Pembaca Setia

Sabtu, 25 September 2010

Sukar Merujuk Kes Berat


Sebelum ini rujukan dibuat bagi kes berat kepada pusat rawatan Islam yang lain,kemungkinan tidak cukup masa@lebih dekat dengan rumah pesakit @pesakit sendiri pergi ke pusat rawatan berkenaan. Tetapi terdapat beberapa kes apabila dirujuk kepada pusat rawatan Islam yang lain maka keadaan menjadi lebih teruk kerana mungkin mereka tidak menerapkan keseluruhan kaedah quran dan sunnah tetapi menggunakan sebahagiannya sahaja.


Ada pesakit menjadi trauma kerana dirotan berterusan,jin tetap tidak keluar ditambah penyakit baru iaitu trauma.Ada pesakit menjadi lebih teruk setelah jin di dalam badannya disembelih dan diberi amalan zikir 70000 kali. Bayangkan semasa menggunakan rawatan ruqyah pesakit tidak kerasukan dengan teruk tetapi setelah jinnya disembelih oleh perawat lain maka apabila dirawat semula jinnya merempit pula di dalam tandas dan lebih agresif bukan semakin lemah.


Kenapa perawat ini tidak berfikir dengan tenang jika kita memberi amalan lain kepada pesakit selain dari yang disunnahkan maka siapa yang ingin mengamalkan doa perlindungan daripada hadis? Adakah doa-doa dari hadis hanya untuk tertulis dalam kitab sahaja bukan untuk amalan perawat atau pesakit? Dan sekiranya doa daripada sunnah tidak cukup power untuk perlindungan dari gangguan syaitan, maka tidakkah lebih baik Allah Taala tidak menurunkan hadis berkenaan dan mengangkat amalan dari guru kamu menjadi hadis/sunnah?


Begitu juga jika kaedah tenaga dalam , tenaga batin, aura ,reiki, bedah makrifat, kaedah kaut ,bakar bata dan sebagainya, jika kaedah-kaedah ini betul-betul power maka adalah lebih baik Allah mengajarkan kaedah-kaedah ini kepada Nabi Saw dan umatnya ,maka adalah senang bagi kita mengejar dan membelasah,memasung,memancung,membunuh jin tanpa jin dapat menyorok lagi sehingga pupus semua bangsa jin dan tidak ada lagi jin dapat digunakan untuk menyihir atau mengganggu manusia .
Jangan jadi seperti himar yang memikul kitab tetapi tidak mengetahui apa pun yang dipikulnya?