Pembaca Setia

Jumaat, 20 Ogos 2010

MERCUN DI BULAN RAMADHAN DAN MUSIM PERAYAAN










Diperhatikan sebahagian remaja yang bermain mercun di bulan Ramadhan tahun ini makin bersifat mencabar jemaah surau@masjid dan mengganggu.

Ketika imam mengangkat takbir untuk solat maghrib,isya' atau tarawikh ketika itulah mereka menembakkan mercun mereka berhampiran surau atau masjid. Gegak gempita dengan bunyi mercun sepanjang solat tarawikh di surau-surau tertentu.

Dengan pertambahan nikmat yang diberikan oleh Allah nampaknya juga bertambah masalah kita.Kenapa jadi begini?

Diperhatikan di sebalik masalah zahir yang menimpa umat Islam seperti buang anak, perzinaan , dadah dan sebagainya ada satu persoalan yang perlu dijawab iaitu ke arah manakah halatuju kita nak didik masyarakat?

Asas dalam mendidik anak-anak ialah supaya takutkan Allah,hari kiamat, pembalasan dosa dengan azab api neraka dan sebagainya. Konsep ini mesti dibina dengan baik di dalam keluarga dan perlu selalu diulangi dan diterapkan sehingga sebati dengan jiwa anak-anak sehingga mereka sendiri takut melakukan dosa dan pembaziran kerana merasa ada pengawasan dari Allah dan takut kepada Allah tanpa perlu di monitor oleh sesiapa.

Seterusnya menerapkan konsep cintakan Allah dan Rasulnya dan ugama Islam menyebabkan mereka menjadi orang yang suka beramal soleh,menuntut ilmu , berdakwah dan berjihad.Kedua konsep ini dibina dengan teratur sepanjang hayat akan dapat membina masyarakat takwa yang diinginkan.

Apabila kita melihat generasi baru yang meningkat remaja dengan perangai yang kasar, banyak makan dan bertindak seperti kata pepatah beraja di hati adakah ini menunjukkan sebenarnya kesilapan kita sendiri generasi lama yang tidak aktif dalam berdakwah dan membimbing remaja dan generasi muda tetapi sibuk dengan program makan kenduri tahlil dan doa selamat setiap minggu dan lebih sibuk lagi di bulan Ramadhan? Tidakkah kita malu dengan diri sendiri dan anak-anak kita? Kita menyedari program tahlil dan doa selamat tidak akan dapat menyelamatkan generasi kita dari keruntuhan moral anehnya ia menjadi program utama hampir di keseluruhan surau dan masjid.

Sedangkan program dakwah yang dapat menyelamatkan remaja, orang muda ,orang tua dan wanita Islam kita tidak mahu merancang ia menjadi program yang baik ,tersusun dan kalau boleh setiap minggu diadakan memandangkan masalah yang kian meruncing. Kenapa kita generasi lama jadi begini?