Pembaca Setia

Ahad, 29 Ogos 2010

MERAWAT PESAKIT ILMU CAMPUR2( PUTIH+HITAM)

















Pesakit ini disamping mengamalkan doa-doa dari ayat Al quran yang diperolehi dari datuknya dan dari guru madrasah dan pondok juga belajar ilmu silat kebatinan yang tidak disangkanya boleh membawa mudharat.

Pada mulanya dia mengamalkan doa perlindungan diri dari datuknya termasuk ilmu Kaf 40,tetapi ilmu Kaf 40nya tidak sama dengan yang tersebar di internet. Dia juga ada mengamalkan beberapa doa dari guru yang lain yang tidak dari sunnah.

Setelah mempelajari silat batin di selatan tanahair dia tidak lagi mengamalkan doa perlindungan dari datuknya. Dalam tempoh lebihkurang dua minggu dia telah diserang gangguan yang teruk. Setelah berubat di merata-rata tempat dalam tempoh lebih kurang sepuluh tahun dia hampir putus asa berubat. Dia telah berubat juga kepada anak murid seorang guru bedah batin terkenal yang mensyaratkan untuk membeli lembu dan me'transfer'kan jin itu kepada lembu.

Memandangkan harga lembu mahal beliau keberatan untuk meneruskan pengubatan di situ tetapi mencuba pula untuk menjadi anak murid kepada guru bedah batin itu, tetapi disyaratkan menyediakan jarum dan bahan-bahan lain yang menyerupai bomoh pula.

Setelah hampir berputus asa beliau menjumpai saya dan berniat ini adalah rawatan kali terakhir dan jika tidak sembuh beliau hanya ingin pasrah dan redho sahaja.

Setelah melalui terapi mandian ais intensif selama tiga kali gangguannya telah berkurangan. Beliau juga telah di bekam beberapa kali pada poin sunnah dan memakan kurma 7 ulas setiap hari.

Dari mulut beliau menceritakan walaupun amalan diberikan oleh guru-guru madrasah (yang menggunakan ayat quran tetapi tidak dari sunnah dan termasuk Kaf 40)tidak salah tetapi selalu menyebabkan beliau diuji oleh orang walaupun beliau tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk kehebatan dan sering berlaku duga-menduga dan perbalahan.

Berbeza dengan amalan sunnah tidak menimbulkan akibat orang ingin menguji kita. Saya menceritakan kita sebenarnya tidak merasa kehebatan Quran dan sunnah kerana kita tidak dapat mengaplikasinya dengan baik dalam kehidupan berbanding dengan ulama salaf dan kewujudan ulama su' yang menggunakan quran dan sunnah untuk kemewahan menyebabkan orang tidak yakin dengan kehebatan quran dan sunnah .Seterusnya masyarakat beralih kepada cara-cara lain untuk mencari kehebatan Islam yang hilang. Tetapi jika kita dapat mengaplikasikannya dengan kaedah yang betul masyarakat akan meninggalkan amalan lain dan kembali kepada quran dan sunnah sepenuhnya(jika dapat merasakan intipati dan rohnya) dan kita dapat menunjukkan contoh golongan sunnah yang terbaik akhlaknya dalam semua bidang

Pesakit ini telah banyak kurang penyakitnya berbanding dahulu dan masih meneruskan rawatan dengan saya. Segala puji bagi Allah yang menyembuhkan penyakit hamba-hambanya dan memberi rezeki kepada hamba-hambanya yang lain dengan cara itu.