Pembaca Setia

Ahad, 19 September 2010

MENJADI PEMBANTU PERAWAT


Malam tadi Ahad 19 Sept saya mendapat kesempatan untuk menambah ilmu apabila dipanggil untuk menjadi tukang pegang seorang pesakit yang disyaki ganas.Saya bersama seorang rakan dipanggil menjadi pembantu seorang perawat Islam bagi merawat satu kes yang disyaki sihir yang kuat dan juga kemungkinan saka.


Tidak lama setelah sampai perawat berkenaan memulakan rawatannya. Sebelumnya kes ini telah dirawat oleh Us Ahmad tetapi pesakit masih belum sembuh. Oleh kerana ingin cepat sembuh pesakit ini memanggil pula seorang perawat Islam lain yang lebih berilmu.


Perawat ini meminta bahan-bahan yang perlu untuk merawat sihir ini :tiga biji kelapa muda?!(fitrahnya air kelapa muda untuk diminum bukan mandi atau pagar rumah), air dari tujuh kolah masjid termasuk air kolah yang terakhir diambil selepas sembahyang jumaat?!, tanah masjid ?!, kapur barus?!, daun bidara,disamping air dari bacaan quran 30 juz yang dibawa oleh perawat.Kemudian perawat mencampurkan kesemua air-air tadi seperti nak buat air batu campur dan menyuruh simpan dahulu, mungkin untuk mandian atau pagar rumah?!.Banyaknya jenis air dan botol-botol air?!


Apabila memulakan rawatan dengan membaca ruqyah yang perlahan dan sekalisekala kuat didapati tiada respon perawat mula menekan kaki pesakit dengan pen.Tujuan untuk menyakitkan jin dan menyuruh jin keluar.Oleh kerana pennya tidak sesuai?! beliau meminta pen dari tuan rumah .Cucuk lagi,kaki pesakit.Tak keluar lagi tekan pakai tangan . Degil lagi perawat keluar pisau kecil dari beg tekan lagi. Tak keluar lagi perawat sambung ruqyah cara perlahan .Tak keluar lagi jin, maka dia menyembelih jin pakai tangan tiga kali dileher pesakit. Berpeluh-peluh perawat menyembelih Jin tak mati,ambil sejadah ambil pisau sembelih lagi tiga kali. Tak keluar lagi cucuk pakai tangan di kawasan ulu hati. Sejam telah berlalu jin masih tidak keluar semuanya. Hampir semua kaedah dibuat scan, macam jurus pun ada, tikam, sembelih,tolak,tiba-tiba perawat mengadu tangannya kebas kena serangan balas( dah kamu tak ikut kaedah sunnah sendiri tanggung le)


Saya memerhatikan sahaja kerana saya dipanggil untuk memegang pesakit sekiranya pesakit kerasukan. Saya melihat betapa teruknya perawat yang tidak guna kaedah sunnah untuk merawat . Dengan bahan-bahan yang agak sukar untuk dicari tetapi hasilnya macam itu-itu juga. Duit habis, badan penat, masa terbuang jin tetap tidak keluar.


Setelah habis meruqyah selama dua jam , perawat memagar pula rumah dengan garam dan lada hitam. Bagi saya yang biasa melihat kes pagar begini dimana gangguan berulang juga walaupun kita memagar dengan satu guni lada hitam pun .


Patung-patung kecil dalam almari rumah pesakit, gambar-gambar dan isteri yang memakai tshirt lengan pendek adalah faktor memudahkan penguasaan jin terhadap pesakit dan keluarganya selain faktor lain .


Kaedah ini walaupun masih guna ruqyah tetapi bila dicampurkan dengan kaedah lain adalah memenatkan dan tidak mendatangkan hasil seperti yang saya sangka ketika mula melihat bahan rawatan yang banyak iaitu jin akan lari dengan sekali rawat .


Rawatan sihir adalah rawatan yang memerlukan ulangan dan pesakit walaupun berduit kamu mungkin ada ketikanya kena bersabar menanggung penderitaan . Saya melihat ada kemungkinan Allah menimpakan sakit sebegini agar pesakit sabar,tahan menderita,sedar diri hamba dan insaf kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang walaupun kita mampu membayar perawat yang hebat.