Pembaca Setia

Khamis, 23 September 2010

SOLAT RASMI???!













(Gambar hiasan saf yang sama dan sangat rapat tumitnya seperti dituntut oleh hadis)




Bangsa Melayu adalah suatu rumpun bangsa yang terkenal dengan kehalusan budi,tutur kata dan perasaannya. Ini dapat diperhatikan dari lahirnya pantun, kata-kata kiasan dan dapat juga diperhatikan dalam tarian tradisional yang kebanyakannya menunjukkan gerakan yang lembut dan tidak terlampau laju dan kasar.

Dapat juga dilihat dalam karya nyanyian seperti lagu Jangan Tinggal Daku yang dinyanyikan dengan nada cukup sedihnya oleh seorang seniman yang telah meninggal dunia. Kita dapat juga melihat sentuhan perasaan ini dalam kebanyakan lagu raya yang dinyanyikan dengan mood yang berbeza, sedih atau gembira. Begitu juga di dalam pertandingan akademi lagu-lagu,para hakim sangat sensitif terhadap lagu-lagu yang tidak dinyanyikan dengan sepenuh perasaan ,separuh perasaan atau tiada perasaan langsung akan menyebabkan peserta berkenaan terkeluar dengan segera dari program realiti berkenaan.Selain itu dalam urusan-urusan yang lain dapat dilihat sikap bangsa Melayu sangat sensitif dan bereaksi terhadap perkataan provokasi,kasar dan adab yang tidak sopan.

Tetapi apabila dilihat dalam situasi solat, kebiasaannya unsur emosional seperti ini sangat kurang dan tidak langsung ketara dalam masyarakat. Maka kita lihat kebanyakannya solat tidak dengan sepenuh perasaan,separuh perasaan atau tidak ada perasaan langsung(tidak semua ya!)
Ke mana pergi kehalusan budi dan perasaan tadi yang cukup hebat dalam bidang lain tetapi tidak di dalam solat?

Tidakkah apabila kita membaca Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin maka kita perlu wujud kagum dan terasa kehebatan Allah mencipta alam dan memeliharanya menyebabkan terasa gementar dan insaf kekerdilan diri kita dengan sepenuh perasaan maka kita akan menangis ? Dan apabila membaca ArRahmanirrahim kita terkenang akan betapa banyaknya budi Allah kepada sejak dari nutfah lagi,nikmat hari ini,esok dan sepuluh tahun lagi menyebabkan kita segera bertaubat
Dan apabila membaca Malikiyaumiddin terasa benar-benar hilang pergantungan kepada selainNya di akhirat. Tiada lagi kawan, kerajaan,pangkat,wang ,kubur keramat yang dapat menolong.

Dan seterusnya,mungkin ada di antara kamu boleh mengungkap dengan ayat yang lebih baik iaitu ke mana pergi emosional aspek di dalam solat? Tidakkah solat-solat selama ini terasa hambar dan rasmi sahaja, seolah-olah perhubungan kita dengan Tuhan hanya suatu gerakkerja jasad turun naik, bacaan-bacaan dan pengertian makna di otak sahaja tetapi tidak boleh melibatkan unsur perasaan halus kita dan tidak boleh dengan sepenuh perasaan tetapi memadai dengan sebahagian perasaan,separuh perasaan atau tiada perasaan langsung?