

2) membaca doa masuk rumah dengan tawakkal sepenuhnya kepada Allah agar terhindar dari gangguan syaitan di dalam rumah

3)Sentiasa mendoakan isteri/suami diberi hidayah ke jalan yang lebih lurus

4)Amalkan sentiasa berwudhu

5)Redupkan suasana rumah dengan bacaan quran dan boleh dengar nasyid islamik sekadarnya

6)Belajar lembutkan hati sendiri dengan mentadabur quran dan cuba menghayati maksudnya sedalam-dalamnya sekadar kemampuan.Jika dengan menghayati quran maka tidak juga insaf dan tidak juga lembut hati maka sesalilah diri sendiri dan menangis merayu-rayu kepada Allah dengan kesungguhan yang sebenar agar diberi hati yang lembut dan lunak,penuh iman dan islam serta cepat sensitif dengan bacaan quran dan hadis dan sangat taat kepada keduanya.(Saya pun masih baru belajar bab ni)

7) minum dalam satu bekas,jogging bersama di tempat jauh fitnah

8)makan sedulang/sepinggan dan mandi bersama

9)simpati dengan nasib isteri/suami-kenanglah dalam-dalam kesusahan mereka lagi dan lagi.

10)hisab dan bertaubat jika ada dosa yang dilakukan selepas baligh dan terutamanya perhubungan dengan isteri sebelum kahwin,niat kahwin,aturcara kahwin,dan selepas perkahwinan sehingga sekarang berapa banyak yang menepati perintah Allah dan Rasul dan yang cuai.

11)Melawan sifat marah yang timbul ketika melihat muka pasangan dengan mengingat hadis ini berulang-ulang kali:

لا تَغْضَبْ
La Taghdhob -ertinya jangan marah

12)Selalulah solat tahajud dan puasa sunat dengan ikhlas supaya perkahwinan dipelihara oleh Allah