Pembaca Setia

Khamis, 30 September 2010

DISIHIR SEHINGGA JULING MATANYA


Seorang pemuda datang untuk mendapatkan rawatan .Badannya kurus kering akibat sihir ,mata menjadi juling walaupun asalnya tidak begitu dan terdapat satu bengkak yang agak besar dilehernya.Beliau kerap merasa pening di sebelah kepala sahaja.Pada sesi ruqyah pertama pesakit disarankan datang untuk membuat rawatan susulan dan mandian ais intensif sebanyak tiga kali.

Apabila datang kali kedua pesakit diruqyah dahulu ,kemudian saya melakukan mandian ais kepadanya.Dia merasakan kesakitan dan mengucap dua kalimah syahadah berulangkali di dalam tandas..Berita baiknya bengkak di lehernya surut serta-merta setelah mandian ais.Saya membekam pula di kawasan bengkak itu untuk menghapuskan saki-baki bengkak yang ada.Mudah2an Allah memudahkan kesembuhan kes ini.

Rabu, 29 September 2010

SETAKAT MANA KEBENARAN KAEDAH KEKERASAN BOLEH MENGELUARKAN JIN


Dari pemerhatian memang terdapat beberapa kes di mana penggunaan kaedah kekerasan dapat memudahkan jin keluar dari badan.Perawat yang menggunakan kaedah ini setelah bertungkus lumus meruqyah dan mendapati pesakit masih kerasukan dan jin degil maka menggunakan kaedah picit di jari kaki,tangan ,leher,di bawah telinga dan ada yang mengilas tangan pesakit.

Teknik-teknik ini dahulu digunakan kerana kita sangka apabila kita menyakiti jin ,maka jin akan takut dan keluar dengan segera.Kebanyakannya adalah pesakit wanita yang tidak mantap agamanya,terlampau lalai dengan zikir atau ada juga pesakit lelaki terutamanya yang mencuaikan solat dan bergantung juga kepada jenis gangguan.

Masalahnya, pesakit masih tidak bertaubat nasuha,berterusan melakukan maksiat,di rumah mereka masih banyak patung-patung atau gambar, ketagihan dengan lagu-lagu angau,keluar dengan teman lelaki,berhubungan bebas dengan lelaki lain walaupun sudah bersuami,masih tidak pakai stokin kaki,tidak diberikan zikir perlindungan atau tidak mengamalkannya,tidak memperbaiki akidah dan lain-lain yang menyebabkan jin tetap enggan keluar kerana pesakit sendiri yang memberikan ruang untuk jin menyerang atau jin keluar sebentar kerana disakiti kemudian masuk semula apabila pesakit pulang.

Seorang pesakit wanita yang telah dirawat di sebuah pusat rawatan Islam terkenal datang untuk rawatan dalam keadaan trauma.Ini kerana beliau telah ditekan lehernya dengan kuat dan tangannya digilas ke belakang menyebabkan rasa sakit sentiasa.Apabila menghadapi kes sebegini adalah baik jika dapat sediakan air ruqyah yang dicampur madu untuk melemahkan gangguan.Ruqyah dibaca dengan ulangan banyak dan buat mandian di pusat rawatan dengan bantuan keluarga atau rakan perempuan pesakit.

Pesakit biasanya perlu diingatkan agar bergantung kepada Allah sepenuh hati,rawatan ulangan yang kerap, bekam dan lain-lain kaedah rawatan sunnah.Mengeluarkan jin dengan secara kekerasan disamping tidak efektif,ia juga menyebabkan trauma seperti kes ini dan memalukan pusat perubatan terbabit walaupun hanya segelintir sahaja yang melakukannya.Di sini disenaraikan beberapa kaedah kekerasan yang biasanya gagal mengeluarkan jin kerana tidak mempertimbangkan faktor lain :

1)menekan jari-jari kaki- sebaiknya kaedah tekan atau picit ini dibuat sekadarnya sahaja sebagai peringatan bukan dengan niat mengeluarkan jin

2)tekan di leher atau bawah telinga-bagi pesakit wanita tidak perlu tekan di sini kerana kesakitan amat terasa.Lebih baik suruh dia pergi berbekam

3)pukulan dengan rotan atau getah paip-ini pun sebagai amaran sahaja.Bukan kaedah utama dan tidak memukul berulangkali

4)mengepit dengan pen,besi atau duri landak- teknik ini pun biasanya tidak efektif.Hanya mampu menyakitkan jin dan pesakit tetapi jin tetap menyerang kembali

Harus diambil peringatan jin-jin yang jahat ini apabila disakiti maka ia berdendam dan bertekad akan menyerang dan tidak mahu keluar dari tubuh pesakit.Selain kaedah alternatif yang diterangkan di atas maka khutbah dan da'wah yang panjang dan berkesan adalah lebih baik untuk menewaskan gangguan sebegini

Selasa, 28 September 2010

MEDAN DAKWAH LAMA- BANDAR PUTERI DALAM KENANGAN


Apabila berpindah ke kawasan baru ,maka medan dakwah yang baru terbentang di hadapan mata.Medan dakwah dahulu di Bandar Puteri Klang saya masih gagal mencapai beberapa target antaranya:

1) Dapat mengislamkan seorang bukan Islam dalam tempoh tiga tahun-gagal kerana saya hanya setahun bertugas di sana.Dapat kongsi Islam dengan seorang beragama Hindu tetapi tidak dapat sambung gerakerja.

2)Menginsafkan seorang Islam yang tidak solat @tidak bersungguh dalam agama-terutamanya pekerja-pekerja restoran tomyam,tergantung juga.Tetapi dapat sampaikan juga sedikit peringatan

3)Mengajak seorang Islam berdakwah rumah ke rumah atau di tempat maksiat-tidak berjaya lagi.Ada mengajak seorang cina Islam untuk berdakwah di rumah2 kawan2 cinanya tetapi beliau terlampau takut seolah-olah akan berjumpa dengan malaikat maut.

Sedikit kejayaan :

1) Mengajak pekerja Bangladesh ke surau- pekerja ini tinggal dan bekerja di sebuah bengkel welding.Alhamdulillah nampak kerap sedikit pergi surau setelah diperingatkan. Pekerja kedai air-cond masih degil,maklumlah bujang lagi.

2)Berdakwah kepada seorang remaja yang baru sampai dari utara.Semasa baru dengar peringatan macam insaf, tetapi bila jumpa kali kedua macam terpesona dengan cewek-cewek KL. Mudah2an ada masa teringat juga dengan peringatan dari saya atau ada orang lain pula memberi peringatan.

3)Mendakwah perubatan sunnah-semua amalan sunnah adalah untuk menyelamatkan manusia,dan perlu diamalkan bukan ditinggalkan di dalam kitab sambil mengaku ikut Quran,sunah,ijma dan qias tetapi bila ditunjukkan dengan amalan sebenar quran dan sunnah maka dialah menjadi penentang pertama dan mengambil jalan mudah menuduh orang itu sebagai wahabi sesat.Sunnah sendiri perlu didakwahkan tetapi untuk orang baru belajar seperti saya mengecilkan skop kepada perubatan sunnah sahaja memudahkan gerakerja sambil mendakwah manusia kembali kepada agama sedikit2 seperti di atas.

Isnin, 27 September 2010

KAEDAH RAWATAN TERBAIK,TERPOWER,TERAMPUH,TERINGKAS,TERMUDAH DAN TERMURAH


Semua orang boleh mendakwa kaedah rawatannya adalah yang terbaik,terhebat,paling ampuh,paling berkesan.Tetapi mereka perlu buktikan bukan sekadar dengan kesembuhan sebilangan kecil pesakit sahaja tetapi perlulah ada sesuatu yang kuat untuk menyokongnya. Di dalam Islam maka perlu ada nas.

Berbagai kaedah rawatan di dalam Islam seperti penggunaan herba walaupun tidak disunnahkan oleh Nabi saw adalah tidak dilarang.Oleh kerana ramai perawat mendakwa kaedah dari guru mereka terbaik dan paling pantas menyembuhkan penyakit, maka saya juga mendakwa kaedah dari guru saya adalah yang terbaik dan dapat mengatasi semua kaedah ciptaan doktor,perawat islam,ulama ,bomoh, dan semua jenis perubatan alternatif dan semua jenis kaedah perubatan yang diketahui oleh manusia. Ini buktinya :

اِنَّ اَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ

Inna amshala ma tadawaitum bihilhijamah

Dari Anas bin Malik bahawasanya Rasul saw bersabda bermaksud :

Sesungguhnya kaedah pengubatan kamu yang paling baik diamalkan adalah berbekam

Disini adalah perlu bagi perawat Islam selain mengamalkan hadis ini untuk rawatan kes-kes penyakit fizikal juga perlu mengaplikasi dengan baik kaedah ini untuk merawat masalah sihir,saka, santau dan semua jenis gangguan jin seiring dengan ruqyah kerana kaedah ini ada jaminannya dari Rasul saw berbanding dengan kaedah yang dijamin oleh manusia biasa/doktor/perawat/ulama yang tidak setaraf dengan hadis/wahyu.
(terkecuali beberapa kes yang telah menjadi kronik kerana peringkat awalnya tidak dirawat dengan kaedah sunnah,kemalangan dsbgnya yang terpaksa juga dirujuk ke hospital)

Sabtu, 25 September 2010

Sukar Merujuk Kes Berat


Sebelum ini rujukan dibuat bagi kes berat kepada pusat rawatan Islam yang lain,kemungkinan tidak cukup masa@lebih dekat dengan rumah pesakit @pesakit sendiri pergi ke pusat rawatan berkenaan. Tetapi terdapat beberapa kes apabila dirujuk kepada pusat rawatan Islam yang lain maka keadaan menjadi lebih teruk kerana mungkin mereka tidak menerapkan keseluruhan kaedah quran dan sunnah tetapi menggunakan sebahagiannya sahaja.


Ada pesakit menjadi trauma kerana dirotan berterusan,jin tetap tidak keluar ditambah penyakit baru iaitu trauma.Ada pesakit menjadi lebih teruk setelah jin di dalam badannya disembelih dan diberi amalan zikir 70000 kali. Bayangkan semasa menggunakan rawatan ruqyah pesakit tidak kerasukan dengan teruk tetapi setelah jinnya disembelih oleh perawat lain maka apabila dirawat semula jinnya merempit pula di dalam tandas dan lebih agresif bukan semakin lemah.


Kenapa perawat ini tidak berfikir dengan tenang jika kita memberi amalan lain kepada pesakit selain dari yang disunnahkan maka siapa yang ingin mengamalkan doa perlindungan daripada hadis? Adakah doa-doa dari hadis hanya untuk tertulis dalam kitab sahaja bukan untuk amalan perawat atau pesakit? Dan sekiranya doa daripada sunnah tidak cukup power untuk perlindungan dari gangguan syaitan, maka tidakkah lebih baik Allah Taala tidak menurunkan hadis berkenaan dan mengangkat amalan dari guru kamu menjadi hadis/sunnah?


Begitu juga jika kaedah tenaga dalam , tenaga batin, aura ,reiki, bedah makrifat, kaedah kaut ,bakar bata dan sebagainya, jika kaedah-kaedah ini betul-betul power maka adalah lebih baik Allah mengajarkan kaedah-kaedah ini kepada Nabi Saw dan umatnya ,maka adalah senang bagi kita mengejar dan membelasah,memasung,memancung,membunuh jin tanpa jin dapat menyorok lagi sehingga pupus semua bangsa jin dan tidak ada lagi jin dapat digunakan untuk menyihir atau mengganggu manusia .
Jangan jadi seperti himar yang memikul kitab tetapi tidak mengetahui apa pun yang dipikulnya?

Khamis, 23 September 2010

SOLAT RASMI???!













(Gambar hiasan saf yang sama dan sangat rapat tumitnya seperti dituntut oleh hadis)




Bangsa Melayu adalah suatu rumpun bangsa yang terkenal dengan kehalusan budi,tutur kata dan perasaannya. Ini dapat diperhatikan dari lahirnya pantun, kata-kata kiasan dan dapat juga diperhatikan dalam tarian tradisional yang kebanyakannya menunjukkan gerakan yang lembut dan tidak terlampau laju dan kasar.

Dapat juga dilihat dalam karya nyanyian seperti lagu Jangan Tinggal Daku yang dinyanyikan dengan nada cukup sedihnya oleh seorang seniman yang telah meninggal dunia. Kita dapat juga melihat sentuhan perasaan ini dalam kebanyakan lagu raya yang dinyanyikan dengan mood yang berbeza, sedih atau gembira. Begitu juga di dalam pertandingan akademi lagu-lagu,para hakim sangat sensitif terhadap lagu-lagu yang tidak dinyanyikan dengan sepenuh perasaan ,separuh perasaan atau tiada perasaan langsung akan menyebabkan peserta berkenaan terkeluar dengan segera dari program realiti berkenaan.Selain itu dalam urusan-urusan yang lain dapat dilihat sikap bangsa Melayu sangat sensitif dan bereaksi terhadap perkataan provokasi,kasar dan adab yang tidak sopan.

Tetapi apabila dilihat dalam situasi solat, kebiasaannya unsur emosional seperti ini sangat kurang dan tidak langsung ketara dalam masyarakat. Maka kita lihat kebanyakannya solat tidak dengan sepenuh perasaan,separuh perasaan atau tidak ada perasaan langsung(tidak semua ya!)
Ke mana pergi kehalusan budi dan perasaan tadi yang cukup hebat dalam bidang lain tetapi tidak di dalam solat?

Tidakkah apabila kita membaca Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin maka kita perlu wujud kagum dan terasa kehebatan Allah mencipta alam dan memeliharanya menyebabkan terasa gementar dan insaf kekerdilan diri kita dengan sepenuh perasaan maka kita akan menangis ? Dan apabila membaca ArRahmanirrahim kita terkenang akan betapa banyaknya budi Allah kepada sejak dari nutfah lagi,nikmat hari ini,esok dan sepuluh tahun lagi menyebabkan kita segera bertaubat
Dan apabila membaca Malikiyaumiddin terasa benar-benar hilang pergantungan kepada selainNya di akhirat. Tiada lagi kawan, kerajaan,pangkat,wang ,kubur keramat yang dapat menolong.

Dan seterusnya,mungkin ada di antara kamu boleh mengungkap dengan ayat yang lebih baik iaitu ke mana pergi emosional aspek di dalam solat? Tidakkah solat-solat selama ini terasa hambar dan rasmi sahaja, seolah-olah perhubungan kita dengan Tuhan hanya suatu gerakkerja jasad turun naik, bacaan-bacaan dan pengertian makna di otak sahaja tetapi tidak boleh melibatkan unsur perasaan halus kita dan tidak boleh dengan sepenuh perasaan tetapi memadai dengan sebahagian perasaan,separuh perasaan atau tiada perasaan langsung?

Rabu, 22 September 2010

BEKAM UNTUK KECANTIKAN,AWET MUDA DAN LANGSING


Kecantikan yang paling utama bagi seorang wanita ialah akal yang dapat diselaraskan dengan agama. Maka untuk kecantikan yang paling penting adalah berbekam di bahagian pundak kepala supaya golongan wanita menjadi lebih berakal,cekap dan bijak dari segi agama dan dunia.


Kemudian melakukan bekam di muka untuk melicinkan kulit,menghaluskan dan menghilangkan toksin samada dari mekap atau udara tercemar.


Untuk melangsingkan badan maka dianjurkan berbekam sebanyak 10 poin(lebihkurang RM 50) setiap sepuluh hari pada beberapa poin sunnah dan di tempat yang banyak lemak seperti pinggul,punggung,paha, perut dan kawasan bawah pusat. Teruskan berbekam sehingga kamu mencapai berat ideal dan selagi sesuai dengan kemampuan kewangan


Dengan ini selain badan akan langsing secara beransur-ansur maka badan kamu akan terhindar dari penyakit-penyakit berat lain dan mengurangkan kesan gangguan jin secara otomatis. Ini juga adalah antara kaedah yang termurah di pasaran selain mempunyai multi fungsi kesembuhan.

BEKAM UNTUK KECEMERLANGAN AHLI SUKAN/SPORTSMAN


Ahli sukan yang telah mencuba berbagai kaedah tetapi masih belum dapat mencapai 'peak' masing-masing dianjurkan menggunakan kaedah bekam pula untuk meningkatkan prestasi dan mencapai kemenangan cemerlang.


Berbekam di pundak kepala adalah sesuai untuk hampir semua jenis sukan. Manakala bagi sukan yang memerlukan kekuatan konsentrasi seperti memanah,golf,catur dll maka berbekam di kepala adalah amat penting bagi menguatkan fokus, kepekaan dan tahan 'pressure'.


Bagi sukan yang banyak menggunakan tenaga seperti bolasepak,ragbi dan sebagainya selain di kepala dianjurkan juga berbekam di badan pada semua poin sunnah.Darah yang bersih akan menguatkan stamina sama seperti kanak-kanak yang boleh bermain dari pagi sehingga ke malam kerana darah mereka kurang kotor.Paling baik adalah berbekam dua atau tiga hari sebelum ada perlawanan/games.


Bagi pemain yang anggotanya bengkak/lebam akibat contact seperti futsal,atau peserta silat maka dengan berbekam segera di waktu rehat maka bengkak akan segera surut dan dapat juga memulihkan tenaga .Pemain yang tergeliat juga pulih lebih cepat dengan kaedah bekam berbanding urut.


Pemain badminton,golf atau tennis yang mengalami 'golf sindrom' juga digalakkan berbekam pada beberapa poin di bahu untuk pemulihan yang pantas.Selain itu berbekam pada anggota tangan dan kaki juga digalakkan bagi acara yang memerlukan kepantasan dan kekuatan seperti lumba lari, basikal, karate dan angkat berat

Selasa, 21 September 2010

BEKAM UNTUK KEKUATAN MINDA PELAJAR

Kelmarin saya membekam seorang pelajar berumur 10 tahun .Badannya selalu kelihatan lemah walaupun sebenarnya dia sihat. Selain itu ingatannya juga kurang baik dan banyak tidur di waktu siang mahupun malam.

Setelah dibekam nampak sedikit perubahan seperti mukanya agak ceria,lebih cergas dan nampak datang keyakinan dirinya.

Bekam dilakukan satu pusingan sahaja di pundak kepala dengan kedalaman jarum yang sederhana sahaja. Agak banyak juga darah keluar menandakan mungkin banyak memakan makanan/minuman ringan yang melemahkan otak.

Sehubungan itu adalah dicadangkan bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak di sekolah yang agak lemah ingatan dan kefahaman membawa anak mereka untuk dibekam bagi menguatkan mental terutama bagi anak-anak yang akan mengambil peperiksaan UPSR,PMR dan SPM

Bagi pelajar yang ingin menguatkan hafalan juga dianjurkan agar selalu berbekam.

Selain itu bekam di kepala juga dianjurkan bagi anak-anak yang degil, nakal dan merokok beserta ruqyah.

Ahad, 19 September 2010

MENJADI PEMBANTU PERAWAT


Malam tadi Ahad 19 Sept saya mendapat kesempatan untuk menambah ilmu apabila dipanggil untuk menjadi tukang pegang seorang pesakit yang disyaki ganas.Saya bersama seorang rakan dipanggil menjadi pembantu seorang perawat Islam bagi merawat satu kes yang disyaki sihir yang kuat dan juga kemungkinan saka.


Tidak lama setelah sampai perawat berkenaan memulakan rawatannya. Sebelumnya kes ini telah dirawat oleh Us Ahmad tetapi pesakit masih belum sembuh. Oleh kerana ingin cepat sembuh pesakit ini memanggil pula seorang perawat Islam lain yang lebih berilmu.


Perawat ini meminta bahan-bahan yang perlu untuk merawat sihir ini :tiga biji kelapa muda?!(fitrahnya air kelapa muda untuk diminum bukan mandi atau pagar rumah), air dari tujuh kolah masjid termasuk air kolah yang terakhir diambil selepas sembahyang jumaat?!, tanah masjid ?!, kapur barus?!, daun bidara,disamping air dari bacaan quran 30 juz yang dibawa oleh perawat.Kemudian perawat mencampurkan kesemua air-air tadi seperti nak buat air batu campur dan menyuruh simpan dahulu, mungkin untuk mandian atau pagar rumah?!.Banyaknya jenis air dan botol-botol air?!


Apabila memulakan rawatan dengan membaca ruqyah yang perlahan dan sekalisekala kuat didapati tiada respon perawat mula menekan kaki pesakit dengan pen.Tujuan untuk menyakitkan jin dan menyuruh jin keluar.Oleh kerana pennya tidak sesuai?! beliau meminta pen dari tuan rumah .Cucuk lagi,kaki pesakit.Tak keluar lagi tekan pakai tangan . Degil lagi perawat keluar pisau kecil dari beg tekan lagi. Tak keluar lagi perawat sambung ruqyah cara perlahan .Tak keluar lagi jin, maka dia menyembelih jin pakai tangan tiga kali dileher pesakit. Berpeluh-peluh perawat menyembelih Jin tak mati,ambil sejadah ambil pisau sembelih lagi tiga kali. Tak keluar lagi cucuk pakai tangan di kawasan ulu hati. Sejam telah berlalu jin masih tidak keluar semuanya. Hampir semua kaedah dibuat scan, macam jurus pun ada, tikam, sembelih,tolak,tiba-tiba perawat mengadu tangannya kebas kena serangan balas( dah kamu tak ikut kaedah sunnah sendiri tanggung le)


Saya memerhatikan sahaja kerana saya dipanggil untuk memegang pesakit sekiranya pesakit kerasukan. Saya melihat betapa teruknya perawat yang tidak guna kaedah sunnah untuk merawat . Dengan bahan-bahan yang agak sukar untuk dicari tetapi hasilnya macam itu-itu juga. Duit habis, badan penat, masa terbuang jin tetap tidak keluar.


Setelah habis meruqyah selama dua jam , perawat memagar pula rumah dengan garam dan lada hitam. Bagi saya yang biasa melihat kes pagar begini dimana gangguan berulang juga walaupun kita memagar dengan satu guni lada hitam pun .


Patung-patung kecil dalam almari rumah pesakit, gambar-gambar dan isteri yang memakai tshirt lengan pendek adalah faktor memudahkan penguasaan jin terhadap pesakit dan keluarganya selain faktor lain .


Kaedah ini walaupun masih guna ruqyah tetapi bila dicampurkan dengan kaedah lain adalah memenatkan dan tidak mendatangkan hasil seperti yang saya sangka ketika mula melihat bahan rawatan yang banyak iaitu jin akan lari dengan sekali rawat .


Rawatan sihir adalah rawatan yang memerlukan ulangan dan pesakit walaupun berduit kamu mungkin ada ketikanya kena bersabar menanggung penderitaan . Saya melihat ada kemungkinan Allah menimpakan sakit sebegini agar pesakit sabar,tahan menderita,sedar diri hamba dan insaf kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang walaupun kita mampu membayar perawat yang hebat.