Pembaca Setia

Ahad, 15 Ogos 2010

SEMINAR RAWATAN ISLAM - MENCARI WANG/DUNIA @ PENGARUH/PENGIKUT @MENYEBARKAN DAKWAH?












Fenomena baru dalam rawatan Islam dimana ramai perawat Islam menggunakan kaedah seminar sehari untuk menarik orang ramai datang dengan alasan untuk mempelajari kaedah rawatan Islam tetapi setakat manakah keberkesanannya dan adakah peserta dibimbing untuk menjadi perawat atau lepas tangan setelah habis seminar. Yang penting mashhuk!

Jika seorang peserta membayar contohnya RM100 sehari maka jika seratus peserta jumlahnya adalah RM10 000. Ditolak kos pengurusan maka bersihnya adalah lebih kurang RM5000.Sehari!

Adakah ini cara baru untuk mendatangkan keuntungan segera. Ditambah oleh pertambahan kes sihir,saka dan sebagainya maka kehadiran peserta biasanya mencapai target yang dikehendaki.

Persoalannya :

1)Adakah kaedah yang diajar benar-benar boleh digunakan untuk merawat? Atau nama kaedah sahaja hebat tetapi kadar kesembuhannya adalah rendah terutama kaedah yang baru dicipta dan muncul pada tahun 2007-2010. Kaedah-kaedah baru dan mentah ini tidak melepasi lagi peringkat antarabangsa berbanding dengan kaedah ruqyah yang telah dipakai dibanyak negara Islam dan telah digunapakai sejak 1430 tahun dahulu.

2)Bagaimana kualiti pelajaran berbanding dengan bayaran penyertaan?

3)Tidak wujudkah eksploitasi maklumat di mana apa yang diajar tidak sama dengan apa yang tertulis di dalam modul ?Atau eksploitasi dalam bentuk yang samar-samar?

4)Adakah aurat dan maruah pesakit wanita terpelihara dalam sessi praktikal rawatan ketika kerasukan?Perlu diingat dalam sessi rawatan praktikal tubuh badan pesakit wanita menjadi tontonan umum dan adakalanya diambil foto mereka oleh orang asing/ajnabi

5)Ataupun dikenakan syarat perlu menjadi ahli tarekat dahulu baru boleh menjadi perawat?

Kesimpulannya ada perawat yang ikhlas menyampaikan ilmu melalui seminar dan ada yang 'ada udang(wang dan nama) di sebalik batu.Berhati-hatilah! Kerana kadang-kadang kaedah ruqyah pun dieksploitasi untuk melindungi kaedah ciptaan yang batil seperti bedah batin atau untuk tujuan keuntungan perniagaan yang berlebihan