Pembaca Setia

Selasa, 31 Ogos 2010

RAWATAN ANAK HYPERACTIVE, NAKAL DAN GANAS




Dari beberapa kes yang diterima saya dapat mengambil beberapa kesimpulan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengubah keadaan mudah-mudahan bermunafaat:

1) Anak nakal kerana tidak membaca doa ketika perhubungan suami isteri .Selalu terjadi suami/isteri juga tidak berzikir di dalam hati ketika bersama.

2) Tidak mengadakan talma( tazkirah lima minit) di rumah seminggu sekali,atau sebulan sekali paling kurang di mana anggota keluarga duduk bersama dan diperingatkan tentang urusan penting agama seperti takutkan Allah,cinta Allah dan Rasul, berbuat kebaikan kepada jiran,tidak membazir harta seperti main mercun dsbgnya.

3) Jarang/tidak pernah makan dalam satu talam untuk mendidik hak kebersamaan dan sifat kasih sayang. Sekali sekala perlu juga makan bersama di lantai. Caranya alas saprah dilantai dan duduk dengan menungkatkan kaki kanan dan beritahu anak ini adalah cara makan hamba Allah ,mudahan-mudahan mendatangkan sifat tawadhu disamping lauk-pauk juga tidak lebih dari tiga jenis untuk mengelakkan sifat tamak.

4) Anak-anak tidak dididik membantu kerja ibubapa di rumah dengan alasan tidak dapat membuatnya dengan sempurna atau menjaga diri sendiri seperti membasuh kasut sendiri atau menjemur pakaian dll. Ini menyebabkan anak-anak menjadi malas,manja dan tidak pandai berdikari menimbulkan sifat lemah peribadi,mengharapkan bantuan orang dan takut menghadapi kesusahan menjadi peribadi anak atau bagi anak bijak menjadi terlalu akademik@teoritis tidak berpijak di dunia nyata. Anak perempuan perlu dididik supaya pandai meng'hanger' pakaian sendiri, menolong jemur pakaian, membasuh sendiri pinggan/gelas yang dia gunakan seawal umur enam tahun. Anak lelaki boleh disuruh membasuh kasut dan mengapurnya seawal umur tujuh tahun. Memanglah mulanya tidak sempurna tetapi lama-kelamaan akan lebih baik. Sabarlah dengan kesilapan mereka membuat kerja dalam setahun dua kerana yang pentingnya sikap mereka akan lebih baik nanti.

5) Tidak mendidik anak dengan hak jiran seperti tidak mengusik pasu jiran, basikal, penutup lubang paip di luar rumah,bermain mercun sehingga mengganggu dll dengan alasan anak masih kecil atau melarang dengan cara marah/pukul tetapi tidak ditambah dengan didikan supaya anak takutkan Allah dan neraka atau mengatakan amalan itu bukan dari ajaran Islam.

6) Tidak mendidik anak melakukan amalan sunnah seperti puasa sunat,solat tahajjud atau solat dhuha bila ada masa lapang

7) Tidak menghantar anak belajar alquran dan fardhu 'ain disamping terdapat juga guru-guru Kafa yang tidak bersifat mendidik dan tidak sempurna ilmunya.

8) Terlampau menurut kehendak anak,memanjakan dan kalah dengan tipuhelah anak, juga tidak mengambil berat tentang bahaya-bahaya alat seperti hp,internet,muzik,radio,tv,akhbar dan majalah dan sebagainya yang sering dieksploitasi untuk menjadi perosak pemikiran dan akhlak

9) Pergaulan diluar rumah ,dengan rakan sebaya yang banyak mempengaruhi anak. Ibu bapa harus berakhlak dengan lebih baik dan pandai mengubah situasi supaya anak -anak mengasihi mereka dengan lebih banyak mengatur program bersama seperti perkelahan di tempat bebas fitnah,berbasikal/jogging bersama, kembara dll yang boleh difikirkan.

10) Gangguan dari jin dan syaitan.Ini perlu rawatan segera di pusat rawatan Islam dan jika tidak sembuh perlu diulangi atau cuba pusat rawatan Islam lain yang jelas kaedahnya dan cuba sempurnakan amalan yang disuruh oleh perawat.

11)Tidak peka dengan tahap anak mencapai umur baligh. Kebanyakan orang menyangka anak mereka baligh pada umur lima belas tahun mengikut kiraan kalendar Masehi bererti tingkatan tiga sekolah menengah tetapi sebenarnya adalah mengikut kiraan Islam iaitu di tingkatan dua. Salah satu cara untuk menentukan anak telah baligh adalah dengan tumbuhnya bulu kemaluan seperti dicontohkan kisah dalam peperangan Khaibar. Apabila telah baligh bererti anak-anak telah dewasa dan telah berlaku semua hukum Islam kepadanya. Sekiranya mencuri boleh dipotong tangan, berzina dirotan seratus kali dll. Kerap kali media telah menyebabkan kita memandang mereka sebagai budak-budak dengan istilah pelajar, remaja, belia dan sebagainya sedangkan cara sebenar adalah melayan mereka sama seperti seorang Islam yang dewasa. Mereka perlu ke surau dan masjid menuntut ilmu, bersembahyang jemaah ,menguruskan jenazah ,berdakwah,berjihad dll sama seperti orang dewasa.