Pembaca Setia

Sabtu, 14 Ogos 2010

PEJUANG 'INTIFADAH' MALAYSIA


Pejuang inipun kemunculannya bermusim terutama di penghujung Ramadhan. Tanpa alasan yang kukuh seperti untuk membalas kekejaman Israel tanpa segan silu mereka sanggup mengorbankan diri di jalanraya atas alasan untuk berhari raya di kampung bersama orang tua atau ahli keluarga.


Tetapi jika kita bertanya adakah dari amalan sunnah atau perintah Allah untuk setiap kali berhari raya Aidilfitri atau Aidiladha mesti di kampung halaman? Adakah Rasulullah saw pulang ke Mekah berhariraya bersama kerabat beliau?


Budaya ini ditambah lagi oleh lagu-lagu balik kampung yang dikumandangkan media menjadikan pesta balik kampung seolah-olah satu perjuangan intifadah besar-besaran oleh rakyat Malaysia jika dilihat kepada angka kematian.


Adalah diharapkan supaya penetapan cuti sekolah tidak terlampau lama pada musim perayaan yang turut menyumbang kepada pertambahan kemalangan dan media bersimpati dengan nasib malang yang menimpa rakyat Malaysia dengan tidak memutarkan lagu balik kampung terutama lagu yang menyedihkan.


Tinggalkanlah budaya ini dan tukar kepada budaya berhariraya di mana anda tinggal.Bermaafan dengan orangtua bukan wajib di hariraya tetapi boleh bila-bila masa malah boleh telefon atau melalui sms pun. Bulan Syawal bukanlah bulan pesta openhouse dan hari raya hanyalah sehari seperti namanya iaitu yaumul 'eid bukannya bulan raya.


Pilihlah waktu lain untuk bercuti . Semua ini boleh diatur kerana anda sendiri yang membuat pilihan.