Pembaca Setia

Rabu, 29 September 2010

SETAKAT MANA KEBENARAN KAEDAH KEKERASAN BOLEH MENGELUARKAN JIN


Dari pemerhatian memang terdapat beberapa kes di mana penggunaan kaedah kekerasan dapat memudahkan jin keluar dari badan.Perawat yang menggunakan kaedah ini setelah bertungkus lumus meruqyah dan mendapati pesakit masih kerasukan dan jin degil maka menggunakan kaedah picit di jari kaki,tangan ,leher,di bawah telinga dan ada yang mengilas tangan pesakit.

Teknik-teknik ini dahulu digunakan kerana kita sangka apabila kita menyakiti jin ,maka jin akan takut dan keluar dengan segera.Kebanyakannya adalah pesakit wanita yang tidak mantap agamanya,terlampau lalai dengan zikir atau ada juga pesakit lelaki terutamanya yang mencuaikan solat dan bergantung juga kepada jenis gangguan.

Masalahnya, pesakit masih tidak bertaubat nasuha,berterusan melakukan maksiat,di rumah mereka masih banyak patung-patung atau gambar, ketagihan dengan lagu-lagu angau,keluar dengan teman lelaki,berhubungan bebas dengan lelaki lain walaupun sudah bersuami,masih tidak pakai stokin kaki,tidak diberikan zikir perlindungan atau tidak mengamalkannya,tidak memperbaiki akidah dan lain-lain yang menyebabkan jin tetap enggan keluar kerana pesakit sendiri yang memberikan ruang untuk jin menyerang atau jin keluar sebentar kerana disakiti kemudian masuk semula apabila pesakit pulang.

Seorang pesakit wanita yang telah dirawat di sebuah pusat rawatan Islam terkenal datang untuk rawatan dalam keadaan trauma.Ini kerana beliau telah ditekan lehernya dengan kuat dan tangannya digilas ke belakang menyebabkan rasa sakit sentiasa.Apabila menghadapi kes sebegini adalah baik jika dapat sediakan air ruqyah yang dicampur madu untuk melemahkan gangguan.Ruqyah dibaca dengan ulangan banyak dan buat mandian di pusat rawatan dengan bantuan keluarga atau rakan perempuan pesakit.

Pesakit biasanya perlu diingatkan agar bergantung kepada Allah sepenuh hati,rawatan ulangan yang kerap, bekam dan lain-lain kaedah rawatan sunnah.Mengeluarkan jin dengan secara kekerasan disamping tidak efektif,ia juga menyebabkan trauma seperti kes ini dan memalukan pusat perubatan terbabit walaupun hanya segelintir sahaja yang melakukannya.Di sini disenaraikan beberapa kaedah kekerasan yang biasanya gagal mengeluarkan jin kerana tidak mempertimbangkan faktor lain :

1)menekan jari-jari kaki- sebaiknya kaedah tekan atau picit ini dibuat sekadarnya sahaja sebagai peringatan bukan dengan niat mengeluarkan jin

2)tekan di leher atau bawah telinga-bagi pesakit wanita tidak perlu tekan di sini kerana kesakitan amat terasa.Lebih baik suruh dia pergi berbekam

3)pukulan dengan rotan atau getah paip-ini pun sebagai amaran sahaja.Bukan kaedah utama dan tidak memukul berulangkali

4)mengepit dengan pen,besi atau duri landak- teknik ini pun biasanya tidak efektif.Hanya mampu menyakitkan jin dan pesakit tetapi jin tetap menyerang kembali

Harus diambil peringatan jin-jin yang jahat ini apabila disakiti maka ia berdendam dan bertekad akan menyerang dan tidak mahu keluar dari tubuh pesakit.Selain kaedah alternatif yang diterangkan di atas maka khutbah dan da'wah yang panjang dan berkesan adalah lebih baik untuk menewaskan gangguan sebegini