Pembaca Setia

Khamis, 19 Ogos 2010

MENDAKWAH GOLONGAN PENIAGA DAN HARDCORE JAHIL DI BULAN RAMADHAN DAN SELAINNYA.














Berdasarkan kepada pemerhatian saya kepada beberapa buah surau atau masjid yang berhampiran dengan pasar ramadhan atau kedai makan.

Saya mendapati secara pemerhatiannya peniaga atau pekerja mereka kebanyakannya ada melakukan ibadah puasa tetapi tidak menunaikan solat.

Selepas berbuka,walaupun mereka mendengar bacaan solat imam melalui speaker tetapi seperti tidak ada apa-apa yang berlaku,mereka dengan selambanya meneruskan perlakuan masing-masing tanpa berhenti untuk solat dan hanya berhenti ketika azan Isya'.Terdapat juga pelanggan yang mula makan ketika azan maghrib dan hanya keluar dari kedai makan selepas azan isya'.

Begitu juga di waktu malam, walaupun dapat mendengar suara tazkirah dari speaker selepas solat tarawikh mereka masih tunjuk sikap seolah tiada apa-apa.

Adalah disarankan agar ajk masjid dapat mewujudkan ajk khas untuk berdakwah kepada peniaga kedai makan di sekitar masjid dan juga penghuni taman yang berhampiran dengan surau tetapi tidak pernah solat jemaah.

Pujuk rayulah mereka dengan hikmah agar sudi menjejakkan kaki ke surau atau masjid. Ini adalah golongan hardcore yang tidak akan berubah dengan cara yang sede-sede(tidak didakwah dengan bersungguh dan memakan masa)
Janganlah mengharap suara penceramah yang dipasang dengan kuat melalui speaker boleh melembutkan hati mereka.Hidayah datang tidak semudah itu,walaupun bertahun kamu pasang speaker kuat.

Oleh itu jumpalah mereka berkali-kali,terangkan pasal agama secara berdepan. Mana tahu selepas beberapa kali mereka akan insaf dan bertaubat.