Pembaca Setia

Sabtu, 14 Ogos 2010

'PAHLAWAN' RAMADHAN


Assalamualaikum, setelah beberapa malam berlalu maka kita dapat merasakan kehebatan Ramadhan di Malaysia dimana bermunculan pahlawan-pahlawan Islam di bulan Ramadhan terutamanya ketika solat tarawikh.


Pahlawan-pahlawan ekspres ini tanpa dikenali oleh jemaah regular memenuhi dewan solat sehingga melimpah ruah.


Tidak tahu seribu alasan kenapa mereka tidak boleh muncul di bulan lain kedatangan Ramadhan disambut dengan semangat membara oleh mereka terutama ketika berselawat diantara rakaat solat tarawikh. Dengan semangat yang jitu dan suara kuat yang menggegarkan surau/masjid dan berlagu merdu mereka layak diberi pujian sebagai Pahlawan Ramadhan.


Seolah-olah kecintaan mereka kepada Rasul Saw adalah sepenuh hati dan tidak berbelah bahagi lagi. Begitu hebatnya mereka ketika itu!


Tetapi Pahlawan Ramadhan ini telah dapat dikesan kelemahannya yang ketara yang boleh dieksploitasi musuh untuk mengalahkan pahlawan-pahlawan ekspres ini antaranya(bukan semua yang berselawat dengan kuat bersifat begini):


1)Tidak bersolat maghrib berjemaah


2)Tidak mengutamakan untuk solat sunat ba'diah Isya' sebelum tarawikh


3)Tidak solat subuh berjemaah keesokan paginya


4)Tidak solat lima waktu


5)Tidak dapat merasakan kemanisan solat kerana tidak cukup ilmu


6)Tidak datang berjemaah setelah Ramadhan


7)Kecintaan kepada sunnah Rasul saw belum benar-benar terbina dengan baik


Bagaimanapun syabas kepada Pahlawan Ramadhan kerana masih hadir ke rumah Allah walaupun hanya di bulan Ramadhan


Semoga Allah memberi hidayah kepada anda semua untuk memahami sunnah dengan cara yang lebih baik dan menjadi pembela sunnah tegar dan bersopan santun.