Pembaca Setia

Sabtu, 30 Oktober 2010

KEMPEN MENANAM POKOK BIDARA


Menyedari betapa pentingnya penggunaan daun bidara dalam rawatan masalah gangguan jin maka di sini saya ingin menggalakkan kepada Umat Islam agar beramai-ramai bersungguh-sungguh menanam pokok bidara samada di dalam pasu atau tanah bagi yang mempunyai kawasan tanah untuk menanamnya.Penggunaan daun bidara adalah sangat penting bila berlaku kematian dan juga untuk merawat masalah gangguan jin.

Daun bidara besar boleh digunakan sebanyak 7 helai untuk sekali mandian,manakala daun jenis kecil mengikut bilangan ganjil.Sebaiknya ditumbuk dengan batu dan boleh juga diblender dengan air ruqyah untuk dicampur dengan mandian ais.

Kebiasaannya pesakit silat batin dan ilmu salah cepat sembuh dengan kaedah ini.Bagi pesakit gangguan jin,selain untuk mandian ais dicampur daun bidara juga digalakkan kerap meminum air ruqyah yang dicampur daun bidara untuk memudahkan kesembuhan.

Walaubagaimanapun sangat penting untuk masyarakat menanamnya kerana saya dapati masih sukar bagi pesakit untuk mendapatkannya kerana kurang orang yang menanamnya.Sebelum ini saya menggunakan limau nipis sebagai ganti daun bidara tetapi untuk mengelakkan fitnah dan tuduhan menyerupai bomoh maka kini saya tidak lagi menggunakan limau nipis .Di nursery yang diuruskan oleh bukan Islam ia juga dikenali dengan nama Epal Vietnam(Vietnam apple)

Semoga dengan kerajinan saudara-saudari menanam pohon bidara mendapat rahmat dari Allah kerana banyak manfaat yang boleh didapati oleh masyarakat dengan menyedekahkan daunnya,seterusnya perawat-perawat Islam boleh menapis kaedah-kaedah mereka supaya lebih mendekati kehendak Alquran dan hadis

Selasa, 26 Oktober 2010

SAKA -PENILAIAN ILMIAH3


Hasil dari pemerhatian saya:

1) Jin saka tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara ilmiah.Istilah jin saka diperkenalkan di zaman tidak ada istilah perawat Islam lagi. Kebanyakan bomoh tertipu dengan jin yang didampinginya yang memberitahu bomoh berkenaan tentang jin saka yang dipelihara oleh keturunan terdahulu pesakit .

Tujuan jin itu ada dua iaitu memfitnah si mati tanpa bukti dan saksi menyebabkan si pesakit dan keluarganya bersangka buruk kepada si mati dan menuduhnya syirik tanpa disedari menyebabkan mungkin penyakit jadi sukar sembuh.Wujud permusuhan dalaman di dalam keluarga di mana ahli keluarga yang lain akan menyalahkan si mati manakala anak atau waris terdekat lain merasa stress/tertekan kerana takut terpaksa menerima saka berkenaan.

Perlu diperhatikan permusuhan ini sebenarnya tidak wujud jika perawat hanya memberitahu punca penyakit adalah dari gangguan jin sahaja.Bukankah lebih mudah merawat pesakit yang mempunyai satu penyakit sahaja daripada merawat pesakit yang mempunyai satu penyakit ditambah satu lagi iaitu gangguan psikologi kerana dituduh memiliki saka?

Keduanya wujud keterbergantungan kepada bomoh/perawat Islam berkenaan.Pesakit biasanya mempercayai 150% cakap bomoh atau perawat.Bagi pesakit orang yang mengetahui perkara ghaib adalah hebat walaupun tanpa bukti atau dalil terlebih lagi jika bomoh berkenaan pandai melakukan silap mata seperti mengeluarkan darah atau paku dari telur,bedah batin,mempasak jin dalam telur rebus,botol yoghurt dan sebagainya.Keterbergantungan kepada bomoh yang mengamalkan kaedah syirik atau perawat Islam dengan kaedah ciptaan lama atau 'latest' memang sangat disukai oleh jin kerana tidak mudharat bagi mereka.Pesakit yang kesakitan dan ketakutan kerana diserang oleh jin ditakutkan lagi dengan istilah saka,asyik,pontianak,hantu raya dan lain-lain istilah,ditambah ramuan ketiga iaitu kaedah ciptaan yang tidak menggunakan ayat Quran(ruqyah) atau kaedah sunnah menyebabkan kesembuhan penyakit mengambil masa yang lama,pembaziran bahan seperti kapur barus,colok? dan lain-lain gangguan fizikal dan mental.

Suka diperingatkan perawat-perawat Islam telah menerima istilah saka dari generasi terdahulu tanpa membuktikannya secara ilmiah melainkan melihat tanda zahir setelah diruqyah dan di'scan' dengan berbagai teknik sahaja.Tetapi kaedah scan ini juga boleh menunjukkan hasil yang sama bagi gangguan jin yang bukan saka.Bagi yang telah membuka mata batin lebih senang tertipu dengan penampilan jin yang berubah-ubah bentuk tetapi disangkanya saka.Penting diperhatikan tangisan jin,kata-katanya dan rupa yang diperlihatkan bukanlah fakta untuk membuktikan sesuatu.

Sekiranya ada gangguan jin pada keturunan si mati,di rumah,kebun atau lain-lain tempat setelah seseorang meninggal dunia maka ia bukanlah dengan istilah saka tetapi perjanjiannya dengan Allah sejak nabi Adam lagi akan menipu dan memudaratkan keturunan Adam sehingga hari kiamat dengan berbagai cara.Serangan-serangan sebegini secara psikologinya menyebabkan manusia hidup dalam ketakutan dan permusuhan dalaman,ditambah dengan corak hidup yang tidak mahu kembali kepada Quran dan sunnah,dan inilah yang disukai oleh jin.

Rawatan dengan kaedah ruqyah dan kaedah sunnah serta kembali kepada Quran dan sunnah secara menyeluruh dalam kehidupan,InsyaAllah dapat menyembuhkan dan mengatasi gangguan jin sebegini dengan lebih baik dan efektif dan dapat menghilangkan igauan 'SAKA' bagi generasi akan datang.Kita tidak mahu generasi akan datang yang sepatutnya bijak tetapi diperbodohkan dengan istilah saka seperti yang telah kita alami.Bukankah kita menerima serangan saka ini sejak kita telah meninggalkan alQuran????!!!!!

Ahad, 24 Oktober 2010

BEKAM UNTUK SLIP-DISC DAN MASALAH -MASALAH TULANG BELAKANG



Mengikut testimonial dari seorang pesakit yang telah berbekam ditempat lain yang mengalami masalah slip-disc(selisih tulang belakang) setelah dilakukan bekam maka rasa sakit di tulang belakang hanya berulang kembali setelah tempoh enam bulan.Sebelum dibekam maka pesakit merasa kesakitan tulang belakangnya setiap hari. Beliau telah mencuba rawatan alternatif secara lain tetapi tidak berkesan.Pesakit sebegini disarankan berbekam di kawasan pinggangnya dan belakang badan dengan intensif iaitu lebih banyak poin diambil bagi satu sessi bekam.

Bagi pesakit slip-disc yang kronik disarankan agar merebut peluang ini untuk berbekam pada tarikh yang disunnahkan untuk meringankan penderitaan anda. Semoga Allah merahmati anda.

Sabtu, 23 Oktober 2010

BEKAM UNTUK STRESS DAN TENSION KRONIK


Pelajar Ipta yang akan mengambil peperiksaan, putus cinta, gagal dalam cita-cita/perniagaan dan segala perkara yang menimbulkan stress yang melampau maka adalah bagus untuk dilakukan bekam di pundak kepala.

Begitu juga bagi pekerja yang menghadapi tekanan yang tinggi di tempat kerja seperti peguam, polis, wartawan dan lain-lain digalakkan mengamalkan bekam untuk menghilangkan stress dan tension yang tinggi.Malah ada juga full-time gangster mengamalkan berbekam untuk menjaga kesihatan!!!

TARIKH TERBAIK UNTUK BERBEKAM


Mafhum hadis Nabi SAW iaitu berbekamlah pada 17,19 atau 21 maka ia dapat menyembuhkan semua penyakit.Maka masa terbaik untuk berbekam adalah mulai masuk maghrib hari Ahad(24.10.10) sehingga sebelum maghrib hari Isnin,masuk maghrib hari Selasa(26.10.10) sehingga sebelum maghrib hari Rabu dan selepas masuk maghrib hari Khamis(28.10.10) sehingga sebelum maghrib hari Jumaat.

Khamis, 21 Oktober 2010

NABI MAUPUN WALI ADALAH MANUSIA BIASA, TIDAK BERHAK DISEMBAH!


Oleh
Ustadz Abu Ismail Muslim al Atsari


Muhammad adalah 'abduhu wa rasuluhu. Pensifatan dari Allah bagi Nabi
Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam ini merupakan sebutan yang paling
bagus. 'Abduhu (yang hambaNya) selain menunjukkan beliau Shallallahu
'alaihi wa sallam sebagai hamba yang benar-benar tunduk, juga mengandung
makna, beliau adalah manusia biasa seperti kita sebagai makhluk yang
tidak boleh disembah. Adapun rasuluhu (utusanNya) menunjukkan, beliau
Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah manusia yang memiliki keistimewaan,
sehingga beliau tidak boleh dipandang ringan
____________ _________ _________ _________ ________

Islam mengajarkan bahwa ketaatan yang dilakukan manusia, maka
kebaikannya untuk dirinya sendiri. Manusia hanya memiliki apa yang
diamalkannya sewaktu di dunia. Allah Ta’ala berfirman :

"Barangsiapa yang mengerjakan amal yang shalih, maka (pahalanya) untuk
dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang berbuat jahat, maka (dosanya) atas
dirinya sendiri; dan sekali-sekali tidaklah Rabbmu menganiaya
hamba-hamba( Nya)". [Fushilat/41: 46].

"Bahwasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan
bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah
diusahakannya, dan bahwasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan
(kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang
paling sempurna". [an Najm/53: 38-41]

Oleh karena itulah barangsiapa yang berbuat kebaikan, walaupun seberat
debu, maka dia akan melihat balasannya. Allah Ta’ala berfirman:

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah (debu)pun,
niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan
kejahatan seberat dzarrah (debu)pun, niscaya dia akan melihat
(balasan)nya" . [al Zalzalah/99 : 7-8]

Demikian juga pada hari kiamat, harta benda dan anak-anak tidak akan
bermanfaat, kecuali bagi orang yang ketika hidupnya menggunakan hartanya
untuk mentaati Allah dan membimbing anak-anaknya berbakti kepada Allah
Azza wa Jalla.

"Pada hari (kiamat) harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali
orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih". [asy
Syua'ara/26: 88-89]

Setelah kita mengetahui hakikat ini, bahwa setiap orang akan bertanggung
jawab masing-masing di hadapan Allah Ta’ala, maka janganlah seseorang
bergantung kepada manusia yang lain. Karena sesungguhnya seluruh manusia
itu tidak akan dapat memberikan manfaat dan mudhorat, kecuali sekadar
apa yang telah Allah tetapkan. Begitu pula dengan para rasul, manusia
yang paling tinggi derajatnya di sisi Allah Yang Maha Kuasa, mereka
tidak dapat berbuat apapun terhadap kekuasaan Allah Ta’ala.

Berikut sebagian contoh kejadian para rasul yang membuktikan hal tersebut.

Nabi Nuh Alaihissallam
Beliau tidak dapat menolong anaknya yang ditenggelami banjir besar di
hadapan beliau sendiri. Kemudian beliau mengadu kepada Allah tentang
kejadian tersebut, namun ketetapan Allah tidak dapat dibatalkan oleh
keinginan beliau. Allah Azza wa Jalla berfirman:

"Dan Nuh berseru kepada Rabb-nya sambil berkata: "Ya Rabb-ku,
sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janjiMu itu
benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya" . Allah berfirman:
"Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan
akan diselamatkan) , sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatan yang tidak
baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak
mengetahui (hakekat)nya. Sesungguhnaya Aku memperingatkan kepadamu
supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan" . Nuh
berkata: "Ya Rabbku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari memohon
sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. Dan sekiranya Engkau
tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan
kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi".
[Huud/11:45- 47]

Nabi Ibrohim Alaihissallam
Permohonan ampun untuk bapaknya ditolak, karena bapaknya mati dalam
kekafiran. Allah berfirman:

"Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya, tidak
lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada
bapaknya itu. Maka tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah
musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya
Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun". [at
Taubat/9:114] .

Nabi Luth Alaihissallam
Beliau tidak dapat menolak siksa Allah dari isterinya. Sehingga Allah
menjadikan isteri beliau sebagai contoh bagi orang-orang kafir. Allah
berfirman:

"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang-orang
kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang shalih
di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada
kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka
sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya):
"Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)". [at
Tahriim/66:10] .

Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam
Sebagaimana para nabi lainnya, Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa
sallam adalah manusia biasa. Beliau seorang hamba Allah. Beliau tidak
memiliki hak rububiyah (berkuasa terhadap alam semesta) maupun hak
uluhiyah (diibadahi, disembah) sedikitpun. Akan tetapi pada zaman ini
banyak orang yang melewati batas dalam memperlakukan diri Nabi
Shallallahu 'alaihi wa sallam. Mereka beranggapan bahwa Nabi Shallallahu
'alaihi wa sallam boleh memberikan pertolongan jika umat berdoa
kepadanya. Anggapan ini merupakan perbuatan yang menyimpang.

Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam sendiri telah mengumumkan,
bahwa beliau sama sekali tidak dapat mendatangkan manfa'at dan tidak
pula dapat menolak kemudharatan bagi diri sendiri, kecuali yang
dikehendaki Allah. Maka bagaimana bagi orang lain? Allah berfirman:

"Katakanlah: "Aku tidak berkuasa menarik kemanfa'atan bagi diriku dan
tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan
sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan
sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak
lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi
orang-orang yang beriman". [al A'raaf/7:188] .

Demikian pula Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah mengumumkan
kepada para kerabatnya, bahwa beliau tidak mampu menolak siksa Allah
yang menimpa mereka, maka bagaimana terhadap orang yang jauh dari
beliau? Dalam sebuah hadits yang shahih disebutkan:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ أَنْزَلَ
اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ }وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِين{َ قَالَ يَا مَعْشَرَ قُرَيْشٍ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا
اشْتَرُوا أَنْفُسَكُمْ لَا أُغْنِي عَنْكُمْ مِنْ اللَّهِ شَيْئًا يَا بَنِي عَبْدِ مَنَافٍ لَا أُغْنِي عَنْكُمْ مِنْ
اللَّهِ شَيْئًا يَا عَبَّاسُ بْنَ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ لَا أُغْنِي عَنْكَ مِنْ اللَّهِ شَيْئًا وَيَا صَفِيَّةُ عَمَّةَ
رَسُولِ اللَّهِ لَا أُغْنِي عَنْكِ مِنْ اللَّهِ شَيْئًا وَيَا فَاطِمَةُ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَلِينِي مَا شِئْتِ مِنْ
مَالِي لَا أُغْنِي عَنْكِ مِنْ اللَّهِ شَيْئًا


"Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, dia berkata: “Ketika turun firman
Allah {Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat}
–QS asy Syua'raa/26 ayat 214- Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
berdiri dan berkata,'Wahai orang-orang Quraisy –atau kalimat semacamnya-
belilah diri-diri kamu, aku tidak dapat menolak (siksaan) dari Allah
terhadap kamu sedikitpun. Wahai Bani Abdu Manaf, aku tidak dapat menolak
(siksaan) dari Allah terhadap kamu sedikitpun. Wahai ‘Abbas bin Abdul
Muththolib, aku tidak dapat menolak (siksaan) dari Allah terhadap-mu
sedikitpun. Wahai Shafiyyah bibi Rasulullah, aku tidak dapat menolak
(siksaan) dari Allah terhadapmu sedikitpun. Wahai Fatimah putri
Muhammad, mintalah dari hartaku yang engkau kehendaki, aku tidak dapat
menolak (siksaan) dari Allah terhadapmu sedikitpun'.” [HR Bukhari, no.
2753; Muslim, no. 206; dan lainnya]

Selain penjelasan di atas, kita dapat mengambil pelajaran dari berbagai
peristiwa yang dialami oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam,
sehingga hilanglah berbagai syubhat (kesamaran) pada orang-orang yang
menjadikan beliau sebagai sesembahan selain Allah Azza wa Jalla. Berikut
kami sebutkan di antara peristiwa-peristiwa tersebut.

PELAJARAN DARI KEMATIAN ABU THALIB

Dalam peristiwa kematian bapa saudaranyanya tersebut, Nabi Shallallahu 'alaihi wa
sallam tidak mampu memberikan petunjuk kepada Abu Thalib, walaupun
beliau menginginkan hal itu. Sebagaimana disebutkan di dalam hadits di
bawah ini:

عَنْ سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ لَمَّا حَضَرَتْ أَبَا طَالِبٍ الْوَفَاةُ جَاءَهُ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَجَدَ عِنْدَهُ أَبَا جَهْلٍ وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أُمَيَّةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ
فَقَالَ أَيْ عَمِّ قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ كَلِمَةً أُحَاجُّ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ فَقَالَ أَبُو جَهْلٍ
وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أُمَيَّةَ أَتَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَلَمْ يَزَلْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْرِضُهَا عَلَيْهِ وَيُعِيدَانِهِ بِتِلْكَ الْمَقَالَةِ حَتَّى قَالَ أَبُو طَالِبٍ آخِرَ مَا
كَلَّمَهُمْ عَلَى مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَأَبَى أَنْ يَقُولَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاللَّهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ مَا كَانَ
لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَأَنْزَلَ اللَّهُ فِي أَبِي طَالِبٍ فَقَالَ
لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ

"Dari Sa’id bin Musayyab, dari bapaknya (Musayyab bin Hazn), dia
berkata: Tatkala (tanda) kematian datang kepada Abu Thalib, Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam mendatanginya. Beliau mendapati Abu Jahal
dan Abdullah bin Abi Umayyah bin Mughirah berada di dekatnya. Lalu
beliau berkata: "Wahai pamanku, katakanlah Laa ilaaha illa Allah, sebuah
kalimat yang aku akan berhujjah untukmu dengannya di sisi Allah!" Abu
Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah menimpali,"Apakah engkau akan
meninggalkan agama Abdul Muththalib?" Rasulullah n terus-menerus
menawarkan itu kepadanya, dan keduanya juga mengulangi perkataan
tersebut. Sehingga akhir perkataan yang diucapkan Abi Thalib kepada
mereka, bahwa dia berada di atas agama Abdul Muththalib. Dia enggan
mengatakan Laa ilaaha illa Allah. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam berkata,"Demi Allah, aku akan memohonkan ampun untukmu selama aku
tidak dilarang darimu," maka Allah menurunkan (ayatNya) “Tiadalah
sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun
(kepada Allah) bagi orang-orang musyrik” –QS at Taubat/9 ayat 113- Dan
Allah menurunkan (ayatNya) tentang Abu Thalib “Sesungguhnya kamu tidak
akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah
memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya”. –QS al Qashash/28
ayat 56". [Hadits shahih riwayat Bukhari, no. 4772; Muslim, no. 24]

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan, waktu itu Abu Thalib menjawab
dengan perkataan:

لَوْلَا أَنْ تُعَيِّرَنِي قُرَيْشٌ يَقُولُونَ إِنَّمَا حَمَلَهُ عَلَى ذَلِكَ الْجَزَعُ لَأَقْرَرْتُ بِهَا عَيْنَكَ


"Seandainya suku Quraisy tidak akan mencelaku, yaitu mereka akan
mengatakan: “Sesungguhnya yang mendorongnya (Abu Thalib) mengatakan itu
hanyalah kegelisahan (menghadapi kematian),” sungguh aku telah
menyenangkanmu dengan kalimat itu". [Hadits shahih riwayat Muslim, no. 25].

Syaikh Abdurrahman bin Hasan Alu Syaikh berkata: “Dan di antara hikmah
ar Rabb (Sang Penguasa, Allah) Ta’ala tidak memberi petunjuk kepada Abu
Thalib menuju agama Islam, agar Dia menjelaskan kepada hamba-hambaNya
bahwa (petunjuk menuju Islam) itu hanya hak Allah, Dia-lah Yang
Berkuasa, siapa saja selainNya tidak berkuasa. Jika Nabi nya -yang
merupakan makhlukNya yang paling utama- memiliki sesuatu (hak,
kekuasaan) memberi hidayah hati, menghilangkan kesusahan-kesusahan ,
mengampuni dosa-dosa, menyelamatkan dari siksa, dan semacamnya, maka
manusia yang paling berhak dan paling utama mendapatkannya adalah
bapa saudaranya, yang dahulu melindunginya, menolongnya, dan membelanya. Maka
Maha Suci (Allah) yang hikmahNya mengagumkan akal-akal (manusia), dan
telah membimbing hamba-hambaNya menuju apa yang menunjukkan kepada
mereka terhadap ma’rifah (pengenalan) dan tauhid (pengesaan) kepadaNya,
dan mengikhlasakan serta memurnikan seluruh amal hanya untukNya”.[1]

PELAJARAN DARI QUNUT NAZILAH

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنْ الرُّكُوعِ
مِنْ الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ مِنْ الْفَجْرِ يَقُولُ اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا وَفُلَانًا بَعْدَ مَا
يَقُولُ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ فَأَنْزَلَ اللَّهُ لَيْسَ لَكَ مِنْ الْأَمْرِ شَيْءٌ إِلَى
قَوْلِهِ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ


"Dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhu, bahwa dia mendengar Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam, jika setelah mengangkat kepalanya dari
ruku’ dari raka’at yang akhir dari shalat Subuh, beliau mengucapkan:
“Wahai Allah laknatlah Si Fulan, Si Fulan, dan Si Fulan,” setelah beliau
mengatakan “Sami’allahu liman hamidah Rabbanaa walakal hamdu," kemudian
Allah menurunkan (ayatNya): “Tidak ada sedikitpun campur tanganmu dalam
urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengadzab
mereka, karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zhalim. -QS Ali
Imran/3:128. " [HR Bukhari, no. 4069]

Dalam riwayat lain disebutkan:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو عَلَى صَفْوَانَ بْنِ أُمَيَّةَ وَسُهَيْلِ بْنِ عَمْرٍو
وَالْحَارِثِ بْنِ هِشَامٍ فَنَزَلَتْ لَيْسَ لَكَ مِنْ الْأَمْرِ شَيْءٌ إِلَى قَوْلِهِ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ

Dahulu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mendoakan kecelakaan
kepada Shafwan bin Umayyah, Suhail bin ‘Amr, dan al Harits bin Hisyam,
lalu turun (ayat): “Tidak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan
mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengadzab mereka,
karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zhalim. –QS Ali
Imran/3:128.” [HR Bukhari, no. 4070].

Syaikh Shalih al Fauzan berkata: “Dalam hadits tersebut terdapat
keterangan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak mampu menolak
gangguan musyrikin dari diri beliau dan dari para sahabat beliau, bahkan
beliau berlindung kepada Rabb-nya, al Qadir (Yang Maha Kuasa), al Malik
(Yang Memiliki). Ini termasuk perkara yang menunjukkan kebatilan
terhadap apa yang diyakini oleh penyembah kubur tentang para wali dan
orang-orang shalih (yang dianggap mampu memenuhi keperluan dan
menghilangkan kesusahan, Pen)”.[2]

PELAJARAN DARI PERANG UHUD

Tentang sifat manusia sebagai makhluk yang terdapat pada diri Nabi
Shallallahu 'alaihi wa sallam, juga ditunjukkan oleh musibah yang
dialami dalam kehidupan beliau, seperti di dalam peperangan Uhud. Imam
Muslim meriwayatkan:

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُسِرَتْ رَبَاعِيَتُهُ يَوْمَ أُحُدٍ وَشُجَّ فِي رَأْسِهِ
فَجَعَلَ يَسْلُتُ الدَّمَ عَنْهُ وَيَقُولُ كَيْفَ يُفْلِحُ قَوْمٌ شَجُّوا نَبِيَّهُمْ وَكَسَرُوا رَبَاعِيَتَهُ وَهُوَ
يَدْعُوهُمْ إِلَى اللَّهِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَيْسَ لَكَ مِنْ الْأَمْرِ شَيْءٌ

"Dari Anas: "Sesungguhnya pada peperangan Uhud, gigi geraham Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam patah, dan kepala beliau terluka, maka
beliau mengusap darah dari kepala beliau sambil mengatakan: 'Bagaimana
akan mendapatkan keberuntungan, satu kaum yang melukai kepala Nabi
mereka dan mematahkan gigi gerahamnya, sedangkan Nabi itu mengajak
mereka menuju (peribadahan kepada) Allah?' Maka Allah menurunkan
(ayatNya): “Tidak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka
itu". -QS Ali Imran/3 ayat 128. [Hadits shahih riwayat Muslim, no. 1791].

Imam Nawawi rahimahullah berkata: “Terjadinya sakit dan ujian kepada
para nabi –semoga Allah melimpahkan shalawat dan salam kepada mereka-
adalah agar mereka mendapatkan pahala yang besar, dan agar umat mereka
mengetahui apa yang telah menimpa mereka dan umat itu meneladani mereka”.

Al Qadhi rahimahulllah berkata: “Dan agar diketahui, sesungguhnya mereka
(para nabi itu) termasuk manusia, ujian-ujian dunia juga menimpa mereka,
dan apa yang mengenai tubuh-tubuh manusia juga mengenai tubuh mereka;
agar diyakini, mereka adalah makhluk, yang dikuasai (oleh Allah). Dan
agar umat tidak tersesat dengan mu’jizat-mu’jizat yang muncul lewat
tangan mereka, dan syaitan mengaburkan dari perkara para nabi sebagaimana
yang telah dia kaburkan terhadap orang-orang Nashrani dan lainnya”. [3]

Dengan keterangan yang ringkas ini, semoga jelas bagi kita tentang
kedudukan Nabi yang mulia. Sehingga kita menempatkan beliau Shallallahu
'alaihi wa sallam sebagaimana layaknya. Alhamdulillah. Dan setelah
mengetahui ini semua, lalu bagaimanakah dengan keadaan orang-orang pada
masa sekarang ini, yang memohon dan meminta pertolongan kepada para nabi
atau wali atau orang shalih atau kubur mereka? Sungguh tidak
diragukan lagi, perbuatan itu hanyalah sia-sia, dan bahkan termasuk
perbuatan khurafat.

Semoga Allah selalu menjaga kita dari perbuatan khurafat, dan segala
perkara yang mengantarkan kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengabulkan doa.

JERAWAT BATU PUN ADA YANG BERPUNCA DARI GANGGUAN JIN

Beberapa minggu yang lepas saya membekam di kawasan muka seorang pesakit yang terlampau banyak jerawat batu.Darah kehitaman keluar dengan banyaknya dan bertali-tali.Saya tidak menyangkanya ada kaitan dengan gangguan jin,walaupun kebiasaannya darah yang bertali menunjukkan ada gangguan.

Lebih kurang seminggu selepas itu pesakit datang untuk rawatan susulan.Mukanya kelihatan lebih cerah dan kurang teruk berbanding kali pertama tetapi ada pula jerawat kecil yang baru tumbuh,macam melawan pula.Oloeh kerana pesakit hanya ingin melakukan bekam maka saya membekam mukanya bagi kali kedua dan berharap jerawatnya akan hilang.

Dua hari lepas pesakit datang lagi dan baru mengakui bahawa terasa ada perlawanan setiap kali beliau merawat mukanya. Saya melakukan ruqyah kepada pesakit dan melakukan mandian ais.Pesakit kelihaan menggelupur dan menggeliat-liat di dalam tandas.Selepas mandian pesakit kelihatan agak segar.Pesakit dari Sabah ini yang mungkin mengalami gangguan sejak dari kampungnya ini perlu untuk melakukan mandian ais intensif lagi

Isnin, 18 Oktober 2010

SILAT-SENI MEMPERTAHANKAN DIRI MASAKINI ATAU PERANGKAP SYIRIK2?


Persoalan yang selalu timbul adalah bagaimana membuktikan sesuatu silat itu bersih dari unsur syirik? Dari pengamatan saya hujah secara ilmiah juga menemui jalan buntu.Pihak jabatan agama tidak dapat menemui kaedah yang pasti untuk menilai samada ilmu,jurus atau kaedah yang digunapakai adalah syirik(pesilat mendakwa pihak jabatan agama tidak dapat membuktikan kaedah mereka syirik)

Larangan jabatan agama kepada pertubuhan silat menggunakan istilah-istilah yang berbau keislaman juga tidak diendahkan.Antaranya penggunaan istilah lam jalalah,jurus yang menggunakan huruf seperti mim,ha dan dal masih digunakan.Begitu juga terdapat pertubuhan silat yang masih berdegil melanggar larangan jabatan agama menjadikan perintah agama seperti solat lima waktu,taat kepada ibubapa dan lain-lain sebagai peraturan pertubuhan menyebabkan orang ramai lebih sukar untuk membezakan samada silat itu ada unsur syirik atau tidak.

Dari segi kaedah rawatan Islam terdapat kaedah mudah untuk membezakan samada sesuatu silat atau ilmu tertentu itu adalah syirik iaitu menggunakan jin atau tidak? Caranya adalah melakukan ruqyah syariiyah yang lengkap ke atas pesilat berkenaan dan dilakukan mandian ais intensif.Kebiasaannya bagi kaedah yang menggunakan jin maka pesilat akan membuka langkah silat ketika dibacakan ruqyah atau ketika dimandikan.Terdapat juga tanda kecil lain seperti pesilat merasakan kepanasan di belakang badan atau pergerakan di bawah kulit di anggota tertentu.

Kebiasaannya silat yang menggunakan jin ini menyebabkan pesilat sakit di belakang badan ketika usia lanjut atau sakit anggota tertentu.Terdapat juga faktor lain seperti serangan sakit kepala yang teruk ,kelemahan mental yang ketara(pelupa,nyanyuk),sikap fanatik kepada guru sehingga macam wajib menatap gambar guru setiap hari dan jurus-jurus superpower hebat yang dipelajari dengan menghabiskan masa bertahun-tahun dan puluhan guru tetapi tidak dapat digunakan sedikitpun untuk menentang Israel,Amerika .

Adalah wajar pesilat menilai semula halatuju persilatan iaitu adakah hanya ingin manjadikan silat sebagai kebanggaan bangsa Melayu (tanpa membuang unsur syirik)melebihi bangsa lain dan terkenal di dunia atau silat sebagai seni mempertahankan diri yang wajar dipelajari(dengan membuang unsur syirik dan berakhlak Islam-bukan dengan sebutan jihad Melayu,kunci Melayu dan sebutan Melayu yang lain)untuk menentang musuh Islam dan pembela umat Islam sejagat terutamanya musuh dalam selimut iaitu golongan sekular,liberal dan golongan anti hadis yang bermacam ragamnya.

Sabtu, 16 Oktober 2010

BELAJAR KENALKAN SUNNAH YANG SEBENAR KEPADA DIRI SENDIRI


إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له .وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله.
Segala puji bagi Allah, kami memujiNya dan kami memohon pertolonganNya dan kami memohon keampunanNya dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.

Teladani Para Salaf

Teladani Para Salaf
"Keinginan dan cita-cita ulama terdahulu(salaf) sangatlah tinggi dan kuat. Buktinya buku-buku mereka merupakan saripati dari kehidupan mereka...

Jalan utama bagi orang yang menginginkan kesempurnaan dalam menuntut ilmu adalah membaca buku peninggalan orang-orang terdahulu(salaf) sebanyak-banyaknya. Saat membaca, ia akan mengenal banyak ilmu dan terbukalah cakerawala pemikirannya. Di samping itu ia mengetahui betapa tinggi semangat kaum terdahulu(salaf). Dengan demikian ia menjadi tergerak dan muncul semangatnya untuk melakukan sesuatu dengan serius. Perlu diketahui bahawa tidak ada satu kitab(salaf) pun yang tidak mengandungi faedah..." ~Ibnu Jauzi

Jumaat, 15 Oktober 2010

SILAT-SENI MEMPERTAHANKAN DIRI MASAKINI ATAU PERANGKAP SYIRIK?

Perkembangan silat mutakhir ini adalah agak hebat di dalam tanahair mahupun peringkat antarabangsa di mana telah ada kejohanan silat di peringkat Asia Tenggara malah di tahap dunia sekalipun.Ini adalah perkembangan yang baik bagi dunia persilatan Malaysia bagi guru-guru dan ahli-ahlinya.Oleh kerana silat telah diterima di peringkat antarabangsa dengan pelbagai kaum mempelajarinya maka adalah wajar jika silat juga di'upgrade'kan selain mempelajari teknik menggunakan senjata tradisional seperti parang dan keris maka adalah baik juga diajar teknik bagaimana menumpaskan musuh yang menggunakan senjata moden seperti pistol,senapang dan berbagai senjata pertahanan diri bangsa lain.

Selain itu kemahiran menggunakan pedang dan senjata yang disebut di dalam hadis perlu dipertingkatkan sebagai memenuhi saranan Rasulullah saw agar mempelajari kemahiran menggunakan pedang,memanah,berkuda dan berenang.Jika ditelek dari sejarah para sahabat juga memiliki kemahiran bertinju,bergusti dan menggunakan senjata tombak.Kedua teknik ini iaitu kaedah Islamik dan suasana tempur moden boleh diaplikasikan ke dalam silat supaya silat dilihat sebagai lebih Islamik dan praktikal dengan suasana tempur semasa.

Persoalan yang paling penting yang berlegar di fikiran cendekiawan Islam adalah: benarkah seni silat ini telah terlepas dari budaya syiriknya? Budaya membuka gelanggang,sessi penamat gelanggang dan juga ilmu peringkat tinggi yang dipunyai oleh guru-gurunya peringkat atasan masih diragui dan setakat ini tidak dapat diketahui secara pasti berapa banyak perguruan yang mengisytiharkan perguruan mereka bebas syirik.Mungkin JAKIM perlu mencipta status baru bagi perguruan silat atau lain-lain seni mempertahankan diri yang menyerupai status HALAL bagi makanan iaitu status bebas kaedah syirik sepenuhnya.

Apabila kita melihat perawat-perawat Islam dari berbagai pertubuhan merawat kes-kes yang berkaitan dengan silat/silat batin maka kita dapat melihat ia melibatkan berbagai pertubuhan silat sehingga kita tidak menyangka ada pertubuhan silat yang besar juga terlibat.Pada peringkat bawahan mungkin masalah ini tidak ketara tetapi apabila melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi maka di sinilah wujud perangkap.Cuba bayangkan dengan segala kehebatan dan ketangkasan yang mereka miliki ada pertolongan dari makhluk lain?Dan apabila telah lama memiliki ilmu ini maka ia mula makan diri dengan menyerang pengamalnya sendiri .Beberapa kes yang dirawat menunjukkan simptom sakit atau bisa di bahagian belakang badan dan sakit kepala yang teruk.Ada juga yang menunjukkan simptom yang lebih teruk ketika berumur lanjut dan hampir meninggal dunia.

Rencana ini bukanlah berniat ingin menghancurkan atau memalukan mana-mana pertubuhan silat tetapi ingin membantu perkembangan silat dengan lebih baik.Pertubuhan silat wajib bersih dari unsur syirik dan dilihat oleh masyarakat sebagai bersih. Sekiranya perguruan silat dapat membuktikan kaedah mereka benar-benar bebas syirik nescaya akan datang bantuan Allah kepada mereka dan lebih ramai ilmuan Islam seluruh dunia akan tertarik untuk mempelajari dan mengembangkannya sesuai dengan perkembangan kesedaran Islam masakini.Bukankah ini lebih baik di dunia dan akhiratnya?

Khamis, 14 Oktober 2010

TAZLIM(TAZKIRAH LIMA MINIT)-MENAIKKAN HARGA DIRI WANITA


Harga diri wanita akan meningkat apabila dia menyedari bahawa apa yang baik untuk dirinya ialah apabila dia tunduk kepada Allah dengan sebenarnya,menjaga harga dirinya dan hak orang lain terhadap dirinya.Membaiki rupa luaran tidak akan menaikkan harga diri tetapi sebaliknya menambah konflik jiwa dan rasa diri lebih tidak berharga seperti yang terjadi di Barat atau negara bukan Islam.

Pembedahan plastik untuk membaiki rupa walaupun berjaya memperbaiki penampilan dan kewangan tetapi perkataan-perkataan kasar dan tingkahlaku yang tidak sopan sudah cukup untuk membuktikan kerendahan nilai moral mereka, disamping menunjukkan walaupun rupanya telah bertukar cantik tetapi dia sendiri tidak menghargai dirinya,apatah lagi dieksploitasi sedemikian rupa oleh media sehingga penampilan luaran hebat itu tidak dapat menyembunyikan kecetekan akalnya dan kerendahan peribadinya berada pada tahap maksima.

Kaedah mudah untuk memperbaiki harga diri wanita :

1) Mempelajari hakikat akhirat-harus kenal neraka dengan sebenar-benarnya dan diulang-ulang sehingga sebati dan timbul rasa takut dan gerun tahap maksima. mengenal syurga dengan sebenar-benarnya sehingga sanggup bertungkus lumus mengejarnya dan selalu terbayang kenikmatan syurga di kelopak matanya dan hari-harinya dilalui dengan merindui dan 'angau' terhadap syurga dan rajin mendengar lagu cinta terhadap syurga

2)tidak manja dan malas ketika buat kerja rumah-ini boleh diulas oleh pembaca

3)kerap bekam di kepala - menambah konsentrasi,akal dan hafalan

4)menghayati bacaan solat- untuk solat dengan sepenuh perasaan selain daripada memahami makna bacaan,maka perlu buat kajian terhadap tafsir bacaan itu dan memikirkannya dalam-dalam dan menggunakan perkataan yang mudah untuk dihayati.contoh :

a)Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara semesta alam:

perkataan segala walaupun benar dari segi maksud tetapi lambat diproses dan difahami oleh otak,oleh itu tukarkan perkataan segala kepada perkataan semua yang lebih cepat ditangkap oleh otak.

b)Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan:

tidak menunjukkan penafian selain Allah dengan ketara berbanding Engkau sahaja yang kami sembah dan Engkau sahaja kami memohon pertolongan

c)Tunjukkan kami jalan yang lurus :memberi erti memperlihatkan atau menunjukkan tanpa membimbing,lebih sesuai gunakan hidayahkan kami kepada jalan yang lurus yang terus difahami sebagai menunjukkan serentak membimbing di jalan yang lurus

Diharap kaum wanita akan lebih mendapat manfaat dari panduan ini untuk lebih menghayati solat dengan melibatkan perasaan halus mereka dan dapat meningkatkan kualiti diri mereka

Rabu, 13 Oktober 2010

MEMINIMUMKAN KESAN SIHIR RUMAHTANGGA/TAFRIQ

(gambar hiasan- perkahwinan sebegini walaupun sah dari segi hukum tetapi tidak diterima oleh Allah sebagai ibadat, maka biasanya terjadi perceraian samada disihir atau tidak kerana awal-awal lagi mengundang laknat Allah dengan berbagai program maksiat di hari walimah atau ditimpa pelbagai fitnah sepanjang jodoh jika tidak menyedari kesalahan dan bertaubat)


Sihir pemisah atau sihir tafriq biasanya menyebabkan suami dan isteri tidak boleh bertemu muka.Bila terpandang muka pasangan terus naik marah,amat benci atau pening.Selalunya akan terjadi pergaduhan disebabkan hal yang kecil atau hal yang diada-adakan .Untuk meminimumkan kesan sihir tafriq maka beberapa aplikasi dari kaedah sunnah dan sedikit pengalaman boleh diamalkan untuk memelihara rumahtangga dari terjadi perceraian :

1) Amalkan sentiasa mengucap salam ketika masuk ke rumah

2) membaca doa masuk rumah dengan tawakkal sepenuhnya kepada Allah agar terhindar dari gangguan syaitan di dalam rumah

3)Sentiasa mendoakan isteri/suami diberi hidayah ke jalan yang lebih lurus

4)Amalkan sentiasa berwudhu

5)Redupkan suasana rumah dengan bacaan quran dan boleh dengar nasyid islamik sekadarnya

6)Belajar lembutkan hati sendiri dengan mentadabur quran dan cuba menghayati maksudnya sedalam-dalamnya sekadar kemampuan.Jika dengan menghayati quran maka tidak juga insaf dan tidak juga lembut hati maka sesalilah diri sendiri dan menangis merayu-rayu kepada Allah dengan kesungguhan yang sebenar agar diberi hati yang lembut dan lunak,penuh iman dan islam serta cepat sensitif dengan bacaan quran dan hadis dan sangat taat kepada keduanya.(Saya pun masih baru belajar bab ni)

7) minum dalam satu bekas,jogging bersama di tempat jauh fitnah

8)makan sedulang/sepinggan dan mandi bersama

9)simpati dengan nasib isteri/suami-kenanglah dalam-dalam kesusahan mereka lagi dan lagi.

10)hisab dan bertaubat jika ada dosa yang dilakukan selepas baligh dan terutamanya perhubungan dengan isteri sebelum kahwin,niat kahwin,aturcara kahwin,dan selepas perkahwinan sehingga sekarang berapa banyak yang menepati perintah Allah dan Rasul dan yang cuai.

11)Melawan sifat marah yang timbul ketika melihat muka pasangan dengan mengingat hadis ini berulang-ulang kali:

لا تَغْضَبْ
La Taghdhob -ertinya jangan marah

12)Selalulah solat tahajud dan puasa sunat dengan ikhlas supaya perkahwinan dipelihara oleh Allah

Selasa, 12 Oktober 2010

MENGATASI MENGANTUK AKIBAT GANGGUAN JIN


Rasa mengantuk akibat gangguan jin berlaku pada waktu yang tidak sepatutnya kita tidur seperti waktu dhuha,selepas asar dan maghrib dan terutamanya ketika ingin membaca doa perlindungan dan alquran :

Untuk mengtasinya beberapa kaedah aplikasi dari hadis boleh digunakan :

1)Mengambil wudhu dan menyempurnakan wudhu tanpa membazirkan air sedaya-upaya
2)Mengamalkan bersugi
3)Menggunakan celak di mata sebagai mengikut sunnah- celak yang digunakan bukanlah dari bahan kimia yang boleh merosakkan mata dan tidak terlampau bergaya seperti perempuan jahiliah
4)melakukan bekam di kedua pinggir mata dan di tengah dahi
5)Berpindah tempat duduk

Selain itu boleh juga dilakukan mandian ais untuk menyegarkan badan

Ahad, 10 Oktober 2010

SAKA-SATU PENILAIAN SEMULA SECARA ILMIAH


Assalamualaikum,di sini saya tidak mengikut kaedah biasa sebuah buku kerana ini hanya satu rencana ringkas.Pandangan di sini adalah pandangan terbaru saya yang memansuhkan pandangan saya di dalam posting-posting sebelum ini.

Apabila disebut saka/jin saka maka kita akan segera terfikir ia adalah jin warisan dari leluhur dahulu atau mengikut perawat tertentu boleh juga datang dari sumber lain seperti bomoh ,jiran bersaka,malah ada yang mengatakan jin saka boleh ditransfer melalui hadiah tanpa disedari oleh penerima hadiah,membeli batu cincin dan lain-lain kaedah .

'Metodologi' ini diterima oleh hampir seluruh masyarakat Melayu Islam nusantara tanpa dipersoalkan lagi akan kebenarannya,ditambah lagi perawat Islam juga mempopularkan istilah ini,sehingga menimbulkan semacam trauma bagi anak cucu yang mengetahui datuk,nenek yang mempunyai ilmu salah atau saka yang akan meninggal dunia.Dan seolah telah menjadi 'igauan di siang hari' di kalangan masyarakat Melayu Islam bahawa gangguan saka adalah sukar dipulihkan dan rawatan memakan masa yang lama.Oleh itu bila ada perawat Islam yang mendakwa mereka boleh mengaut atau membuang jin saka secara instan atau rawatan jarak jauh maka ramai yang menderu-deru datang untuk dirawat walaupun akhirnya yang berjaya dikaut hanyalah duit pesakit.

Seterusnya apabila kita membincangkan secara ilmiah apakah buktinya jin saka ini wujud?Setakat ini tidak ada satu dalil pun samada dari Quran atau hadis yang ada menyebut tentang jin saka seperti yang kita amat yakini pada hari ini.Sebaliknya gangguan jin atau sentuhan syaitan ada disebutkan samada di dalam Quran atau hadis.Begitu juga tentang sihir,tetapi persoalan saka yang boleh dikatakan menyerang sehingga 70% lebih masyarakat Melayu Islam tidak langsung disebut.Begitu juga cerita saka ini tidak disebut oleh Sheikh Wahid Abdul Salam Bali di dalam mana-mana kitab perubatannya,atau mana-mana Sheikh dari Arab samada mereka golongan sufi,sunnah atau mazhab.Sedangkan fenomena mereka sama seperti kita di mana terdapat juga bomoh di kalangan mereka,penuntut ilmu salah,kahin dan sebagainya.Tidakkah berlaku fenomena jin diwarisi di kalangan masyarakat lain?

Mengikut kepercayaan orang Melayu juga,jin-jin saka terdiri dari saka harimau,saka ular, urut,gagah,silat ,merawat penyakit (bomoh),susuk dan lain-lain.Ini bermakna jin-jin ini mempunyai ilmu perubatan atau ilmu sihir,mempunyai kemampuan untuk menuntut ilmu dan mengamalkannya,dan ini bermakna jin saka juga boleh menjadi jin sihir dan juga sebaliknya.Jadi apa gunanya kita membezakan kaedah rawatan jin saka,jin sihir,jin asyik atau jin sampuk atau mengklafisifakasikan sedemikian rupa seolah-olah jin sampuk tidak belajar sihir atau jin asyik tidak boleh menjadi jin saka atau jin sihir?(Jin asyik -ini adalah satu istilah terbaru juga yang diterima bulat-bulat tanpa dipersoalkan lagi kebenarannya atau sekadar bergantung kepada pengakuan jin sama seperti kewujudan Serambi Madinah@Serambi Quds di alam jin yang sekadar bergantung kepada pengakuan jin tanpa bukti dan saksi manusia ,pengakuan dan kesaksian yang tidak boleh diterima di mahkamah manusia apalagi menjadi dalil yang pasti tentang kewujudannya.)

Oleh itu pertimbangkan perkara-perkara ini sebelum menuduh gangguan jin pada seseorang adalah gangguan jin saka :

1)Pesakit akan kalah secara psikologi- apabila seseorang mengetahui gangguannya adalah disebabkan jin saka maka secara psikologinya dia akan menjadi kalah atau lemah dan memikirkan jin saka ini kuat dan rawatan memakan masa yang lama maka akhirnya benar terjadi demikian kerana sikap mentalnya begitu.

2)Perawat ,pesakit atau keluarga pesakit mendapat dosa kering -apabila menuduh seseorang diganggu jin saka tanpa bukti hanya melihat tanda-tanda lahiriah bermakna kita menuduh nenek moyangnya melakukan syirik tanpa bukti dan saksi,ini adalah tuduhan berat ,amat berat. Selain sukar untuk menjawab soalan Allah di padang Mahsyar nanti, kita juga tidak tahu jika nenek moyangnya telah bertaubat nasuha sebelum mati dan jin itu menyerang sendiri tanpa apa-apa perjanjian

3) Jin bukanlah termasuk harta benda yang diwarisi apabila seseorang mati(tidak boleh difaraidkan).Lebih-lebih lagi jin bukanlah milik seorang manusia tetapi milik ayahnya sendiri dari golongan jin seperti dari hadis Rasul saw : " Anta wa maluka liabika"- maksudnya kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu.)Bagaimana mewariskan sesuatu yang bukan milik kita.

4)Jika benar ada perjanjian antara seorang manusia dengan jin ketika menerima jin itu sebagai pembantunya maka mengikut peraturan perjanjian itu adalah diantara orang itu sahaja dengan jin berkenaan dan perjanjian itu akan terbatal ketika orang itu meninggal.Mana boleh perjanjian itu diguna pakai untuk cucunya yang belum lahir lagi dua puluh tahun kemudian dari kematiannya.

5)Seperti yang pernah diucapkan oleh Dr. Harun Din- apabila sakit kita rawat, hanya gangguan jin sahaja.Maksudnya tidak perlu kita panjang lebar menerangkan tentang gangguan(Menurut pemerhatian saya jika pesakit tahu punca gangguan pun penyakitnya tidak akan pulih segera tetapi bertambah teruk menjadi dua penyakit pula iaitu gangguan jin dan gangguan pemikiran kerana memikirkan dari mana punca saka atau siapa yang menyihir)

6)Boleh menimbulkan permusuhan dalam keluarga atau keretakan rumahtangga. Berlaku tuduh-menuduh punca saka mungkin dari keluarga suami atau isteri.

Walaupun ada ketikanya boleh jadi benar tuduhan saka itu, tetapi adalah lebih baik kita sebagai khalifah Allah di muka bumi berakhlak benar dalam membuat tuduhan(perlu bukti dan saksi) dan melihat tanda-tanda serangan jin sebagai pengalaman peribadi sahaja.Sebagaimana manusia adalah manusia samada dia berbangsa melayu,iban,cina, orang puteh dan sebagainya, maka jin adalah jin tidak kira samada dia jin sihir,saka,asyik ,sampuk atau sebagainya-maka kaedah rawatan adalah sama-ruqyah dan kaedah sunnah

Sabtu, 9 Oktober 2010

DOA KESEMBUHAN PENYAKIT UMUM







لاَبَأْسَ،طَهُوْرٌإِنْ شَاءَاللهُ تَعَالىَ
Tidak mengapa, Semoga sakitmu ini membuat dosamu bersih, Insya Allah Ta’ala(ada juga yang menafsirkan :Tidak mengapa,sembuh insyaAllah)

اَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ،رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ،أَنْ يَشْفِيَكَ

“Aku mohon kepada الله Yang Maha Agung, Rabb Arsy Yang Agung, agar Dia menyembuhkanmu”
(Bacaan doa ini baik jika diulang tujuh kali sambil letakkan tangan di tempat sakit)

بِسْمِ اللهِ يُبْرِيْكَ،وَمِنْ كُلّ دَاءٍيَشْفِيْكَ،وَمِنْ شَرّحَاسِدٍإِذَاحَسَدَ،وَشَرِكُلِّ ذِيْ عَيْنٍ
“Dengan menyebut nama اللهُ, mudah-mudahan Dia membebaskan dirimu dari segala penyakit, mudah2an Dia akan menyembuhkanmu, melindungimu dari kejahatan org dengki jika dia mendengki dan kejahatan setiap orang yg mempunyai mata jahat”

اَللَّهُمَّ رَبَّ النَّا سِ،أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهِ،وَأَنْتَ الشَّافِيْ،لاَشِفَاءَإِلاَّشِفَاؤُكَ،شِفَاءًلاَيُغَادِرُسَقَمًا
“Ya Allah, Rabb Pemelihara manusia, hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau-lah Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan hanya kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sedikit pun penyakit” (HR. Bukhari)

Doa-doa ini boleh dibaca pada pesakit,air, madu dan lain-lain. Terdapat juga variasi doa yang serupa tetapi berlainan susunan ayat dan ada sedikit tambahan perkataan.Juga boleh dibaca ketika melawat pesakit di hospital atau rumah

Jumaat, 8 Oktober 2010

RAWATAN PENYAKIT ARTHRITIS - Dipermudahkan/Simplified

(gambar hiasan penyakit arthritis- pesakit di bawah bengkaknya lebih teruk)
Semalam saya membuat rawatan ulangan kepada seorang pesakit athritis kronik.Lebih kurang dua minggu lepas pesakit ini hanya mampu terbaring di rumah setelah dikeluarkan dari hospital.Doktor telah memberinya ubat yang kuat untuk menahan kesakitan tetapi akibatnya kedua kakinya membengkak dan berkudis,hampir-hampir tidak boleh diangkat langsung.Di badannya dan kakinya banyak timbul urat-urat keunguan mungkin akibat ubat yang terlampau kuat.Pesakit ini terlampau taksub dengan perubatan moden.Setelah 'dibasuh' serba sedikit dan mempersoalkan jika betul nasihat yang diberikan maka kenapa penyakitnya makin teruk,barulah kelihatan merunduk sedikit.

Rawatan kali pertama saya membekam di kawasan kaki dan tanganya yang lebam(dia kata terjatuh,tetapi saya agak masih dari side-effect ubat-kerana ditempat yang sama dikiri kanan tangan dan tiada calar atau luka tetapi lebamnya teruk).Saya menyuruhnya minum minyak zaitun dan menyapu di kawasan bengkak dan kudis di kaki.Saya juga menyarankannya agar meminum madu.

Alhamdulillah,semalam kelihatan kudis di kakinya kering terus.Bengkak semakin kecil,tidak terlampau sukar mengangkat kaki,lebam di tangan hilang lenyap,kaki kirinya telah kelihatan kulit dan isinya..Dia hanya menyapu sahaja minyak zaitun di kawasan kakinya. Saranan saya yang lain tidak dibuat.Saya membekam lebih banyak tempat di kakinya kerana bengkaknya tidak terlampau keras seperti kali pertama.Darah kotor yang keluar adalah sangat banyak tetapi kurang sikit hitamnya dibandingkan kali pertama dahulu.Bagi kawasan yang gatal darah kotornya berbuih keputihan.

Pesakit juga meminta saya ruqyah pada air,dan disarankan lagi supaya meminum madu.Saya nampak 'mungkin' kesukaran pesakit ini sembuh atau melakukan saranan saya ada juga kaitan dengan sikapnya tidak solat ketika sakit, dan orang yang tidak rasa takut atau rugi meninggalkan solat ketika sakit kemungkinan biasa meninggalkan solat ketika sihat.

Khamis, 7 Oktober 2010

SIIHIR DAVID COPPERFIELD MALAYSIA?


Sepasang suami isteri yang berniaga di sebuah kedai runcit mengadu selalu kehilangan duit dalam tempoh yang agak lama.Setiap hari mesti hilang,jumlahnya tidak tetap ,ada kalanya dua ratus,empat ratus atau kadang-kadang lima puluh ringgit sahaja.Wang tetap hilang walaupun diikat atau diasingkan ke dalam bekas yang lain bertutup. Biasanya toyollah yang punya kerja!?.Kehilangan sentiasa berlaku di waktu petang sahaja sekitar pukul tiga di waktu giliran isteri menjaga kedai.Pada sebelah paginya sewaktu giliran suaminya tidak pula berlaku kehilangan wang.

Dipendekkan cerita saya melakukan ruqyah air mineral untuk dibuat spray di kedai . Semasa pembacaan ruqyah didapati isterinya tiba-tiba terbatuk-batuk berulang kali. Setelah menekan beberapa poin refleksologi di kaki dan tangan didapati ada gangguan kepada si isteri tetapi tidak kuat sampai mengakibatkan sakit,tetapi mungkin cukup untuk menyebabkannya tidak nampak orang yang mengambil duit.

Hipotesisnya : Si isteri disihir tetapi tidak sakit,hanya sekadar tidak nampak orang yang datang mengambil duit,bukan toyol- hampir sama dengan sihir yang menyebabkan kedai tidak nampak
tetapi diupgredkan aplikasinya.Wallahu a'lam

Rabu, 6 Oktober 2010

RAWATAN ASMA - Kaedah mudah dan praktikal


KANAK-KANAK

Minum sesudu madu dicampur air ruqyah di waktu pagi dan malam
Boleh bekam satu atau dua poin di dada ikut keperluan dan umur,hati2 kedalaman jarum

DEWASA

Minum sesudu madu dicampur air ruqyah di waktu pagi dan malam
Bekam sebanyak 8 poin di belakang badan dan dua poin di dada-ikut keperluan

Keperluan ruqyah adalah seperti biasa ,dan ditambah surah Alam Nasyrah untuk melapangkan dada.

Jika rajin amalkan madu dan bekam ,insyaAllah tidak perlu memaki gas seperti gambar di atas.Boleh juga amalkan minum minyak zaitun sebagai tambahan madu untuk kes kronik

Sabtu, 2 Oktober 2010

Wahabbi vs Sufi Dan Mazhab Syafie

















(Inilah musuh sebenar semua golongan Islam yang tersenyum lebar dengan perpecahan kamu dan juga golongan sekular nampak baik tetapi penipu yang membantu mereka)

Nampaknya golongan wahabbi ditentang hebat terutamanya oleh golongan sufi dan mazhab syafie.Bagi golongan sufi yang ekstreme menentang semua golongan sunnah termasuk ahli hadis.
Pertentangan ratusan atau ribuan tahun ini nampaknya tidak akan selesai kecuali kita tukar medan pertempuran

Saya bukanlah ingin masuk campur dalam pertempuran kamu cuma saya sebagai orang awam yang baru belajar mencintai sunnah berharap :

1) Jangan bertempur sesama sendiri sahaja tetapi tidak menentang golongan sekular yang sudah 50 tahun memerintah.PuakA sesatkan puak B,Puak B sesatkan Puak C .Puak C karang kitab sesatkan Puak A dan B. Tak cukup dengan itu bertempur pula di masjid,internet,segala jenis media.Tinggal satu persoalan,oleh kerana perbincangan secara ilmiah tidak mencapai kata sepakat adakah kamu semua mahu berperang sesama sendiri pula jika masing-masing ada kekuatan?

Tidak bolehkah kamu semua mengumpul kekuatan fikiran itu dan bertanding antara golongan siapa yang dapat mencipta antivirus terbaru, islamic microhard, islamic laptop,hijab car dan lain-lain dan menghalang pertikaian pendapat di kalangan orang awam tetapi terhad kepada ulama sahaja dan tidak mengapi-apikan permusuhan di kalangan orang awam pula.

Jika ulama setiap golongan ingin menyalahkan satu sama lain ,maka tidak wajar orang awam dibabitkan bersama dalam pertikaian ini sehingga timbul permusuhan yang tidak perlu.Jika ada yang membuat kenduri tahlil dan ada golongan yang tidak mahu pergi jemputan itu berlapang dadalah.Realitinya umat Islam akhir zaman tidak akan berada dalam satu golongan dan tidak boleh dipaksa untuk mentaati golongan tertentu

Boleh juga diadakan pertandingan dalam bentuk lain seperti golongan mana dahulu dapat membentuk khalifah islamiyyah atau menewaskan Israel dan Amerika jika golongan kamu memang hebat.Buktikan dengan menewaskan salah satu dari kedua musuh utama ini jika memang golongan kamu paling hebat.

2) Atau kalau benar kamu banyak sangat masa lapang selain digunakan untuk menyesatkan yang bukan golongan kamu kenapa kita tidak turun padang bekerjasama untuk berdakwah sebentar kepada golongan jauh dari agama di shopping komplex,kedai,pasar malam ,taman rekreasi dll?

3)Atau bekerjasama turun padang membantu golongan fakir miskin atau bertanding golongan mana paling ramai melakukan puasa Daud?