Pembaca Setia

Sabtu, 30 Oktober 2010

KEMPEN MENANAM POKOK BIDARA


Menyedari betapa pentingnya penggunaan daun bidara dalam rawatan masalah gangguan jin maka di sini saya ingin menggalakkan kepada Umat Islam agar beramai-ramai bersungguh-sungguh menanam pokok bidara samada di dalam pasu atau tanah bagi yang mempunyai kawasan tanah untuk menanamnya.Penggunaan daun bidara adalah sangat penting bila berlaku kematian dan juga untuk merawat masalah gangguan jin.

Daun bidara besar boleh digunakan sebanyak 7 helai untuk sekali mandian,manakala daun jenis kecil mengikut bilangan ganjil.Sebaiknya ditumbuk dengan batu dan boleh juga diblender dengan air ruqyah untuk dicampur dengan mandian ais.

Kebiasaannya pesakit silat batin dan ilmu salah cepat sembuh dengan kaedah ini.Bagi pesakit gangguan jin,selain untuk mandian ais dicampur daun bidara juga digalakkan kerap meminum air ruqyah yang dicampur daun bidara untuk memudahkan kesembuhan.

Walaubagaimanapun sangat penting untuk masyarakat menanamnya kerana saya dapati masih sukar bagi pesakit untuk mendapatkannya kerana kurang orang yang menanamnya.Sebelum ini saya menggunakan limau nipis sebagai ganti daun bidara tetapi untuk mengelakkan fitnah dan tuduhan menyerupai bomoh maka kini saya tidak lagi menggunakan limau nipis .Di nursery yang diuruskan oleh bukan Islam ia juga dikenali dengan nama Epal Vietnam(Vietnam apple)

Semoga dengan kerajinan saudara-saudari menanam pohon bidara mendapat rahmat dari Allah kerana banyak manfaat yang boleh didapati oleh masyarakat dengan menyedekahkan daunnya,seterusnya perawat-perawat Islam boleh menapis kaedah-kaedah mereka supaya lebih mendekati kehendak Alquran dan hadis